Kakeibo – Teknik Simpan Wang Gaya Jepun Yang Ramai Tak Tahu

Ada masalah untuk menyimpan wang? Tiap-tiap bulan duit asyik habis, lebih menyedihkan apabila perbelanjaan melebihi pendapatan sehingga menyebabkan hutang kita semakin bertambah?

Mungkin Kakeibo, teknik menyimpan wang gaya lama yang diamalkan oleh masyarakat Jepun boleh membantu kita keluar daripada kemelut ini.

Teknik Kakeibo ini telah digunakan sejak 114 tahun yang lalu dan kini ia semakin dikenali di seluruh dunia. Dengan teknik ini, kita dapat berjimat sehingga 35%.

Teknik Kakeibo, Simpan Wang Gaya Jepun

Mesti kita tertanya-tanya, bagaimanakah cara untuk menyimpan wang gaya Kakeibo ini kan? Jom lihat satu per satu cara yang boleh anda lakukan.

Semuanya mudah sahaja, yang penting kita berdisiplin untuk melaksanakannya.

1. Rekod semua aliran wang dalam kehidupan.

Ianya termasuk sekali jumlah wang yang kita belanja keluar dan wang yang masuk pada setiap hari.

2. Tetapkan belanjawan bulanan, mingguan dan harian.

Penting sekali untuk kita tetapkan matlamat bagi memudahkan kita berjimat cermat. Sama ada pada setiap bulan, mingguan atau harian, kita harus rancang berapa yang kita perlukan dan berapa banyakkah yang ingin kita simpan.

3. Simpan wang dalam jumlah yang tidak terlalu banyak untuk melihat kesannya.  

Apabila kesemua kehendak telah berjaya dikawal sepenuhnya, masukkan wang tersebut ke dalam simpanan. Agak sedikit susah untuk menahan diri daripada berbelanja mengikut kehendak, namun ini adalah gaya Kakeibo yang memerlukan disiplin yang amat tinggi.

4 Kategori Kakeibo

Bagi melaksanakan Kakeibo, kita perlu membuat senarai perbelanjaan mengikut kumpulan masing-masing. Kakeibo dibahagikan kepada 4 kategori berbeza iaitu survival, budaya, pilihan dan extra.

Ianya perlu mengikut urutan bagi mengutamakan yang lebih penting dahulu. Batalkan apa-apa perbelanjaan sekiranya ia membawa ke arah pembaziran.

Jadi, kita harus perhatikan setiap perbelanjaan dan buat kajian sepenuhnya. Nak lagi berkesan, jangan lupa sediakan rekod bertulis satu persatu.

Mari kita kenali 4 kategori perbelanjaan mengikut Kakeibo.

1. Kelangsungan Hidup

Kelangsungan hidup adalah perbelanjaan yang wajib. Contohnya makanan, sewa rumah, kereta, bil air, bil elektrik dan sebagainya.

2. Budaya

Perbelanjaan budaya adalah perbelanjaan seperti menonton wayang, konsert, pertunjukan dan sebagainya. Hiburan juga perlu dalam hidup kita, setelah penat bekerja.

3. Pilihan

Perbelanjaan pilihan pula merujuk kepada perbelanjaan yang bukan keutamaan kita. Biasanya tanpa perbelanjaan ini, kita tidak akan terjejas. Di antaranya adalah seperti melancong, makan angin dan sebagainya, yang juga dikenali sebagai self-reward.

4. Ekstra

Perbelanjaan ekstra pula adalah perbelanjaan luar daripada perancangan. Boleh jadi ianya merupakan perbelanjaan untuk membaiki kereta rosak, menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan dan macam-macam lagi.

Kesimpulannya, simpan wang gaya Kakeibo amat senang dilakukan oleh kita. Pada mulanya, perkara penting harus kita lakukan adalah merekod perbelanjaan secara bertulis melalui buku atau pun menggunakan perisian Excel di dalam komputer.

Jom sama-sama kita simpan wang mengikut teknik Kakeibo ini.

