4 Perbezaan Antara Wasiat dan Hibah

Masih ramai lagi yang terkeliru definisi, fungsi dan kaedah pelaksanaan wasiat dan hibah. Rata-rata melihat kedua-duanyanya sama sahaja, iaitu menukar pemilikan sesuatu harta selepas berlaku pemilik harta meninggal dunia.

Sebenarnya telah banyak penerangan melalui penulisan mahu pun ceramah-ceramah yang menyatakan tentang perbezaan antara wasiat dan hibah. Akan tetapi penjelasan kali ini akan cuba ditulis mengikut aturan soalan-soalan yang banyak diterima berkaitan kedua-dua instrumen  pengurusan harta ini. Ini bagi memudahkan pembaca lebih mudah faham.

1. Apakah Maksud Sebenar Wasiat Dan Hibah?

Tanpa mengulas panjang tentang definisi yang diberikan syarak, kerana dikhuatiri ianya akan menyukarkan kefahaman pembaca, definisi yang lebih ringkas dan mudah tentang wasiat dah hibah adalah seperti berikut.

Wasiat ialah pemberian harta yang berlaku selepas kematian pewasiat manakala hibah pula ialah pemberian harta yang berlaku semasa hidup pemberi hibah.

Walaupun sebenarnya definisi yang diberikan ini terlalu ringkas, tetapi ia cukup untuk menampakkan perbezaan antara wasiat dan hibah.

2. Kepada Siapa Kita Boleh Berikan Harta Melalui Wasiat Dan Hibah?

Jika melalui wasiat, pemilik harta boleh memberikan harta kepada sesiapa sahaja selain daripada waris mereka sendiri. Itupun terhad kepada 1/3 dari keseluruhan nilai harta yang dimilikinya.

Sebagai contoh, kita sebagai pemilik harta berwasiat untuk memberikan 10% dari nilai akaun bank dan Tabung Haji kepada sebuah asrama anak yatim dan digunakan untuk pembinaan Maahad Tahfiz.

Jadi jelas, tak boleh pemilik harta berwasiat untuk memberikan hartanya kepada pasangan suami atau isteri dan anak-anak.

Manakala jika melalui hibah pula, pemilik harta bebas hendak memberikan hartanya kepada siapa yang dikehendaki, sama ada penerima tersebut adalah dari kalangan warisnya sendiri ataupun tidak.

3. Berapa Kadar Harta Yang Boleh Diwasiatkan Dan Dihibahkan?

Seperti yang telah dinyatakan di atas, kadar harta yang boleh diwasiatkan oleh pemilik harta menurut syarak adalah setakat 1/3 sahaja daripada harta bersih peninggalannya pada waktu kematiannya. Itupu setelah ditolak dengan semua harta yang telah digunakan untuk belanja pengebumian dan melangsaikan hutang si mati.

Jika pemilik harta berwasiat melebihi kadar 1/3 hartanya maka wasiat yang lebih dari 1/3 tersebut tidak sah kecuali waris-waris bersetuju dengan kadar yang lebih itu.

Manakala bagi hibah pula, tiada had tertentu untuk seorang pemilik harta memberikan hartanya. Walaubagaimanapun, jika ibubapa ingin memberi hibah kepada anak-anak, jumhur ulama’ (Hanafi, Maliki dan Syafie) berpendapat bahawa sunat menyamakan pemberian hibah kepada mereka ia lebih adil dan dekat kepada taqwa.

4. Adakah Hibah Dan Wasiat Boleh Ditarik Balik?

This image has an empty alt attribute; its file name is pexels-andrea-piacquadio-3771097-1-700x466.jpg

Secara ringkas, wasiat boleh ditarik balik selagi si pemilik harta yang membuat wasiat masih hidup. Walaubagaimanapun, wasiat tersebut boleh terbatal dalam beberapa keadaan.

  • Sekiranya pembuat wasiat bankrap
  • Sekiranya pembuat wasiat murtad
  • Sekiranya penerima menolak wasiat
  • Penerima mati sebelum pembuat wasiat
  • Penerima membunuh pembuat wasiat
  • Berlaku kerosakan harta wasiat

Manakala bagi hibah pula, secara ringkas ianya tidak boleh ditarik balik melainkan dengan kerelaan si penerima hibah. Sebagai contoh, seorang suami telah memberi hibah sebuah rumah kepada isterinya. Setelah ijab dan qabul berlaku maka tidak boleh si suami menarik balik hibanya melainkan isteri yang rela hati memberi semula.

Walaubagaimanapun, hibah yang dibuat oleh bapa (termasuk juga ibu, datuk dan nenek) kepada anak-anaknya selama mana harta itu tidak ada kaitan dengan orang lain boleh ditarik semula.

Semoga dengan penerangan ringkas ini dapat membantu pembaca lebih memahami tentang perbezaan antara wasiat dan hibah.

Previous ArticleNext Article
Seorang konsultan perwarisan harta Islam di sebuah syarikat amanah yang menguruskan perancangan harta dan pentadbiran pusaka secara Syariah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Hibah Amanah: Instrumen Pengurusan Pusaka

RM90 bilion. Angka yang cukup besar untuk membuatkan kita termenung sejenak.

Itulah jumlah harta pusaka yang masih terbeku dan tidak dituntut oleh waris yang sah menurut data daripada Amanah Raya Berhad. Bayangkan berapa ramai keluarga yang terkesan, berapa lama mereka terpaksa menunggu, dan berapa banyak peluang yang hilang disebabkan harta-harta ini terkunci dalam proses pentadbiran pusaka yang berlarutan.

Mengapa Perkara Ini Masih Berlaku Di Malaysia?

