8 Kesilapan Pemilik Bisnes Yang Boleh Menyebabkan Syarikat Gulung Tikar

Untuk memulakan sebuah bisnes tidak mudah. Perancangan yang rapi diperlukan. Namun, untuk mengekalkan perniagaan sedia ada lebih susah.

Ramai yang anggap menjadi pemilik bisnes atau usahawan ini nampak cool dan kaya. Tapi, ramai tak tahu banyak syarikat yang gulung tikar akibat kesilapan pemilik bisnes sendiri.

Banyak faktor yang menyebabkan bisnes gulung tikar. Harapnya selepas membaca perkongsian ini, anda sebagai pemilik bisnes dapat hindari kesilapan kesilapan ini.

Jom kita tengok 8 kesilapan yang dilakukan oleh seorang pemilik bisnes ini sehingga menyebabkan syarikat gulung tikar.

1. Tidak Fokus

Fokus sangat penting untuk mereka yang memiliki bisnes. Hilang sahaja fokus, boleh dianggap hilang juga bisnes tersebut. Jadi, berikan sepenuh tumpuan kepada bisnes anda.

Apabila buka beberapa buah syarikat, kita akan hilang fokus terhadap setiap syarikat kerana terlalu banyak yang perlu dilihat.

2. Tidak Konsisten

Buat semakan berkala terhadap laporan perniagaan anda. Analisa laporan perniagaan anda dan lihat mana-mana kekurangan yang boleh dibaiki serta ambil tindakan.

3. Menjadi Terlalu Berani

Asal nampak peluang, kita terus grab, akibatnya kita kerugian besar kerana mengabaikan risk assessment dengan terperinci. Sepatutnya kena buat dulu kajian mendalam atau buat analisis SWOT terlebih dahulu.

4. Menjadi Terlalu Pandai

Apabila kita merasakan yang kita ini terlalu pandai dan menidakkan idea talent yang ada di dalam syarikat yang dibina menyebabkan syarikat terlepas peluang-peluang keemasan untuk dikembangkan.

5. Tidak Menyediakan Talent Management Model

Tiada sebarang usaha berterusan dibuat untuk merekrut bakat yang belum berada dan sedang berada dalam syarikat, akibatnya talent yang ada keluar, talent yang nak masuk tak dapat dibawa. Ini merupakan satu kerugian besar buat syarikat.

6. Over Spending

Kita telah melanggar peraturan sendiri apabila membelanjakan hampir 40% dari reserve untuk membuka bisnes baru. Sepatutnya hanya guna sebanyak 10% paling maksimum.

Takut nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

7. Tidak Mendengar Nasihat

Kita sebenarnya memerlukan mentor untuk memberikan nasihat, sebagai contoh ada yang menasihatkan bahawa kita sedang berkembang dengan terlalu laju. Kelajuan itu dapat membunuh dalam bisnes.

Tidak salah untuk berkembang dengan laju tetapi kita juga perlu laju catch up dengan perkembangan situasi semasa.

8. Bertahan Sehingga Tak Tahan

Ada bisnes secara atas kertasnya sudah patut ditutup sejak awal tahun lagi, namun sikap optimistik mahu bertahan akhirnya membawa kepada tambahan modal yang besar dan akhirnya ianya terpaksa juga ditutup. Jika ditutup awal, kadar kerugian dapat dikurangkan.

Kesimpulan

Sepandai mana pun kita dalam bisnes, adakala kita sanggup melanggar peraturan kita sendiri kerana kita fikir kita sudah cukup masak untuk tengok bisnes itu pergi jauh. Akhirnya kita sedar, bahawa segalanya perlu diterjemahkan melalui angka.

Jika bisnes tidak bawa untung malah merugikan, maka wajib ianya ditutup. Semoga anda jangan murung selepas
membaca tulisan ini. Sekadar perkongsian buat semua pengusaha bisnes supaya tidak lakukan kesilapan yang sudah kita lakukan.

