Peserta IPR Dijangka Bebas Kemiskinan Dalam Tempoh Dua Tahun – Rafizi

KUALA LUMPUR, Mei 9 (Bernama) — Kalangan peserta program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) bagi model Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dan Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) dijangka berupaya bebas daripada kemiskinan dalam tempoh dua tahun, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Ini berikutan program tersebut membolehkan peserta menjana pendapatan, sekali gus membolehkan mereka keluar daripada kancah kemiskinan tersebut.

Beliau berkata, peserta IPR bagi model INSAN misalnya juga diharap dapat mencari model perniagaan lain termasuk membuka warung selepas menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan.

“Selepas mereka berjaya dan bergerak ke model perniagaan lain seperti gerai sendiri, maka peluang itu akan dibuka kepada penerima lain. 

“Atas alasan ini, kita berpendapat jika program ini dilaksanakan di seluruh negara, kita dapat wujudkan satu mekanisme bagi membantu miskin tegar dan B40 secara lebih mampan dan berterusan,” katanya ketika melancarkan mesin layan diri IPR di Stesen Sentral di sini, hari ini.

Rafizi berkata, berbeza dengan program lain sebelum ini, aset-aset terbabit sebaliknya adalah milik kerajaan yang membolehkan ia memastikan penerima tidak hanya layak dari segi sosioekonomi namun benar-benar berminat untuk menaik taraf pendapatan mereka.

Sebagai contoh, peserta hanya perlu menyediakan modal bagi kos makanan dan tidak akan dikenakan sebarang sewaan mesin dan elektrik. 

“Kita bukan sahaja tidak mengenakan sewa, malah cas elektrik juga ditanggung oleh pemilik tapak atau rakan strategik…usahawan hanya mengeluarkan modal pusingan semata-mata.

“Ini juga dapat memastikan harga jualan lebih murah iaitu antara RM1 hingga RM5,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan turut menyasarkan kira-kira 100 buah mesin layan diri IPR yang dapat diperluas di lokasi tumpuan pengunjung seperti di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Lembah Klang serta universiti di seluruh negara. 

Pada masa sama, pihaknya juga menyasarkan mesin tersebut dapat diperluas kepada 5,000 penerima di bawah program INSAN secara menyeluruh, kata Rafizi.

Malah, sehingga kini, sebanyak 1,100 rakan strategik telah menyatakan hasrat mereka untuk menyediakan mesin IPR tersebut. 

IPR yang merangkumi tiga model iaitu INSAN, INTAN dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN), dilancarkan pada 26 Feb, 2023 dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan rakyat sejajar dengan kenaikan kos sara hidup.

Kerajaan menyasarkan 100,000 peserta daripada isi rumah miskin tegar dan golongan B40 yang menyertai IPR, berupaya menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan bagi membolehkan mereka keluar daripada garis kemiskinan.

— BERNAMA 

Previous ArticleNext Article

Sasar RM100 Juta Tambahan Untuk Pelanggan, Lonjakkan Ekosistem Digital Malaysia Melalui Kerjasam Tiktok

KUALA LUMPUR, 2025 – [4 DISEMBER 2025] KNKV Group mengegarkan ekosistem digital yang kini berada di garisan hadapan pemula bagi melonjakkan nilai jualan pelanggan mereka dengan sasaran ambisius RM100 juta, selarasnya pelantikan rasmi syarikat mereka sebagai TikTok Affiliate Partner.

Pengumuman strategik ini dibuat di hadapan YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital, semasa forum strategi korporat elit ‘Digital & Al: Business War 2026’. Pelancaran ini bukan sekadar pengiktirafan, tetapi satu signal bahawa KNKV Group telah merangka strategi khusus untuk membolehkan pengasas syarikat dan jenama tempatan mendominasi pasaran digital.

Strategi KNKV Group: Menukar Exposure Menjadi Keuntungan Jutaan
KNKV Group mendedahkan bahawa kerjasama eksklusif dengan TikTok ini akan dimanfaatkan melalui strategi yang dirangka khas, bertujuan untuk mengubah kehadiran creator based di TikTok menjadi saluran jualan berkesan tinggi.

“Diiktiraf sebagai TikTok Affiliate Partner adalah ‘lesen’ untuk kami mempercepatkan kejayaan pelanggan kami. Kami bukan sekadar berbangga; kami mempunyai strategi. Kami menyasarkan sekurang-kurangnya RM100 juta jualan tambahan diraih oleh pelanggan KNKV Group menerusi perlantikan ini, melalui modul dan sokongan Affiliate coaching yang direka khusus. Ini adalah permulaan era di mana jualan creator-based menjadi penyumbang utama pendapatan syarikat.” Professor (Adj) Hj. Adam Richman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KNKV Group.

Dengan sasaran jualan dijangka lima kali ganda, KNKV Group menawarkan peluang emas kepada syarikat yang ingin menguasai naratif dan trafik di platform TikTok untuk mencapai pertumbuhan yang agresif pada tahun 2026.

Panel Wawasan Eksklusif: Rahsia Di Sebalik Peningkatan Jualan
Forum ‘Business War 2026’ menjadi pentas utama bagi pelancaran ini, yang turut menampilkan panel diskusi yang sarat wawasan bertajuk “Driving Business Success on TikTok.”

  • YB Gobind Singh Deo, Menteri Digital
  • Professor (Adj) Hj. Adam Richman, CEO Kumpulan KNKV Group
  • Datuk Seri Dr. Zurainah Musa, Penaung Muslim Insiders Chamber of Commerce
  • Ms. Lee Shin Mei, COO, CTOS Data Systems Sdn. Bhd.

Para pengasas berpeluang mendapatkan wawasan langsung mengenai strategi pelaksanaan dan inovasi digital yang diperlukan untuk melonjakkan nilai perniagaan mereka dalam ekonomi digital 2026 yang pantas berubah.

Pelancaran KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner
Salah satu pencapaian utama acara ini ialah pelancaran rasmi KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner, disaksikan oleh YB Menteri Digital menandakan satu era baharu dalam ekosistem perdagangan digital Malaysia serta mengukuhkan komitmen negara untuk menyokong pertumbuhan berasaskan pencipta platform.

Mengenai Business War 2026
Forum ini juga adalah anjuran Muslim Insiders Chamber of Commerce dan KNKV Group, direka sebagai simulasi pertempuran strategi korporat, membekalkan peserta dengan pengetahuan taktikal sebenar dalam Strategi Persaingan, Pemasaran Berasaskan Al, dan Taktik Pertumbuhan Digital untuk memastikan perniagaan mereka bukan sahaja bertahan, tetapi menguasai pasaran. KNKV Group turut berganding bahu dengan rakan strategiknya, CTOS Data Systems Sdn. Bhd., Dynads Academy, Droplets of Mercy dan Universiti Malaysia Kelantan.