Cukai Durian Runtuh Kepada Syarikat Glove Untuk Bantu Rakyat

Ramai yang mengalami kesukaran hidup apabila pandemik Covid-19 melanda. Ada yang diberhentikan kerja, ada yang dipotong haji dan tak kurang juga yang dipaksa mengambil cuti tanpa gaji.

Di antara sektor yang terjejas teruk adalah sektor pelancongan, sektor minyak dan gas, serta sektor penerbangan. Kadar pengangguran juga meningkat dan kegawatan ekonomi pun berlaku.

Berikut adalah perkongsian Tuan Radzi Tajuddin yang merupakan CEO Hi HOME, portal hartanah terkemuka tanahair bagaimana cukai durian runtuh ini boleh bantu rakyat Malaysia bagi mengharungi detik-detik sukar ini bersama-sama.

Korek Tabung Persaraan

Apabila rakyat mahukan KWSP memberi kebenaran untuk dikeluarkan wang persaraan mereka, ini bermakna rakyat sedang sengsara.

Hari ini 800,000 manusia sedang mencari pekerjaan. Mereka ini golongan yang menganggur.

Sejak PKP (MCO) diperkenalkan, lebih 89,000 orang telah hilang kerja.

Rata-rata mereka ini bekerja di dalam sektor penerbangan, perlancongan dan perkhidmatan. Sekarang ini sebilangan dari mereka mula menjual kek, membuka warung dan menjadi ejen penghantaran.

Tiada Simpanan Kecemasan

Lebih membimbangkan, 60% daripada tenaga kerja di Malaysia tidak mampu bertahan hatta seminggu tanpa pendapatan atau mempunyai simpanan kecemasan RM1,000.

Maknanya 6 orang dari 10 orang bekerja yang membaca tulisan ini ada balance account kurang dari RM1,000.

Inilah punca rakyat sedang susah dan derita. Tidak hairanlah 266 orang telah bunuh diri sejak Mac tahun ini.

Oleh itu persoalan asas harus ditanya- apakah yang boleh dilakukan?

Lebih tepat, adakah kerajaan telah ‘do enough’ untuk membantu nasib golongan ini di dalam Belanjawan 2021?

Kerajaan dikatakan bakal berbelanja RM6.5 billion untuk memberi bantuan tunai one-off sehingga RM1,800 kepada 8 juta isi rumah.

Kerajaan turut mengeluarkan RM1.5 billion bagi membantu 900 ribu pekrja melalui program subsidi upah.

Ini tidak cukup.

Kerajaan perlu berbelanja lebih dan kerajaan boleh memperoleh hasil yang lebih.

Kita selalu dengar Rakyat jaga Rakyat kerana kerajaan tak cukup duit. Itu mungkin betul.

Walaubagaimanapun kerajaan boleh dapat hasil pendapatan yang baru.

Di dalam Belanjawan 2021, kita diberitahu syarikat-syarikat sarung tangan getah (glove) bersetuju untuk ‘menderma’ RM400 juta kepada kerajaan.

Hakikatnya jumlah ini amatlah kecil jika diabndingkan dengan keuntungan ‘tidak normal’ yang mereka nikmati sepanjang Covid-19.

  • Top Glove mencatatkan keuntungan bersih RM1.87 bilion, naik 417%. (Ogos 2020)
  • Hartalega memperolehi keuntungan bersih RM545 juta, naik 424%. (2Q2020)
  • Supermax pula untung bersih RM789.5 juta. Naik 32 kali ganda. (1Q2020)

Apa maknanya semua ini?

Syarikat-syarikat ‘glove’ ini semuanya menikmati keuntungan super-duper ketika ekonomi dunia menjunam dan ketika jutaan rakyat Malaysia bersusah payah untuk hidup.

Harus diingat keuntungan berpuluh kali ganda ini bukan kerana syarikat ini tiba-tiba menjumpai model bisnes jutawan mana-mana sifu atau tiba-tiba menjadi super cekap dan efisen.

