Kalau Semua Orang Miskin, Siapa Pula Nak Bersedekah?

Apa khabar pedagang-pedagang dan pelabur-pelabur saham semua? Portfolio banyak hijau ke banyak merah sekarang ni?

Kalau hijau Alhamdulillah, kalau merah pun ucaplah Alhamdulillah dan muhasabah diri mengapa kita sedang mengalami kerugian. Rajin-rajinlah kita cari ilmu dan perbaiki kelemahan.

Data menunjukkan semakin ramai orang kita yang terlibat dalam pasaran saham. Semoga kalian berjaya meraih pulangan yang baik seterusnya dapat upgrade tahap kewangan diri dan keluarga.

Tak ada masalah kita nak ada banyak duit.

Malahan Islam suruh kita jadi kaya, kerana bila kita kaya, kita mampu berzakat dan bersedekah. Jika semua orang miskin dan tak mampu nak berzakat, kita nak harap pada siapa pula?

Baca: Panduan Mengira Sendiri Zakat Saham Beserta Contoh

Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.

Jom kita layan video di bawah yang merupakan salah satu cara gembira untuk belanja RM3 ribu dalam masa 15 minit.

Terima kasih diucapkan kepada MR TOY dan Aeon Mall Shah Alam di atas kerjasama menjayakan projek kami membahagiakan anak yatim.

Rasa seronok dan sayu bercampur-campur bila melihat kegembiraan yang terpampang di wajah anak-anak yatim dari Rumah Nur Sakinah.

Adik-adik ini dibenarkan untuk mengambil apa saja barang yang ada di dalam kedai, tak kira berapa pun harganya.

Ingat, bila kita kaya, kita boleh bantu lebih ramai orang. Bila kita kaya, kita boleh keluarkan lebih banyak zakat. Jadi, tolonglah jadi kaya.

Semoga kita semua kaya di dunia dan untung di akhirat.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Apa Yang Penting Dengan Quarter Report?

“Aku bukan CEO pun… kenapa kena sibuk baca laporan suku tahunan syarikat?”

Itu antara soalan yang biasa saya dengar dan ya, itu juga apa yang saya fikir dulu.

Saya ingatkan pelaburan saham ini sekadar beli murah, jual mahal. Tengok trend, ikut ‘sifu’, masuk forum, ikut orang.

Tapi semua itu mula berubah apabila satu hari, saya terlepas satu peluang besar sebab saya langsung tak tahu apa itu laporan kewangan suku tahunan atau Quarter Report (QR).

Detik Yang Mengubah Cara Saya Melabur

Sebuah syarikat yang dahulu saya pernah perhatikan tiba-tiba naik harga sahamnya dengan mendadak. Bila saya semak, rupa-rupanya QR terbaru mereka menunjukkan peningkatan untung bersih sebanyak +87%.

Syarikat itu dah bagi “hint” dalam QR sebelum ini. Tapi saya tak ambil peduli.
Saya rugi peluang.
Saya rugi masa.
Dan paling penting, saya sedar saya rugi kerana saya tak faham ‘bahasa’ pelaburan sebenar.

Apa Itu Quarter Report & Kenapa Ia Penting?

Sumber: malaysiastock.biz. Gambar di atas hanyalah contoh sahaja.

Quarter Report ialah laporan kewangan suku tahunan syarikat tersenarai. Ia mengandungi:

✅ Untung/Rugi syarikat
✅ Perbelanjaan & pendapatan
✅ Komen & pandangan pengurusan
✅ Petunjuk prestasi masa depan

Anda nampak tak berapa banyak maklumat yang boleh diperoleh daripada Quarter Report (QR)?

Bagi pelabur bijak, QR bukan sekadar nombor, tetapi ia adalah signal.

Ramai orang tengok angka dalam QR macam tengok teks matematik yang membosankan. Tapi bagi pelabur berilmu, setiap angka ada cerita. Setiap trend ada isyarat. Dan inilah tiga jenis signal paling penting yang mereka cari:

  1. Signal Bila Syarikat Mula Goyah

QR boleh menjadi ‘alarm awal’ sebelum sesuatu syarikat betul-betul bermasalah. Tanda-tanda seperti:

  • Keuntungan bersih makin susut dari satu suku tahunan ke suku tahunan seterusnya
  • Kadar hutang meningkat mendadak
  • Kos operasi naik tapi hasil jualan menurun

Semua ini adalah petunjuk bahawa syarikat mungkin menghadapi cabaran besar sama ada dari segi pengurusan, persaingan atau pasaran yang berubah. Pelabur yang peka akan mula kaji lebih dalam, atau bersedia untuk keluar sebelum harga saham mula jatuh teruk.

  1. Signal Bila Masa Terbaik Untuk Masuk

Peluang terbaik selalunya datang dalam senyap sebelum media mula heboh.

Contohnya:

  • Syarikat tiba-tiba catat lonjakan keuntungan selepas beberapa laporan suku tahunan yang lemah
  • Pengurusan beri komen optimis tentang masa depan syarikat
  • Margin keuntungan bertambah walaupun ekonomi tak menentu

Bagi pelabur yang tahu menganalisis QR, ini adalah ‘lampu hijau’ untuk mula ambil posisi sebelum orang lain perasan. Mereka beli bukan sebab orang lain beli, tapi sebab angka menyokong keputusan mereka.

  1. Signal Tentang Industri Mana Yang Sedang Pulih atau Merosot

QR bukan saja tunjuk prestasi satu syarikat tapi juga boleh beri gambaran keadaan industri.

Sebagai contoh:

  • Bila kebanyakan syarikat dalam sektor pembinaan mula catat peningkatan untung secara konsisten, itu tanda industri mungkin sedang pulih.
  • Atau jika banyak syarikat teknologi mula lapor penyusutan pendapatan, itu mungkin petunjuk awal sektor itu akan hadapi tekanan.

Pelabur berpengalaman akan gunakan maklumat ini untuk beralih sektor pada masa yang tepat. Mereka bukan hanya tengok saham tetapi mereka baca aliran ekonomi.

Realitinya? Ramai Tak Tahu Guna QR

Berdasarkan pengalaman saya,

❌ Ramai yang tak tahu QR disiarkan setiap tiga bulan
❌ Ramai yang tak tahu nak cari bahagian mana
❌ Ramai yang takut dengan istilah-istilah teknikal

Mereka akhirnya beli ikut emosi. Jual ikut panik. Dan rugi tanpa tahu sebab sebenar.

Webinar Deep Dive QR

Deep Dive Quarter Report bukan webinar teori. Modul dalamnya disusun untuk bantu anda:

  • Faham angka-angka penting dalam QR
  • Bezakan QR yang ‘power’ vs yang bahaya
  • Gunakan QR untuk strategi pelaburan sebenar
  • Belajar analisis dari kes sebenar syarikat tersenarai

Setiap Quarter Report (QR) ada ceritanya,
Jangan sampai rugi sebab syarikat umum QR..  

Ini bukan kelas preview,

Kita akan terus belajar:-

✅ Cara pilih dan tapis saham yang baik untuk buat ‘Watchlist’ dikala musim QR

 ✅ Belajar kenal pasti syarikat bermasalah yang patut dielakkan

 ✅ Serta case study untuk dijadikan panduan

Pastikan tahu teknik betul untuk buat duit ketika musim QR!