SSM Lancar Platform SSM Search, Memperluas Akses Maklumat Perniagaan Di Malaysia

Subang Jaya, 16 Ogos 2024 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini melancarkan dua platform pembekalan maklumat korporat baharu, SSM Search dan SAFEDATA-SSM.

Kedua-dua platform ini dibangunkan untuk memudahkan akses kepada maklumat entiti perniagaan yang dikawal selia oleh SSM secara dalam talian. Selain itu, ia juga bertujuan memastikan maklumat yang tepat dan pantas dapat diakses oleh orang awam, membantu mereka membuat keputusan yang berinformasi ketika berurusan dengan entiti-entiti perniagaan di Malaysia.

Dengan penambahan platform-platform ini, SSM kini menyediakan empat saluran bagi membekalkan maklumat entiti-entiti perniagaan, memperluas capaian dan kemudahan kepada orang awam dan pihak berkepentingan.

Sebagai agensi yang bertanggungjawab dalam pemerbadanan syarikat, pendaftaran perniagaan dan perkongsian liabiliti terhad (PLT), SSM juga bertanggungjawab menyediakan maklumat mengenai entiti-entiti perniagaan yang didaftarkan di bawah undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001.

Sejak 2006, evolusi pembekalan maklumat oleh SSM bermula dengan Portal SSM e-Info yang menyediakan maklumat entiti-entiti perniagaan secara dalam talian. Pada tahun 2016, Portal MYDATA SSM pula diperkenalkan bagi memperluas akses kepada maklumat entiti-entiti perniagaan.

Dari 2019 hingga 31 Julai 2024, lebih daripada 26.4 juta transaksi telah direkodkan melalui MyDATA-SSM dan Portal SSM e-Info. Angka ini dijangka terus meningkat dengan pengenalan platform SSM Search dan SAFEDATA-SSM.

Dalam ucapan perasmiannya, Pengerusi SSM, Tuan Ahmad Sabki Yusof, menyatakan bahawa jumlah transaksi yang tinggi ini mencerminkan kepercayaan pelanggan terhadap platform-platform pembekalan maklumat SSM.

“Melalui portal-portal ini, pelanggan boleh mendapatkan 37 jenis produk SSM, termasuk profil perniagaan, profil syarikat, maklumat kewangan syarikat dan salinan sijil pendaftaran perniagaan.

“Saya berharap platform-platform ini akan terus menjadi sumber rujukan utama bagi maklumat entiti-entiti perniagaan di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Pelancaran Platform Baharu Pembekalan Maklumat Korporat SSM & Majlis Perasmian SSM BizDay 2024 yang diadakan di Mydin Wholesale Hypermarket, Subang Jaya, dengan kehadiran lebih 600 peserta.

SSM BizDay 2024 dianjurkan untuk memperkenalkan dan menawarkan produk serta perkhidmatan SSM, mendapatkan maklum balas pelanggan, meningkatkan tahap pematuhan perniagaan serta memperkukuhkan hubungan antara komuniti perniagaan dan SSM.

Tuan Ahmad Sabki turut menggesa para peserta untuk memanfaatkan peluang yang ditawarkan oleh SSM melalui program ini, dengan mendaftarkan perniagaan mereka untuk memastikan ia sah di sisi undang-undang.

Sehingga 31 Julai 2024, terdapat 677,351 syarikat, 1,659,838 perniagaan, dan 35,821 PLT yang aktif dalam daftar SSM.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi SSM Customer Care (SSMCC) melalui bahagian Aduan & Maklum Balas, SSM Chatbot, Live Chat SSM di portal rasmi SSM, talian 03-7721 4000 atau emel [email protected].

DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

TARIKH: 16 OGOS 2024

Previous ArticleNext Article

Sasar RM100 Juta Tambahan Untuk Pelanggan, Lonjakkan Ekosistem Digital Malaysia Melalui Kerjasam Tiktok

KUALA LUMPUR, 2025 – [4 DISEMBER 2025] KNKV Group mengegarkan ekosistem digital yang kini berada di garisan hadapan pemula bagi melonjakkan nilai jualan pelanggan mereka dengan sasaran ambisius RM100 juta, selarasnya pelantikan rasmi syarikat mereka sebagai TikTok Affiliate Partner.

Pengumuman strategik ini dibuat di hadapan YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital, semasa forum strategi korporat elit ‘Digital & Al: Business War 2026’. Pelancaran ini bukan sekadar pengiktirafan, tetapi satu signal bahawa KNKV Group telah merangka strategi khusus untuk membolehkan pengasas syarikat dan jenama tempatan mendominasi pasaran digital.

Strategi KNKV Group: Menukar Exposure Menjadi Keuntungan Jutaan
KNKV Group mendedahkan bahawa kerjasama eksklusif dengan TikTok ini akan dimanfaatkan melalui strategi yang dirangka khas, bertujuan untuk mengubah kehadiran creator based di TikTok menjadi saluran jualan berkesan tinggi.

“Diiktiraf sebagai TikTok Affiliate Partner adalah ‘lesen’ untuk kami mempercepatkan kejayaan pelanggan kami. Kami bukan sekadar berbangga; kami mempunyai strategi. Kami menyasarkan sekurang-kurangnya RM100 juta jualan tambahan diraih oleh pelanggan KNKV Group menerusi perlantikan ini, melalui modul dan sokongan Affiliate coaching yang direka khusus. Ini adalah permulaan era di mana jualan creator-based menjadi penyumbang utama pendapatan syarikat.” Professor (Adj) Hj. Adam Richman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KNKV Group.

Dengan sasaran jualan dijangka lima kali ganda, KNKV Group menawarkan peluang emas kepada syarikat yang ingin menguasai naratif dan trafik di platform TikTok untuk mencapai pertumbuhan yang agresif pada tahun 2026.

Panel Wawasan Eksklusif: Rahsia Di Sebalik Peningkatan Jualan
Forum ‘Business War 2026’ menjadi pentas utama bagi pelancaran ini, yang turut menampilkan panel diskusi yang sarat wawasan bertajuk “Driving Business Success on TikTok.”

  • YB Gobind Singh Deo, Menteri Digital
  • Professor (Adj) Hj. Adam Richman, CEO Kumpulan KNKV Group
  • Datuk Seri Dr. Zurainah Musa, Penaung Muslim Insiders Chamber of Commerce
  • Ms. Lee Shin Mei, COO, CTOS Data Systems Sdn. Bhd.

Para pengasas berpeluang mendapatkan wawasan langsung mengenai strategi pelaksanaan dan inovasi digital yang diperlukan untuk melonjakkan nilai perniagaan mereka dalam ekonomi digital 2026 yang pantas berubah.

Pelancaran KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner
Salah satu pencapaian utama acara ini ialah pelancaran rasmi KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner, disaksikan oleh YB Menteri Digital menandakan satu era baharu dalam ekosistem perdagangan digital Malaysia serta mengukuhkan komitmen negara untuk menyokong pertumbuhan berasaskan pencipta platform.

Mengenai Business War 2026
Forum ini juga adalah anjuran Muslim Insiders Chamber of Commerce dan KNKV Group, direka sebagai simulasi pertempuran strategi korporat, membekalkan peserta dengan pengetahuan taktikal sebenar dalam Strategi Persaingan, Pemasaran Berasaskan Al, dan Taktik Pertumbuhan Digital untuk memastikan perniagaan mereka bukan sahaja bertahan, tetapi menguasai pasaran. KNKV Group turut berganding bahu dengan rakan strategiknya, CTOS Data Systems Sdn. Bhd., Dynads Academy, Droplets of Mercy dan Universiti Malaysia Kelantan.