Ia hanya terjadi disebabkan suatu kejadian iaitu – Covid-19.

Atas sebab itulah kerajaan, sekiranya kompas moral mereka betul, wajib mengenakan cukai ‘windfall tax’ atau Bahasa mudahnya Cukai Durian Runtuh.

Syarikat-syarikat Glove ini sememangnya mendapat durian runtuh ibarat orang menang loteri.

Sekarang ini pun kita mempunyai cukai ‘windfall tax’ untuk industri kelapa sawit.

Kerajaan mengenakan levi 3% apabila harga CPO minyak sawit melebihi RM2,500 satu tan. Tahun ini sahaja kerajaan akan mengutip RM348 juta melalui cukai ini.

Amat jelas dari sudut moral dan politiknya, taxing luck is fairer than taxing hard work.

Apakah derma RM400 juta dari syarikat-syarikat glove mencukupi?

Jawapannya tidak, malah ia boleh dianggap ‘bargain’.

Sekiranya kerajaan mengenakan cukai durian runtuh sebanyak 10% bagi keuntungan yang berlebihan (excess profit), hasil yang bakal diperolehi sekitar RM790 juta sehingga RM1.4 bilion.

Tetapi kerajaan pernah mengenakan cukai durian runtuh kepada penjana elektirk bebas (IPP) pada 2008 ketika harga minyak dunia naik menggila sebanyak 30% one-off.

Jika kadar yang sama diguna pakai, kerajaan bakal mendapat sehingga RM4.2 bilion.

Ya, RM 4,200,000,000.

Jumlah ini cukup untuk memberikan bantuan RM500 one off kepada 8 juta isi rumah. Rakyat dapat wang lebih untuk hidup.

Alternatifnya, kerajaan boleh meluaskan subsidi upah pekerja RM900 sebulan kepada 1.5 juta pekerja selama 3 bulan. Syarikat boleh kekalkan pekerja.

Jadi pilihan di tangan kerajaan.

Adakah memperkenalkan cukai durian runtuh untuk meperolehi RM4.2 bilion atau hanya setuju dengan derma RM400 juta (yang kemudiannya digunakan untuk membeli peralatan Covid-19 dari mereka juga?)

Atau ada persetujuan (arrangement) lain yang kita tidak tahu misalnya derma politik?

Radzi Tajuddin
Pengasas Bersama MUDA

Sumber: FB Radzi Tajuddin

Dapatkan 101 Rahsia Penjimatan Cukai Pada Harga Istimewa

This image has an empty alt attribute; its file name is Dapatkan-101-Rahsia-Penjimatan-Cukai-Pada-Harga-Istimewa-700x934.jpg

Bila sebut sahaja LHDN, rata-rata akan tersentap mendengar 4 huruf berbisa ini yang langsung berkait rapat dengan cukai. Topik cukai bukanlah satu isu yang asyik dibincangkan. Malah, mereka yang bukan dari golongan pembayar cukai akan cepat-cepat tutup telinga dan melarikan diri dari isu panas ini.

Sebenarnya, isu cukai adalah topik yang menyeronokkan dan patut diambil berat oleh semua individu yang menjana pendapatan lebih dari RM36,000 SETAHUN, lebih-lebih lagi usahawan dan mereka yang memiliki perniagaan. Kurang daripada itu, anda sebenarnya tak perlu takut.

Apa Kandungan Dalam e-Book Ini Yang Dapat Bantu Saya Kurangkan Cukai?

Dalam e-book yang dikarang khas untuk anda yang bakal membayar cukai dan sedang pening kepala membuat kira-kira, anda akan pelajari 101 pendedahan ilmu pengurangan cukai antara tajuknya:

1. Manfaat Menjadi Seorang Pembayar Cukai

Ketahui 6 kelebihan menjadi pembayar cukai yang sebenarnya menguntungkan anda dan bisnes anda. Anda juga diberikan carta alir panduan pendaftaran cukai pendapatan secara online.

