Jangan Biarkan Kad ATM Anda Jatuh Ke Tangan Ah Long

Gagal merancang kewangan dengan bijak akan menjerat seseorang ke kancah pinjaman Ah Long. Mana taknya, apabila kita kesempitan wang dan tidak layak untuk meminjam daripada mana-mana institusi kewangan; pastinya kita akan lebih terdesak dan mudah untuk terjerat.

Menurut kes yang pernah dilaporkan, mangsa Ah Long sendiri tidak tahu mereka membuat pinjaman dengan Ah Long kerana sindiket itu berurusan dengan cara yang amat profesional dan tidak meragukan.

Kes kekejaman Ah Long semakin menjadi-jadi dan ianya melibatkan setiap lapisan masyarakat, tidak kira muda atau tua, yang kerja swasta atau kerajaan. Semuanya pasti diburu walaupun pinjaman hanyalah serendah RM1,000 saja.

Ah Long Mengambil Kad ATM Peminjam

Membongkar kes sindiket Ah Long, rupa-rupanya Ah Long juga berkait rapat dengan pusat perjudian internet atau judi online yang semakin berleluasa. Judi online merupakan langkah mudah untuk menjerat masyarakat meminjam dan berhutang dengan mereka. 

Apa yang dilakukan oleh Ah Long dalam mendapatkan wang daripada mereka adalah dengan mengambil kad ATM peminjam. Dari awal lagi ada yang telah meletakkan syarat, tetapi ada juga yang tidak dibincangkan daripada awal sehinggalah mereka menggunakan teknik kekerasan.

Kad ATM mangsa akan digunakan Ah Long untuk mendapatkan wang setiap kali gaji peminjam masuk dan kemudiannya, mereka masih akan menyimpan kad tersebut.

Jika tiada akaun bank, mereka memberikan alasan yang sama untuk menyuruh peminjam membuka akaun bank. 

Kad ATM Peminjam Digunakan Untuk Judi Online

Banyak kes berlaku yang melibatkan orang awam tidak boleh gunakan kad ATM mereka untuk transaksi bank tertentu. Apabila disemak, rupa-rupanya mereka pernah menggunakannya untuk judi online sedangkan tak pernah berjudi.

Itulah kerja yang Ah Long lakukan terhadap kad ATM yang mereka pernah serahkan suatu masa dahulu. Tahukah anda, prosedur untuk bermain judi online memerlukan kita memasukkan bayaran deposit ke akaun bank?

Kad ATM peminjam akan digunakan dan jika disemak, individu pemilik kad akan dikenalpasti dan boleh disabitkan kesalahan kerana dikira bersubahat. Memang bahaya!

Menurut sumber palembang.tribunnews, pemain judi online pasti akan mempunyai sekurang-kurangnya 3 kad ATM untuk bermain judi. Selain Ah Long menggunakan kad ATM peminjam, banyak pemain judi membeli kad ATM daripada sesiapa yang bersetuju menjualnya.

Jika diikutkan proses perjudian secara online, kad ATM menjadi tunjang utama dalam melancarkan permainan judi ini. Operator judi online yang tidak berlesen ini akan cuba mengelak dari dijejaki pihak berkuasa dengan menggunakan akaun-akaun bank milik orang lain. Tidak mustahil mereka ini bersekongkol dengan Ah Long.

Tidak hairanlah kenapa Ah Long mewajibkan peminjam membuka akaun bank dan menyerahkan kad ATM walaupun pinjaman dibuat hanyalah RM1,000.

Menurut sumber Astro Awani, ada juga Ah Long yang menjual kad ATM peminjam dengan harga bermula dari RM300. Dipercayai semua kad ATM tersebut adalah milik mangsa yang membuat pinjaman dengan mereka.

Aktiviti Penipuan Terbongkar, Berhati-Hati Dengan Ah Long

Pernah berlaku pada tahun 2019, sebanyak 72 keping kad ATM telah dirampas daripada Ah Long yang berpangkalan di Kuala Lumpur. Kes kad ATM peminjam Ah Long digunakan untuk judi online ini boleh disabitkan kesalahan atas aktiviti penipuan yang berlaku. 

Ah Long juga menggunakan kad ATM peminjam bagi aktiviti pengubahan wang haram dan ‘Macau Scam’. Mereka tidak kenakan kadar bunga pinjaman tinggi kerana matlamat utamanya adalah untuk menggunakan akaun bank mangsa.

