
- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) ingin memaklumkan bahawa pengemukaan Borang Nyata (BN) Tahun Taksiran 2022 dan Tahun Saraan 2022 melalui e-Filing bagi pembayar cukai individu dan selain individu iaitu Borang BE, B, M, BT, MT, P, TF, TP dan E boleh dilakukan mulai 01 Mac 2023.
- Pembayar cukai adalah disarankan untuk menggunakan perkhidmatan e-Filing bagi tujuan pengemukaan BN yang boleh diakses melalui portal rasmi HASiL https://www.hasil.gov.my/ > MyTax > Perkhidmatan ezHasil > e-Filing atau secara terus ke MyTax; melalui portal https://mytax.hasil.gov.my/ atau aplikasi mobile. Manakala bagi ejen cukai pula digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan TAeF (https://taef.hasil.gov.my/).
- Pembayar cukai berdaftar yang log masuk kali pertama ke sistem e-Filing perlu mendapatkan No. PIN terlebih dahulu melalui MyTax > Pilih Jenis Pengenalan > No. Pengenalan > hantar dan pilih e-KYC (Mobile) atau e-CP55D (portal). Ikuti langkah yang dinyatakan dan muat naik dokumen pengenalan diri sekiranya diperlukan.
- Tindakan set semula kata laluan bagi pembayar cukai yang terlupa kata laluan boleh dilakukan melalui e-mel yang berdaftar dengan HASiL.
- Sekiranya pembayar cukai masih menghadapi masalah berhubung kata laluan atau No. PIN, pembayar cukai boleh merujuk kepada panduan yang disediakan di MyTax, menghubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 (Dalam Negara) / 603-8911 1100 (Luar Negara), HASiL Live Chat atau mengunjungi kaunter perkhidmatan HASiL yang berhampiran.
- Maklumat lanjut berkenaan Program Memfail BN Bagi Tahun 2023 boleh dirujuk di portal rasmi HASiL atau klik pada pautan berikut untuk capaian pantas:
Versi Bahasa Malaysia:
https://www.hasil.gov.my/media/mpofkuqz/programmemfailbn_2023.pdf
Versi Bahasa Inggeris:
https://www.hasil.gov.my/media/esmb4pd1/rffilingprogramme_2023.pdf
- Pembayar cukai turut dinasihatkan untuk mengemukakan BN dan membayar cukai pendapatan mereka dalam tempoh yang telah ditetapkan. Status penghantaran BN, proses bayaran balik, e-Lejar dan maklumat Potongan Cukai Bulanan (PCB) boleh disemak melalui MyTax.
- Dokumen pembuktian seperti penyata pendapatan, resit, invois dan lain-lain dokumen berkaitan cukai pendapatan hendaklah dikumpulkan, disusun dengan kemas dan disimpan dengan rapi sekurang-kurangnya untuk tempoh tujuh (7) tahun seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 82 dan 82A Akta Cukai Pendapatan 1967. Ia perlu dilakukan sebagai persediaan untuk memudahkan proses pengisian e-Filing dan semakan pematuhan oleh HASiL pada masa hadapan.
- Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui:
- Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
- HASiL Live Chat; dan
- Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas: https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/public.