2. Simpan Rekod Anda

Ketahui lebih 20 jenis rekod atau penyata yang wajib anda simpan jika anda mahu menggunakan sepenuhnya fasiliti pengurangan cukai

3. Tak Semua Pendapatan Dikenakan Cukai

Ketahui 13 jenis pendapatan yang dikecualikan daripada dikenakan cukai.

4. Yuran Pendidikan – Belajar Sampai Liang Lahat

Jika anda sedang melanjutkan pelajaran, ketahui jumlah maksimum pelepasan yang anda boleh masukkan.

5. Pelepasan Gaya Hidup – Jangan Terlebih Gaya Sudahlah

5 pelepasan cukai terhadap pembelian atau langganan tertentu yang boleh dituntut.

6. Derma Dibenarkan – Faedah Dunia Akhirat

Ketahui bagaimana untuk menuntut pengurangan cukai melalui derma-derma yang telah dilakukan

Dan banyak lagi kaedah dan cara-cara yang dapat mengurangkan cukai.

Dapatkan e-Book 101 Rahsia Penjimatan Cukai hari ini -> https://www.majalahlabur.com/BijakCukai

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ada Gaji Tetap Tapi Buat Side Income? Jangan Terkejut Jika Terima Notis CP500 Dari LHDN

Ramai yang mempunyai gaji tetap beranggapan urusan cukai mereka telah selesai kerana majikan sudah membuat potongan cukai bulanan (PCB) setiap bulan. Namun, keadaan berbeza apabila seseorang individu mempunyai pendapatan tambahan selain gaji.

Antara pendapatan sampingan yang sering diterima rakyat Malaysia termasuk:

  • Pendapatan sewa rumah/homestay
  • Bisnes online
  • Grab/Food Panda rider
  • Content creator
  • Komisen jualan
  • Ejen insurans/takaful
  • Ejen hartanah

Jika anda mempunyai pendapatan seperti ini, anda mungkin akan menerima Notis CP500 daripada LHDN.

Apa Itu CP500?

CP500 ialah arahan bayaran ansuran cukai yang dikeluarkan oleh LHDN kepada individu yang mempunyai pendapatan selain penggajian.

Secara mudahnya, LHDN menganggarkan cukai yang perlu dibayar berdasarkan rekod tahun-tahun terdahulu dan membenarkan bayaran dibuat secara ansuran setiap dua bulan.

Daripada menunggu sehingga hujung tahun dan membayar sekaligus, sistem CP500 membantu menyebarkan beban pembayaran sepanjang tahun.

Kenapa Pekerja Bergaji Tetap Boleh Terima Notis CP500?

Ramai menyangka CP500 hanya untuk peniaga sepenuh masa.

Hakikatnya, seorang pekerja bergaji juga boleh menerima CP500 jika mempunyai pendapatan sampingan yang signifikan.

Sebagai contoh:

Ahmad bekerja sebagai jurutera dan menerima gaji RM8,000 sebulan. Pada masa sama, beliau memperoleh RM3,000 sebulan daripada sewaan sebuah apartmen. Walaupun PCB telah dipotong daripada gajinya, pendapatan sewa tersebut tidak tertakluk kepada PCB. Oleh itu, LHDN boleh mengeluarkan CP500 bagi memastikan cukai ke atas pendapatan sewa itu dibayar secara berperingkat.

CP500 Bukan Cukai Tambahan

Salah faham yang sering berlaku ialah ramai menganggap CP500 sebagai cukai tambahan.

Sebenarnya tidak.

Bayaran CP500 hanyalah bayaran pendahuluan terhadap cukai yang bakal dikira apabila anda mengemukakan borang cukai pendapatan.

Jika jumlah CP500 yang dibayar melebihi cukai sebenar, lebihan tersebut boleh dituntut semula. Jika tidak mencukupi, baki cukai perlu dijelaskan.

Musim Borang B: Semak Jika Anda Ada CP500

Bersempena musim penghantaran Borang B, individu yang mempunyai pendapatan selain penggajian disarankan untuk menyemak MyTax masing-masing.

