Hubungan Rapat Di Antara Google Dan Apple Sebelum Menjadi Pesaing Dalam Dunia Telefon Pintar

Apple dan Google merupakan syarikat yang tersenarai sebagai Big Five di dalam dunia teknologi. Syarikat ini merupakan syarikat yang berasal dari Silicon Valley yang mana pada mulanya, mereka bukanlah pesaing seperti hari ini.

Pada permulaan perjalanan Apple, syarikat tersebut bersaing dengan Microsoft dalam membangunkan komputer dan Google pula bersaing dengan Yahoo yang merupakan gergasi internet satu ketika dahulu.

Apple dan Google tidak bersaing di antara satu sama lain kerana teras perniagaan yang berbeza.

Bagaimana Google dan Apple Menjalinkan Hubungan Kerjasama?

Sebelum wujudnya telefon pintar pada tahun 2007, Google dan Apple merupakan syarikat yang berkerjasama di dalam dunia teknologi. Ketika era Steve Jobs masih menjadi CEO untuk Apple, beliau telah bekerjasama dengan Google di dalam carian engine terkenal Apple iaitu Safari.

Apple menjadikan Google sebagai default untuk web browser Safari.

Kredit Gambar: Business Insider

Pada ketika itu, Google masih baru dan tidak sehebat seperti hari ini dan jika dibandingkan dengan Yahoo, Google hanya pemain yang kecil saja di dalam dunia carian internet. Kerjasama tersebut amat bermakna bagi Google kerana memberi keyakinan kepada Google untuk bersaing di dalam dunia teknologi.

Selain daripada itu, Eric Schmidt yang pada ketika itu merupakan CEO Google dan salah seorang Board Of Director untuk Apple. Ini menguatkan lagi hubungan di antara dua syarikat teknologi tersebut pada ketika itu.

Kenapa Hubungan Google Dan Apple Retak?

Ketika Apple mula memperkenalkan telefon pintar mereka yang terkenal iaitu iPhone pada tahun 2007, Google turut membangunkan perisian mereka sendiri yang dikenali sebagai Android. Pada mulanya, Android ini hanyalah dibangunkan untuk aplikasi kamera digital tetapi disebabkan kejayaan yang diperolehi oleh Apple ketika memperkenalkan telefon skrin sentuh sepenuhnya, Google telah menukar hala tuju pembangunan Android kepada telefon pintar selepas 10 bulan iPhone pertama berada di pasaran.

Kredit Gambar: Vulcan Post

Peristiwa ini telah menyebabkan Apple dan Google bersaing di dalam pasaran yang sama iatu pasaran telefon pintar. Berbanding dengan Apple yang terkenal dengan hanya membangunkan perisian bersama dengan hardware mereka sendiri tanpa melibatkan pihak luar, Android lebih kepada sistem terbuka yang mana Google memberikan secara percuma perisian telefon pintar Android kepada mana-mana pengeluar telefon pintar.

Perkara ini telah menyebabkan perkembangan telefon pintar Android begitu pesat disebabkan banyak pengilang mula membangunkan telefon pintar berasaskan perisian Andorid. Ini telah mencabar kedudukan Apple yang mendakwa syarikat tersebut merupakan perintis kepada pembangunan telefon pintar di era baru.

Selepas peristiwa tersebut, Apple telah mempunyai banyak pesaing di dalam pasaran telefon pintar terutamanya dari China dan Korea Selatan. Samsung yang dilihat telah memberi saingan yang luar biasa terhadap dominasi telefon berkelas tinggi yang menggunakan perisian Android.

Pada tahun 2009, selepas hubungan yang tegang di antara Google dan Apple yang semakin kemuncak, Eric Schmidt telah melepaskan jawatan sebagai Board Of Director di Apple. Steve Jobs turut menuduh Google yang hanya mampu meniru kehebatan yang dimiliki oleh Apple di dalam pembangunan telefon pintar.

Apple memutuskan kerjasama di dalam web browser mereka. Apple kemudiannya menggunakan web browser yang dibangunkan oleh Microsoft sebagai default mereka bagi menggantikan Google Search.

Hubungan Kembali Terjalin

Selepas hampir satu dekad pertembungan dua syarikat gergasi ini, akhirnya Apple akur dengan kewujudan telefon pintar Android di dalam pasaran. Walaupun Android menguasai pasaran telefon pintar dunia, telefon pintar keluaran Apple tetap menjadi pilihan peminat mereka walaupun harga yang ditawarkan oleh syarikat tersebut adalah tinggi.

