5 Tips Pengurusan Wang Untuk Usahawan Muda

Sekiranya anda ingin memulakan syarikat dan perniagaan, anda perlu membuat belanjawan dan mula menyimpan sedikit demi sedikit. Menjadi seorang usahawan adalah merupakan tugas yang mencabar, kerana tak ramai yang mampu bertahan lama.

Jom kita tengok beberapa petua, agar anda dapat menguruskan kewangan dengan bijak.

Petua 1: Buat Pelan Yang Rapi

Man using calculator Accounting Calculating Cost Economic bills with money stack step growing growth saving money in home , finance concept

Mula dengan menjejaki setiap aspek kewangan anda. Catat semua maklumat kewangan anda di satu tempat supaya anda dapat merujuknya semula nanti. Apabila anda mencatat semua maklumat kewangan anda, anda boleh menyusunnya mengikut kategori.

Sebagai contoh, apabila anda merekodkan kos semasa anda, anda boleh mengkategorikannya sebagai “keperluan” dan “masa depan.” Sistem ini bukan sahaja membantu anda untuk menguruskan kewangan peribadi anda, tetapi ia akan mempersiapkan anda dengan kemahiran pengurusan yang sistematik.

Petua 2: Elakkan Kredit, Lebihkan Debit

Penggunaan kad kredit memang akan memudahkan kerja anda. Tetapi ia juga boleh menambahkan beban hutang untuk jangka masa panjang.

Oleh itu, anda harus lebihkan pengunaan kad debit kerana ini akan membantu anda untuk elak daripada berhutang.

Petua 3: Menyimpan Sebanyak Mungkin

Ini merupakan petua yang seharusnya diterapkan dalam diri seorang ahli perniagaan muda. Simpanlah sebanyak yang mungkin setiap bulan secara konsisten.

Ternyata ianya memerlukan disiplin yang tinggi. Tetapi itulah pengorbanan yang perlu dibuat agar anda dapat menempa kejayaan di masa hadapan.

Petua 4: Kawal Nafsu

Bila perniagaan semakin maju dan kita pun dah ada duit sikit, penting untuk kita mengawal nafsu. Kebanyakan usahawan muda berbelanja boros mengikut hawa nafsu mereka dengan membeli kenderaan mewah, pakaian branded dan bercuti ke luar negara.

Sedangkan kita pun tahu bahawa perniagaan ini ada pasang surutnya. Bukan tak boleh beli, tapi kena tunggu sehingga dah betul-betul mampu baru boleh enjoy.

Petua 5: Mempunyai Seorang Mentor

Sebagai seorang usahawan muda, anda perlu mempunyai mentor atau sifu untuk menjadi tempat rujukan apabila anda berdepan dengan cabaran dan halangan. Carilah mentor yang telah pun melakar kejayaan dan boleh berguru dengan mereka.

Lagi satu petua yang penting adalah dengan mengelilingi diri anda dengan circle yang positif. Cakap yang baik-baik, suka bagi kata-kata semangat, bantu-membantu di antara satu sama lain dan banyak lagi.

Kami ucapkan selamat maju jaya kepada anda, semoga kita semua berjaya di dunia dan akhirat.

Pada tahun 2020 yang lalu, kami telah pun menghasilkan buku sulung yang bertajuk ‘Malaysia Melabur: 10 Benda Kita Kena Tahu’. Sambutannya begitu menggalakkan sehingga buku ini terpilih sebagai Top 10 di MPH dalam kategori Malay Non-Fiction bagi tahun 2020.

Alhamdulillah, terkini kami berjaya terbitkan pula buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

Kenapa Perlu Baca Buku Ini?

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menambahkan pendapatan di pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sasar RM100 Juta Tambahan Untuk Pelanggan, Lonjakkan Ekosistem Digital Malaysia Melalui Kerjasam Tiktok

KUALA LUMPUR, 2025 – [4 DISEMBER 2025] KNKV Group mengegarkan ekosistem digital yang kini berada di garisan hadapan pemula bagi melonjakkan nilai jualan pelanggan mereka dengan sasaran ambisius RM100 juta, selarasnya pelantikan rasmi syarikat mereka sebagai TikTok Affiliate Partner.

Pengumuman strategik ini dibuat di hadapan YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital, semasa forum strategi korporat elit ‘Digital & Al: Business War 2026’. Pelancaran ini bukan sekadar pengiktirafan, tetapi satu signal bahawa KNKV Group telah merangka strategi khusus untuk membolehkan pengasas syarikat dan jenama tempatan mendominasi pasaran digital.

Strategi KNKV Group: Menukar Exposure Menjadi Keuntungan Jutaan
KNKV Group mendedahkan bahawa kerjasama eksklusif dengan TikTok ini akan dimanfaatkan melalui strategi yang dirangka khas, bertujuan untuk mengubah kehadiran creator based di TikTok menjadi saluran jualan berkesan tinggi.

“Diiktiraf sebagai TikTok Affiliate Partner adalah ‘lesen’ untuk kami mempercepatkan kejayaan pelanggan kami. Kami bukan sekadar berbangga; kami mempunyai strategi. Kami menyasarkan sekurang-kurangnya RM100 juta jualan tambahan diraih oleh pelanggan KNKV Group menerusi perlantikan ini, melalui modul dan sokongan Affiliate coaching yang direka khusus. Ini adalah permulaan era di mana jualan creator-based menjadi penyumbang utama pendapatan syarikat.” Professor (Adj) Hj. Adam Richman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KNKV Group.

Dengan sasaran jualan dijangka lima kali ganda, KNKV Group menawarkan peluang emas kepada syarikat yang ingin menguasai naratif dan trafik di platform TikTok untuk mencapai pertumbuhan yang agresif pada tahun 2026.

Panel Wawasan Eksklusif: Rahsia Di Sebalik Peningkatan Jualan
Forum ‘Business War 2026’ menjadi pentas utama bagi pelancaran ini, yang turut menampilkan panel diskusi yang sarat wawasan bertajuk “Driving Business Success on TikTok.”

  • YB Gobind Singh Deo, Menteri Digital
  • Professor (Adj) Hj. Adam Richman, CEO Kumpulan KNKV Group
  • Datuk Seri Dr. Zurainah Musa, Penaung Muslim Insiders Chamber of Commerce
  • Ms. Lee Shin Mei, COO, CTOS Data Systems Sdn. Bhd.

Para pengasas berpeluang mendapatkan wawasan langsung mengenai strategi pelaksanaan dan inovasi digital yang diperlukan untuk melonjakkan nilai perniagaan mereka dalam ekonomi digital 2026 yang pantas berubah.

Pelancaran KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner
Salah satu pencapaian utama acara ini ialah pelancaran rasmi KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner, disaksikan oleh YB Menteri Digital menandakan satu era baharu dalam ekosistem perdagangan digital Malaysia serta mengukuhkan komitmen negara untuk menyokong pertumbuhan berasaskan pencipta platform.

Mengenai Business War 2026
Forum ini juga adalah anjuran Muslim Insiders Chamber of Commerce dan KNKV Group, direka sebagai simulasi pertempuran strategi korporat, membekalkan peserta dengan pengetahuan taktikal sebenar dalam Strategi Persaingan, Pemasaran Berasaskan Al, dan Taktik Pertumbuhan Digital untuk memastikan perniagaan mereka bukan sahaja bertahan, tetapi menguasai pasaran. KNKV Group turut berganding bahu dengan rakan strategiknya, CTOS Data Systems Sdn. Bhd., Dynads Academy, Droplets of Mercy dan Universiti Malaysia Kelantan.