Previous ArticleNext Article
An introverted chocoholic whom happened to be involved in content curation and stock trading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sasar RM100 Juta Tambahan Untuk Pelanggan, Lonjakkan Ekosistem Digital Malaysia Melalui Kerjasam Tiktok

KUALA LUMPUR, 2025 – [4 DISEMBER 2025] KNKV Group mengegarkan ekosistem digital yang kini berada di garisan hadapan pemula bagi melonjakkan nilai jualan pelanggan mereka dengan sasaran ambisius RM100 juta, selarasnya pelantikan rasmi syarikat mereka sebagai TikTok Affiliate Partner.

Pengumuman strategik ini dibuat di hadapan YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital, semasa forum strategi korporat elit ‘Digital & Al: Business War 2026’. Pelancaran ini bukan sekadar pengiktirafan, tetapi satu signal bahawa KNKV Group telah merangka strategi khusus untuk membolehkan pengasas syarikat dan jenama tempatan mendominasi pasaran digital.

Strategi KNKV Group: Menukar Exposure Menjadi Keuntungan Jutaan
KNKV Group mendedahkan bahawa kerjasama eksklusif dengan TikTok ini akan dimanfaatkan melalui strategi yang dirangka khas, bertujuan untuk mengubah kehadiran creator based di TikTok menjadi saluran jualan berkesan tinggi.

“Diiktiraf sebagai TikTok Affiliate Partner adalah ‘lesen’ untuk kami mempercepatkan kejayaan pelanggan kami. Kami bukan sekadar berbangga; kami mempunyai strategi. Kami menyasarkan sekurang-kurangnya RM100 juta jualan tambahan diraih oleh pelanggan KNKV Group menerusi perlantikan ini, melalui modul dan sokongan Affiliate coaching yang direka khusus. Ini adalah permulaan era di mana jualan creator-based menjadi penyumbang utama pendapatan syarikat.” Professor (Adj) Hj. Adam Richman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KNKV Group.

Dengan sasaran jualan dijangka lima kali ganda, KNKV Group menawarkan peluang emas kepada syarikat yang ingin menguasai naratif dan trafik di platform TikTok untuk mencapai pertumbuhan yang agresif pada tahun 2026.

Panel Wawasan Eksklusif: Rahsia Di Sebalik Peningkatan Jualan
Forum ‘Business War 2026’ menjadi pentas utama bagi pelancaran ini, yang turut menampilkan panel diskusi yang sarat wawasan bertajuk “Driving Business Success on TikTok.”

  • YB Gobind Singh Deo, Menteri Digital
  • Professor (Adj) Hj. Adam Richman, CEO Kumpulan KNKV Group
  • Datuk Seri Dr. Zurainah Musa, Penaung Muslim Insiders Chamber of Commerce
  • Ms. Lee Shin Mei, COO, CTOS Data Systems Sdn. Bhd.

Para pengasas berpeluang mendapatkan wawasan langsung mengenai strategi pelaksanaan dan inovasi digital yang diperlukan untuk melonjakkan nilai perniagaan mereka dalam ekonomi digital 2026 yang pantas berubah.

Pelancaran KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner
Salah satu pencapaian utama acara ini ialah pelancaran rasmi KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner, disaksikan oleh YB Menteri Digital menandakan satu era baharu dalam ekosistem perdagangan digital Malaysia serta mengukuhkan komitmen negara untuk menyokong pertumbuhan berasaskan pencipta platform.

Mengenai Business War 2026
Forum ini juga adalah anjuran Muslim Insiders Chamber of Commerce dan KNKV Group, direka sebagai simulasi pertempuran strategi korporat, membekalkan peserta dengan pengetahuan taktikal sebenar dalam Strategi Persaingan, Pemasaran Berasaskan Al, dan Taktik Pertumbuhan Digital untuk memastikan perniagaan mereka bukan sahaja bertahan, tetapi menguasai pasaran. KNKV Group turut berganding bahu dengan rakan strategiknya, CTOS Data Systems Sdn. Bhd., Dynads Academy, Droplets of Mercy dan Universiti Malaysia Kelantan.