Generasi Milenial, Generasi Paling Malang Abad Ini

Nasib setiap generasi secara asasnya tidak sama dari segi kehidupan mereka. Kebanyakan generasi  lama merupakan generasi yang lebih bernasib baik berbanding dengan generasi yang baru terutamanya generasi millennial.

Golongan millennial ini merupakan golongan yang dilahirkan di antara tahun 1981 sehingga 1996. Gologan millennial yang paling tua kini berusia 40-an dan yang paling muda berusia pertengahan 20-an.

Golongan ini dikatakan sebagai golongan yang paling malang berbanding dengan golongan mereka yang sebelum ini.

Di antara faktor utama menyebabkan generasi ini diklasifikasikan diantara golongan yang tidak bernasib baik berbanding generasi yang terdahulu adalah disebabkan mereka berdepan dengan krisis kegawatan ekonomi yang teruk didalam hidup mereka.

Antara kegawatan ekonomi yang teruk berlaku yang memberi kesan yang sangat besar kepada kedudukan kewangan mereka adalah krisis ekonomi yang berlaku pada tahun 2008 dan juga pada tahun ini.

Ketika krisis ekonomi yang berlaku pada tahun 2008, kebanyakan golongan millennial merupakan golongan yang paling terkesan dengan peristiwa tersebut. Walaupun golongan ini merupakan antara golongan yang paling berpendidikan tetapi mereka adalah golongan terkesan ketika krisis ekonomi yang berlaku pada waktu itu.

Pada krisis tersebut, golongan millennial kebanyakannya baru tamat pengajian di peringkat universiti dan telah berdepan dengan pasaran kerja yang sedang menguncup pada ketika itu.

Peluang pekerjaan bagi gologangan ini begitu sukar dan kebanyakan daripada mereka terpaksa menjadi pengangur selepas berjya menamatkan pengajian di peringkat universiti.

Lebih malang lagi, golongan ini terpaksa membayar hutang pengajian mereka walaupun masih belum lagi mendapat pekerjaan seperti yang diharapkan. Sebahagian dari mereka yang tidak berpeluang mendapat kerja seperti dinginkan terpaksa bekerja luar dari bidang pengajian mereka.

Kini krisis kedua ekonomi sedang berlaku di dalam hidup generasi millennial dan ianya adalah lebih teruk berbanding dengan krisis yang berlaku pada tahun 2008. Kerana krisis kali ini, ia menyerang kesemua ekonomi dunia.

Krisis pandemik Covid-19 ini telah menyebabkan banyak golongan millennial terpaksa dibuang kerja. Sudahlah sebelum ini mereka dibayar gaji dengan lebih rendah berbanding dengan generasi lain, kini mereka hilang pula mata pencarian hidup akibat berdepan dengan pandemik ini.

Dengan segala permasalahan yang membelenggu golongan millennial ini, kesannya adalah mereka merupakan golongan yang tidak mempunyai rumah sendiri. Ini bukan disebabkan mereka tidak berminat untuk mendapatkan rumah, tetapi mereka merupakan golongan yang tidak  berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri.

Hutang pengajian di peringkat universiti yang besar dan pendapatan yang kecil menyebabkan keadaan kewangan yang tidak stabil untuk memiliki rumah sendiri.

Di Malaysia juga, golongan ini merupakan golongan yang paling banyak muflis. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Bank Dunia, sebanyak 60% rakyat Malaysia yang muflis adalah terdiri daripada generasi ini.

Faktor utama mereka muflis adalah disebabkan menggunakan kad kredit untuk menampung kehidupan mereka. Sebahagain yang lain pula menggunakan kad kredit untuk berbelanja lebih. Ada di antara mereka yang tidak celik di dalam pengurusan kewangan yang mana telah menjerat kehidupan mereka.

Bagi generasi millennial, walaupun mereka mungkin diketegorikan sebagai generasi yang kurang bernasib baik, itu tidak bermakna mereka perlu mengalah dengan persekitaran mereka.

Generasi yang paling kreatif ini pasti mampu untuk bangkit dan membuktikan mereka adalah generasi yang boleh berjaya.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA