Umur 30 Tahun Sudah Terlewat Untuk Mulakan Pelaburan?

Adakah anda telah mencecah usia 30 tahun dan masih belum memulakan sebarang pelaburan? Adakah di usia 30 ini agak terlewat untuk mula melabur?

Kesedaran tentang pengurusan kewangan yang baik untuk golongan mereka yang telah berumur agak kurang, namun ia bukanlah petanda bahawa anda sama sekali tidak perlu mempunyai kesedaran tentang perkara tersebut setelah mendapati kesedaran itu telah lambat datang kepada anda.

Jangan merasa terlewat , malah jadikan kelewatan itu sebagai satu mercu tanda permulaan untuk anda mulakan satu langkah yang baru. Pak Teh dulu pun mula menjenguk-jenguk instrumen-instrumen pelaburan di usia 30. 

Jom kita lihat kenapa umur 30 tahun masih belum terlewat untuk mula melabur.

1. Kurangkan Hutang

Sama ada anda perasan atau tidak, semakin meningkat usia seseorang maka semakin tinggi jumlah hutang yang mereka ada.

Kalau dulu masih bujang, umur 30 tahun mungkin dah berkahwin dan mempunyai cahaya mata. Kalau dulu mungkin sewa bilik, tapi sekarang dah sewa rumah pula.

Sebab itulah anda kena melabur untuk gandakan duit yang ada.

2. Kurangkan Perbelanjaan

Jika anda masih bujang, senang juga nak ikat perut dan kurangkan hutang. Tetapi bila dah dalam lingkungan 30 tahun, dengan anak isteri lagi; memang agar sukar untuk mengurangkan perbelanjaan.

Tetapi ianya tidak mustahil. Bincang dengan pasangan anda tentang perbelanjaan apa yang boleh dikurangkan atau dipotong terus.

Ramai orang tak dapat nak melabur kerana perbelanjaan yang tinggi. Semoga dengan ada duit lebih setiap bulan, maka jiwa kita lebih tenang dan mudah untuk mulakan pelaburan.

3. Tingkatkan Pendapatan

Kajian menunjukkan rakyat Malaysia memang gagal dalam menyimpan. Maklumlah, hutang dah banyak maka mana ada duit untuk menyimpan?

Jika dah tahu tak boleh kurangkan perbelanjaan maka kena tingkatkan pendapatan. Mungkin dah tiba masanya untuk anda melakukan kerja part-time atau berniaga kecil-kecilan.

Pastikan dah ada 3-6 bulan gaji dalam tabung kecemasan, barulah mula melabur. Lagi awal anda betulkan tabiat ini, lagi cepat dan besar pelaburan anda menjelang hari persaraan nanti.

Gunakan duit lebihan ini untuk melabur, tiada alasan lagi untuk anda tidak mula.

4. Ada 20-30 Tahun Lagi Nak Bersara

Bila umur 30 tahun, rasa macam dah tua dan sedikit terlambat untuk mula melabur. Tetapi sebenarnya anda masih lagi ada 20-30 tahun lagi umur produktif untuk bekerja sebelum pencen.

Apabila anda melabur bagi tempoh yang panjang, anda akan mendapat nikmat kesan gandaan atau compounding interest (interest dekat sini bukan maksudnya faedah bank tu).

Compounding ini secara ringkasnya melaburkan kembali keuntungan yang diperolehi.

Jemput baca Fakta Menarik Mengenai Compounding (Berganda) Dalam Pelaburan.

Nampak susah dan memang ianya susah. Tapi tak mustahil.

Jom mulakan pelaburan hari ini juga. Lagi awal anda mula, lagi cepat duit akan berkembang dan lebih besar pulangannya di masa hadapan.

Kami nak pesan awal-awal, tak ada pelaburan yang confirm boleh untung (tolak tepi ASB, Tabung Haji dan Fixed deposit).

Dan siapa kata nak melabur kena ada modal besar? Jemput baca 6 Pelaburan Yang Boleh Kita Mula Dengan Modal RM100.

Alhamdulillah kami juga telah menerbitkan banyak bahan rujukan lain berkaitan pelaburan:

1. 20 artikel berkaitan pelaburan Emas.
2. 800 artikel berkaitan pelaburan Saham.
3. 400 artikel berkaitan Hartanah.
4. 30 artikel berkaitan Aset Digital (Kripto).
5. 30 artikel berkaitan Unit Trust.
5. 15 artikel berkaitan Forex Trading Online.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Garis SMA 50 Hari Bertindak Sebagai Rintangan

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami tekanan jualan yang kuat pada hari Khamis apabila ia menurun MYR125 untuk ditutup pada harga lebih rendah sebanyak MYR4,458. Komoditi ini memulakan sesi dagangan semalam pada paras MYR4,576. Kemudian, ia mencapai paras tertinggi intrahari pada MYR4,609 dan paras terendah intrahari pada MYR4,455 sebelum menutup dagangan pada harga MYR4,458. Corak lilin menurun yang panjang mengesahkan bahawa garis SMA 50 hari sekarang bertindak sebagai paras rintangan atas.

Hal ini menunjukkan bahawa pedagang yang meramalkan penurunan kini mempunyai kelebihan teknikal – dengan menyasar untuk menguji paras sokongan MYR4,390. Penembusan menurun pada paras sokongan akan menyambungkan pergerakan ke bawah ke arah paras MYR4,300. Memandangkan rentak penurunan menjadi semakin rancak, kami terus berpegang pada bias dagangan negatif.

Kami menyarankan para pedagang untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei atau MYR4,481. Untuk mengurangkan risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi ditetapkan pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama berada pada MYR4,390 yang diikuti oleh paras MYR4,300. Bagi pergerakan ke atas, paras rintangan pertama pula ialah MYR4,700 dan diikuti oleh paras ambang MYR4,840.