Sumber Rujukan:  https://www.jobstore.com/careers-blog/2020/02/04/kakeibo-seni-pengurusan-kewangan/

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Google Tubuh Entiti Tempatan Di Malaysia: Implikasi Terhadap WHT di Malaysia

Google baru-baru ini memaklumkan kepada pelanggan di Malaysia bahawa syarikat itu sedang menubuhkan entiti tempatan, Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Langkah ini membawa perubahan kepada struktur transaksi Google Cloud Platform dan Google Workspace bagi pelanggan yang mempunyai alamat pengebilan di Malaysia dan membuat pembayaran dalam Ringgit Malaysia (MYR).

Sebelum ini, transaksi pelanggan Malaysia dibuat dengan Google Asia Pacific Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura.

Selepas migrasi, kontrak dan akaun pelanggan yang terlibat akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Perubahan ini bukan sekadar melibatkan syarikat teknologi, malah berpotensi memberi kesan kepada perniagaan dalam talian (online business) di Malaysia yang bergantung kepada perkhidmatan Google Cloud dan Google Workspace untuk menjalankan operasi harian.

Apa perubahan yang bakal berlaku?

Antara perubahan utama yang diumumkan:

1. Invois dikeluarkan oleh syarikat tempatan

Selepas migrasi, invois dan penyata bil akan dikeluarkan atas nama Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd., termasuk alamat dan nombor pengenalan cukai entiti tempatan.

2. SST 8% dikenakan

SST akan dipaparkan sebagai komponen berasingan dalam invois dan dikutip oleh Google Cloud Malaysia mengikut kadar yang dinyatakan dalam notis tersebut.

3. Kontrak dipindahkan kepada entiti Malaysia

Kontrak sedia ada dengan Google Asia Pacific akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia. Entiti tempatan ini akan mengambil alih kedudukan kontrak berkenaan.

Jadi, bagaimana pula dengan Withholding Tax (WHT)?

Ini bahagian yang menarik dari perspektif percukaian.

Sebelum ini, pembayaran pelanggan Malaysia kepada Google Asia Pacific Pte Ltd perlu dinilai dari sudut cukai pegangan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967).

Antara peruntukan yang relevan ialah Seksyen 109 berkaitan pembayaran royalti kepada bukan pemastautin.

Mengapa royalti?

Di bawah Seksyen 2 ACP 1967, definisi royalti merangkumi bayaran bagi penggunaan atau hak untuk menggunakan hak cipta, termasuk perisian (software).

Sebagai contoh, bayaran untuk mendapatkan hak penggunaan sesuatu aplikasi atau perisian oleh pelanggan sendiri berpotensi dikategorikan sebagai royalti dan tertakluk kepada WHT di bawah Seksyen 109.

Kadar domestik WHT bagi royalti ialah 10%, tertakluk kepada kadar atau layanan berbeza di bawah Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (DTA), jika berkenaan.

Apa implikasinya kepada Malaysia?

Perubahan struktur entiti syarikat teknologi antarabangsa seperti Google AKAN memberikan beberapa implikasi kepada landskap percukaian negara:

  1. Lebih banyak transaksi perkhidmatan digital boleh dilaksanakan melalui entiti tempatan.
  2. Kutipan SST dapat dilaksanakan melalui pembekal tempatan.
  3. Pelanggan Malaysia mungkin tidak lagi perlu membuat potongan WHT bagi pembayaran Google Cloud yang telah dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia, tertakluk kepada struktur kontrak dan penerima sebenar pendapatan.

Bila migrasi ini akan berkuatkuasa?

Google akan menghantar dua notifikasi berasingan kepada pelanggan:

  1. Sebelum migrasi – pemberitahuan awal sebelum akaun dan kontrak dipindahkan.
  2. Selepas migrasi – pengesahan bahawa perubahan telah berkuat kuasa.

Notifikasi akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan.

Kesimpulannya, penubuhan entiti tempatan oleh syarikat teknologi antarabangsa bukan sekadar perubahan alamat invois. Ia boleh mengubah kedudukan percukaian transaksi, termasuk kewajipan cukai pegangan di Malaysia.