Ramai pembayar cukai hanya menyedari kewujudan CP500 selepas menerima peringatan atau notis tunggakan.

Lebih baik mengetahui lebih awal dan merancang aliran tunai berbanding berdepan cukai yang besar secara mengejut.

Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Menerima Notis CP500?

Apabila menerima notis CP500, anda perlu memberi perhatian kepada tiga perkara utama:

  • Membuat bayaran cukai secara ansuran setiap dua bulan.
  • Membayar jumlah yang dinyatakan dalam notis CP500.
  • Memastikan bayaran dibuat sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.

Ramai pembayar cukai menyimpan notis tersebut tanpa mengambil sebarang tindakan kerana menyangka ia sekadar makluman biasa. Hakikatnya, CP500 adalah jadual bayaran ansuran cukai yang dikeluarkan oleh LHDN dan memerlukan tindakan daripada penerima notis.

Jika anda tidak bersetuju dengan jumlah yang ditetapkan atau menjangkakan pendapatan anda jauh berbeza daripada tahun sebelumnya, anda boleh menghubungi LHDN untuk mendapatkan penjelasan lanjut atau membuat semakan yang bersesuaian.

Bagaimana LHDN mengetahui anda mempunyai pendapatan tambahan? Secara umumnya, CP500 ditentukan berdasarkan maklumat yang telah dilaporkan dalam borang cukai tahun-tahun terdahulu. Dengan pelaksanaan e-Invois yang semakin meluas, data transaksi yang direkodkan juga dijangka membantu meningkatkan ketepatan maklumat percukaian pada masa hadapan.

Terlepas Bayar CP500, Ada Penalti?

Ya. Jika bayaran CP500 tidak dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan, penalti lewat bayar boleh dikenakan oleh LHDN.

Namun bagi Tahun Taksiran 2026, LHDN memberikan pengecualian penalti kepada individu yang mempunyai pendapatan penggajian serta pendapatan bukan penggajian yang menyebabkan notis CP500 dikeluarkan, termasuk pendapatan seperti sewa, faedah dan royalti.

Artikel The Star juga menekankan bahawa kelayakan bergantung kepada jenis pendapatan dan profil pembayar cukai, bukan sama ada penerima CP500 kali pertama atau tidak.

Langkah ini diperkenalkan bagi membantu kumpulan tersebut menyesuaikan diri dengan pelaksanaan sistem CP500 sepanjang tempoh peralihan.

Contoh:

Ahmad bekerja makan gaji dan PCB dipotong setiap bulan. Pada masa sama, beliau menerima pendapatan sewa rumah. Oleh sebab pendapatan sewa tidak tertakluk kepada PCB, Ahmad menerima notis CP500.

Sekiranya Ahmad tidak membuat bayaran ansuran CP500 pada Tahun Taksiran 2026, beliau tidak akan dikenakan penalti 10% di bawah Seksyen 107B(3) Akta Cukai Pendapatan.

Namun begitu, cukai yang masih belum dibayar tetap perlu dijelaskan apabila beliau mengemukakan borang cukai pendapatan kelak.

Ringkasnya, yang dikecualikan adalah penalti, bukannya cukai.

Baca lagi KONSESI PENGENAAN PENALTI KE ATAS NOTIS BAYARAN ANSURAN (CP500) BAGI INDIVIDU YANG MENERIMA PENDAPATAN PENGGAJIAN

Kesimpulan

Mempunyai pendapatan sampingan sememangnya satu perkara yang baik kerana ia membantu meningkatkan pendapatan. Namun begitu, jangan lupa bahawa setiap pendapatan juga datang bersama tanggungjawab percukaian.

Jika anda mempunyai pendapatan selain gaji, luangkan sedikit masa untuk memahami CP500. Ia bukan hukuman, bukan juga cukai tambahan, tetapi mekanisma yang membantu pembayar cukai mengurus bayaran cukai dengan lebih teratur sepanjang tahun.