Kredit Gambar: CNET

Google telah menjalinkan kerjasama semula dengan Apple yang mana Google dipercayai membayar sebanyak USD8 sehingga USD12 bilion setiap tahun bagi membenarkan Google Search di platform iPhone. Ini bertujuan bagi mendominasi ejen carian di setiap telefon pintar keluaran Apple.

Kini kerjasama di antara dua syarikat tersebut telah memberi pulangan yang besar kepada kedua-dua syarikat tersebut.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Google Tubuh Entiti Tempatan Di Malaysia: Implikasi Terhadap WHT di Malaysia

Google baru-baru ini memaklumkan kepada pelanggan di Malaysia bahawa syarikat itu sedang menubuhkan entiti tempatan, Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Langkah ini membawa perubahan kepada struktur transaksi Google Cloud Platform dan Google Workspace bagi pelanggan yang mempunyai alamat pengebilan di Malaysia dan membuat pembayaran dalam Ringgit Malaysia (MYR).

Sebelum ini, transaksi pelanggan Malaysia dibuat dengan Google Asia Pacific Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura.

Selepas migrasi, kontrak dan akaun pelanggan yang terlibat akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Perubahan ini bukan sekadar melibatkan syarikat teknologi, malah berpotensi memberi kesan kepada perniagaan dalam talian (online business) di Malaysia yang bergantung kepada perkhidmatan Google Cloud dan Google Workspace untuk menjalankan operasi harian.

Apa perubahan yang bakal berlaku?

Antara perubahan utama yang diumumkan:

1. Invois dikeluarkan oleh syarikat tempatan

Selepas migrasi, invois dan penyata bil akan dikeluarkan atas nama Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd., termasuk alamat dan nombor pengenalan cukai entiti tempatan.

2. SST 8% dikenakan

SST akan dipaparkan sebagai komponen berasingan dalam invois dan dikutip oleh Google Cloud Malaysia mengikut kadar yang dinyatakan dalam notis tersebut.

3. Kontrak dipindahkan kepada entiti Malaysia

Kontrak sedia ada dengan Google Asia Pacific akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia. Entiti tempatan ini akan mengambil alih kedudukan kontrak berkenaan.

Jadi, bagaimana pula dengan Withholding Tax (WHT)?

Ini bahagian yang menarik dari perspektif percukaian.

Sebelum ini, pembayaran pelanggan Malaysia kepada Google Asia Pacific Pte Ltd perlu dinilai dari sudut cukai pegangan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967).

Antara peruntukan yang relevan ialah Seksyen 109 berkaitan pembayaran royalti kepada bukan pemastautin.

Mengapa royalti?

Di bawah Seksyen 2 ACP 1967, definisi royalti merangkumi bayaran bagi penggunaan atau hak untuk menggunakan hak cipta, termasuk perisian (software).

Sebagai contoh, bayaran untuk mendapatkan hak penggunaan sesuatu aplikasi atau perisian oleh pelanggan sendiri berpotensi dikategorikan sebagai royalti dan tertakluk kepada WHT di bawah Seksyen 109.

Kadar domestik WHT bagi royalti ialah 10%, tertakluk kepada kadar atau layanan berbeza di bawah Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (DTA), jika berkenaan.

Apa implikasinya kepada Malaysia?

Perubahan struktur entiti syarikat teknologi antarabangsa seperti Google AKAN memberikan beberapa implikasi kepada landskap percukaian negara:

  1. Lebih banyak transaksi perkhidmatan digital boleh dilaksanakan melalui entiti tempatan.
  2. Kutipan SST dapat dilaksanakan melalui pembekal tempatan.
  3. Pelanggan Malaysia mungkin tidak lagi perlu membuat potongan WHT bagi pembayaran Google Cloud yang telah dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia, tertakluk kepada struktur kontrak dan penerima sebenar pendapatan.

Bila migrasi ini akan berkuatkuasa?

Google akan menghantar dua notifikasi berasingan kepada pelanggan:

  1. Sebelum migrasi – pemberitahuan awal sebelum akaun dan kontrak dipindahkan.
  2. Selepas migrasi – pengesahan bahawa perubahan telah berkuat kuasa.

Notifikasi akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan.

Kesimpulannya, penubuhan entiti tempatan oleh syarikat teknologi antarabangsa bukan sekadar perubahan alamat invois. Ia boleh mengubah kedudukan percukaian transaksi, termasuk kewajipan cukai pegangan di Malaysia.