Punca Masalah: Kesedaran Yang Tertangguh

Selepas berada dalam industri perancangan kewangan selama lebih 10 tahun, bertemu dengan pelbagai klien dan berbincang dengan rakan seprofesion, satu pola yang sama terus berulang: ramai yang tahu kepentingan perancangan pusaka, tetapi ramai juga yang memilih untuk menangguhkannya.

“Nanti lah.”

“Masih muda lagi.”

“Belum ada masa.”

“Tak nak fikir pasal mati.”

Alasan-alasan ini kedengaran familiar? Malangnya, ajal tidak menunggu kita bersedia.

Instrumen Pengurusan Pusaka

Dalam industri perancangan pusaka, terdapat beberapa instrumen yang boleh digunakan:

  1. Wasiat – Arahan pembahagian harta selepas kematian
  2. Hibah – Pemberian harta semasa hidup
  3. Amanah (Trust) – Pengawalseliaan dan pengurusan harta
  4. Kombinasi instrumen – Menggabungkan kelebihan setiap instrumen

Masing-masing mempunyai kelebihan dan kesesuaian tersendiri bergantung kepada situasi individu.

Hibah: Solusi Segera Yang Kurang Difahami

Antara instrumen yang paling berkesan tetapi kurang dimanfaatkan ialah Hibah.

Hibah adalah pemberian harta secara sukarela daripada seseorang kepada orang lain semasa pemberi masih hidup. Ia berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja Ijab (tawaran) dan Qabul (penerimaan) selesai, dengan syarat-syarat rukun hibah dipenuhi.

Hibah Amanah: Gabungan Terbaik Dua Konsep

Namun, ramai yang tertanya-tanya: “Kalau saya hibahkan harta sekarang, adakah saya kehilangan kawalan ke atas harta saya sendiri?”

Di sinilah kelebihan Hibah Amanah  atau Trust Hibah.

Hibah Amanah menggabungkan konsep hibah dengan struktur amanah, membolehkan pemberi hibah untuk:

  • Kekalkan kawalan ke atas pengurusan harta sepanjang hayat
  • Nikmati manfaat daripada harta tersebut seperti pendapatan atau dividen
  • Tetapkan syarat penggunaan harta untuk benefisiari
  • Pastikan pemindahan segera kepada waris selepas kematian tanpa proses mahkamah

Konsep ini sangat sesuai untuk mereka yang mahukan ketenangan fikiran sambil terus menikmati harta mereka.

Contoh Produk Hibah Amanah di Malaysia

Beberapa institusi di Malaysia menawarkan kemudahan hibah amanah yang mudah dan praktikal:

1. Hibah Amanah ASB (Amanah Saham Bumiputera)

Pelaburan ASB boleh dihibahkan melalui mekanisme hibah yang disediakan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Pemegang unit boleh:

  • Menghibahkan sebahagian atau keseluruhan unit ASB kepada waris atau benefisiari
  • Kekalkan hak untuk menerima dividen sepanjang hayat
  • Pemindahan unit berlaku secara automatik selepas kematian tanpa perlu melalui proses pentadbiran pusaka
  • Proses yang mudah dengan mengisi borang hibah di kaunter ASNB

Ini bermakna pelaburan ASB anda tidak akan terbeku dan waris boleh terus menerima manfaat tanpa kelewatan.

2. Hibah Tabung Haji

Lembaga Tabung Haji turut menyediakan kemudahan hibah untuk simpanan para pendeposit:

  • Pendeposit boleh menghibahkan simpanan Tabung Haji kepada benefisiari yang dipilih
  • Hibah boleh dibuat secara mutlak atau bersyarat
  • Proses mudah melalui Sistem Hibah TH yang boleh dilakukan di kaunter atau secara online
  • Hibah berkuat kuasa serta-merta selepas penyerahan borang dan penerimaan benefisiari
  • Selepas kematian pendeposit, simpanan yang dihibahkan dapat dituntut dengan segera oleh benefisiari

Kedua-dua produk ini menawarkan cara yang mudah dan patuh Syariah untuk memastikan simpanan dan pelaburan anda tidak terbeku dan dapat memberi manfaat segera kepada orang tersayang.

Apa Yang Boleh Anda Lakukan Sekarang

  1. Buat senarai harta – Aset, simpanan, pelaburan, takaful, hutang
  2. Kenal pasti benefisiari – Siapa yang anda mahu lindungi dan jaga
  3. Dapatkan nasihat profesional – Perunding perancangan pusaka, peguam syarie, atau perancang kewangan berlesen
  4. Pilih instrumen yang sesuai – Wasiat, hibah, amanah, atau kombinasi
  5. Ambil tindakan – Jangan tangguh lagi

Warisan Terbaik Adalah Perancangan

Warisan terbaik yang boleh kita tinggalkan bukan hanya harta, tetapi ketenangan dan perlindungan untuk keluarga yang kita sayangi.

Jangan biarkan RM90 bilion itu bertambah. Jangan biarkan keluarga anda menjadi antara ribuan yang terpaksa menunggu bertahun-tahun, menanggung kos beribu-ribu ringgit, dan mengalami tekanan emosi hanya untuk mendapatkan hak mereka.

Mulakan perancangan pusaka anda hari ini. Kerana esok mungkin sudah terlambat.


Penafian: Artikel ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran umum dan tidak sepatutnya dianggap sebagai nasihat undang-undang atau kewangan. Pembaca digalakkan untuk mendapatkan nasihat profesional yang sesuai dengan situasi peribadi mereka.


Artikel ini dibawa kepada anda oleh Sampul Sdn Bhd. Artikel ini diterbitkan bersama MajalahLabur untuk membantu jenama bercerita melalui kandungan berkualiti.