Oleh itu, elakkan daripada berurusan dengan Ah Long. Masih banyak lagi pihak yang prihatin untuk membantu kita keluar daripada kemelut kewangan.

Dapatkan nasihat daripada badan kewangan yang dipercayai sekiranya kita mengalami masalah kewangan yang meruncing.

Sumber Rujukan: 

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Google Tubuh Entiti Tempatan Di Malaysia: Implikasi Terhadap WHT di Malaysia

Google baru-baru ini memaklumkan kepada pelanggan di Malaysia bahawa syarikat itu sedang menubuhkan entiti tempatan, Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Langkah ini membawa perubahan kepada struktur transaksi Google Cloud Platform dan Google Workspace bagi pelanggan yang mempunyai alamat pengebilan di Malaysia dan membuat pembayaran dalam Ringgit Malaysia (MYR).

Sebelum ini, transaksi pelanggan Malaysia dibuat dengan Google Asia Pacific Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura.

Selepas migrasi, kontrak dan akaun pelanggan yang terlibat akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Perubahan ini bukan sekadar melibatkan syarikat teknologi, malah berpotensi memberi kesan kepada perniagaan dalam talian (online business) di Malaysia yang bergantung kepada perkhidmatan Google Cloud dan Google Workspace untuk menjalankan operasi harian.

Apa perubahan yang bakal berlaku?

Antara perubahan utama yang diumumkan:

1. Invois dikeluarkan oleh syarikat tempatan

Selepas migrasi, invois dan penyata bil akan dikeluarkan atas nama Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd., termasuk alamat dan nombor pengenalan cukai entiti tempatan.

2. SST 8% dikenakan

SST akan dipaparkan sebagai komponen berasingan dalam invois dan dikutip oleh Google Cloud Malaysia mengikut kadar yang dinyatakan dalam notis tersebut.

3. Kontrak dipindahkan kepada entiti Malaysia

Kontrak sedia ada dengan Google Asia Pacific akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia. Entiti tempatan ini akan mengambil alih kedudukan kontrak berkenaan.

Jadi, bagaimana pula dengan Withholding Tax (WHT)?

Ini bahagian yang menarik dari perspektif percukaian.

Sebelum ini, pembayaran pelanggan Malaysia kepada Google Asia Pacific Pte Ltd perlu dinilai dari sudut cukai pegangan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967).

Antara peruntukan yang relevan ialah Seksyen 109 berkaitan pembayaran royalti kepada bukan pemastautin.

Mengapa royalti?

Di bawah Seksyen 2 ACP 1967, definisi royalti merangkumi bayaran bagi penggunaan atau hak untuk menggunakan hak cipta, termasuk perisian (software).

Sebagai contoh, bayaran untuk mendapatkan hak penggunaan sesuatu aplikasi atau perisian oleh pelanggan sendiri berpotensi dikategorikan sebagai royalti dan tertakluk kepada WHT di bawah Seksyen 109.

Kadar domestik WHT bagi royalti ialah 10%, tertakluk kepada kadar atau layanan berbeza di bawah Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (DTA), jika berkenaan.

Apa implikasinya kepada Malaysia?

Perubahan struktur entiti syarikat teknologi antarabangsa seperti Google AKAN memberikan beberapa implikasi kepada landskap percukaian negara:

  1. Lebih banyak transaksi perkhidmatan digital boleh dilaksanakan melalui entiti tempatan.
  2. Kutipan SST dapat dilaksanakan melalui pembekal tempatan.
  3. Pelanggan Malaysia mungkin tidak lagi perlu membuat potongan WHT bagi pembayaran Google Cloud yang telah dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia, tertakluk kepada struktur kontrak dan penerima sebenar pendapatan.

Bila migrasi ini akan berkuatkuasa?

Google akan menghantar dua notifikasi berasingan kepada pelanggan:

  1. Sebelum migrasi – pemberitahuan awal sebelum akaun dan kontrak dipindahkan.
  2. Selepas migrasi – pengesahan bahawa perubahan telah berkuat kuasa.

Notifikasi akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan.

Kesimpulannya, penubuhan entiti tempatan oleh syarikat teknologi antarabangsa bukan sekadar perubahan alamat invois. Ia boleh mengubah kedudukan percukaian transaksi, termasuk kewajipan cukai pegangan di Malaysia.