Kekurangan Bayi Di Negara Maju Bakal Mencetus Krisis Ekonomi Pada Masa Depan

Populasi penduduk sesebuah negara amat penting bagi kedudukan ekonomi negara mereka. Jika dilihat sejarah jumlah penduduk dunia, pada tahun 1800 ada seramai 910 juta orang. Kini pada tahun 2021, bilangan manusia telah meningkat menjadi 7.8 bilion orang.

Ini menunjukkan dari dekad ke dekad, bilangan manusia semakin bertambah dan China merupakan negara yang paling ramai bilangan dengan 1.44 bilion diikuti dengan India seramai 1.38 bilion.

Polisi Pengurangan Kelahiran Bayi

Kredit Gambar: Hight3ch

Disebabkan perkara tersebut, China telah membuat satu polisi iaitu setiap keluarga hanya boleh mempunyai seorang anak sahaja.

Polisi ini bagi mengekang pertambahan rakyat China dan diperkenalkan pada akhir 1970-an. Polisi itu diperkenalkan kerana pada ketika itu, China merupakan sebuah negara miskin yang hanya bergantung kepada pertanian sebagai sumber ekonomi negara.

Parti pemerintah China telah mengeluarkan arahan supaya setiap keluarga hanya boleh mempunyai seorang anak atau berdepan dengan tindakan undang-undang tegas dari Parti Komunis China. Akhirnya polisi ini telah berjaya mengurangkan jumlah penduduk di China pada masa kini.

Selain berjaya mengurangkan jumlah bilangan penduduk di China, ia juga menjadikan negara tersebut tidak seimbang. Bilangan penduduk daripada segi jantina, di mana populasi kaum lelaki melebihi kaum wanita.

Ini berbeza dengan negara lain iaitu kaum wanita lebih ramai. Perkara ini disebabkan oleh masyarakat di China percaya bahawa kaum lelaki lebih membawa tuah berbanding dengan kaum wanita dalam kehidupan berkeluarga.

Kini, polisi tersebut telah dihapuskan dan China kini telah membenarkan rakyat mereka untuk memiliki lebih daripada seorang anak malah mereka sangat menggalakkan rakyat mereka untuk mempunyai anak. Malangnya sambutan kempen untuk meningkatkan kadar kelahiran tidak mendapat tempat di kalangan rakyat negara itu.

Bukan setakat di China saja, kebanyakan negara maju lain mula mengalami masalah yang hampir sama dengan China iaitu kadar kelahiran yang samakin kurang. Antara negara yang mengalami masalah yang sama adalah Jepun, Korea Selatan, Jerman, Singapura, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Jika difikir secara logik, sekiranya bilangan penduduk semakin berkurang, persaingan di kalangan rakyat juga akan berkurang. Tetapi hakikatnya di dalam dunia ekonomi tidak begitu. Bagi negara industri, kekurangan kadar kelahiran dalam tempoh yang lama akan menyebabkan ekonomi negara mereka akan menguncup.

Kesan Buruk Terhadap Negara Industri

Kredit Gambar: Time

Kesan buruk terhadap ekonomi akan berlaku jika perkara ini tidak dibendung. Kadar kepenggunaan produk yang dihasilkan akan berkuarangan jika bilangan rakyat tidak bertambah.

Selain itu, terdapat banyak industri yang masih memerlukan tenaga manusia untuk beroperasi walaupun robot bakal menggantikan manusia pada masa hadapan.

Inisiatif Untuk Meningkatkan Kadar Kelahiran Bayi

Disebabkan perkara tersebut, sesetengah kerajaan di Eropah telah membuat pelbagai inisiatif menarik bagi golongan muda untuk meningkatkan kadar kelairan bayi di negara tersebut. Antara inisiatif yang dijalankan adalah dengan memberikan kelonggaran cukai yang luar biasa terhadap setiap kelahiran baru yang dilahirkan.

Segala kos persalinan juga akan ditanggung oleh kerajaan bagi meningkatkan minat golongan muda mempunyai anak.

Walaupun dengan inisiatif yang diberi oleh kerajaan, kebanyakan penduduk negara maju dilihat tidak berminat untuk berkeluarga apatah lagi untuk melahirkan anak. Hanya Jerman sahaja yang menampakkan kadar kelahiran yang semakin meningkat.

Jika perkara ini tidak diatasi dengan segera, kemungkinan krisis ekonomi yang teruk bakal berlaku kepada negara maju akibat kekurangan sumber tenaga kerja muda pada masa hadapan.

Sumber Rujukan: ISA World

Previous ArticleNext Article

Pengambilalihan MASwings: Tiada Kesan Kewangan Terhadap MAG

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Pengambilalihan MASwings oleh kerajaan negeri Sarawak tidak akan memberi sebarang kesan kewangan terhadap penyata untung rugi (P&L) Malaysian Aviation Group (MAG).

Pengarah Urusannya, Datuk Kapten Izham Ismail berkata MASwings bukanlah sebuah syarikat yang menjana keuntungan tetapi organisasi kewajipan perkhidmatan awam.

“Bagi kami ia adalah “zero-sum game”. Pada tahap tertentu, pengambilalihan ini menyelesaikan cabaran MAG untuk menguruskan MASwings dan merupakan langkah ke hadapan,” katanya semasa taklimat media mengenai Prestasi Tahunan MAG 2024 hari ini.

Zero sum game bermaksud keuntungan hanya menyebelahi satu pihak.

MAG menandatangani perjanjian jual beli dengan kerajaan Sarawak untuk memuktamdkan pemindahan hak milik MASwings pada 12 Februari, 2025.

Kerajaan Sarawak berhasrat untuk menjenamakan semula MASwings sebagai AirBorneo dan mengendalikannya sebagai syarikat penerbangan milik kerajaan negeri.

Izham berkata walaupun syarikat penerbangan itu tidak menjana keuntungan, ia menerima insentif tahunan kerajaan.

“Apa yang kami peroleh daripada MASwings hanyalah dalam bentuk insentif sahaja dengan nilai kira-kira RM10 juta setahun. Secara bulanan atau harian, ia adalah bersifat ‘zero-sum game’. Kami tidak mengalami kerugian, pada masa sama tidak meraih keuntungan,” katanya.

Izham berkata MASwings beroperasi untuk memastikan hubungan luar bandar (pengangkutan udara) di bawah kewajipan perkhidmatan awam diberi mandat oleh kerajaan.

“Justeru, tiada kesan kepada P&L. Ia adalah zero-sum game. Anda mungkin bertanya mengapa kami menggunakan MASwings selama ini. Ini kerana kewajipan perkhidmatan awam Perkhidmatan Udara Luar Bandar,” katanya.

Beliau juga menekankan bahawa MASwings telah memainkan peranan penting dalam menyokong pembinaan negara, ia adalah tanggungjawab MAG untuk memastikan bandar dan kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak kekal terhubung.

— BERNAMA