Kenapa Dan Bagaimana Mata Wang Kripto Bakal Membentuk Generasi Kewangan Akan Datang

Semenjak beribu tahun yang lalu, cara dunia berfikir dan menggunakan wang telah banyak kali berubah. Ini telah didokumentasikan dengan baik oleh ahli akademik dan ahli sejarah, dan beberapa sumber pembelajaran baik yang boleh kami cadangkan termasuk, Niall Ferguson’s The Ascent of Money, ringkasan terperinci dan senarai rujukan mengenai sejarah wang di Wikipedia, atau untuk mereka yang lebih cenderung untuk belajar secara visual, pameran khusus mengenai sejarah wang di Muzium British.

Walaupun semua ini merupakan pelbagai kisah yang disampaikan melalui medium yang berbeza, mereka semua mempunyai satu perkara yang sama: perubahan berterusan adalah tema utama dan perkara lazim yang terdapat di dalam kisah wang.

Kenapa Ianya Berlaku Sekarang?

Pada pandangan kami, perubahan ini terjadi apabila tiga perkara berlaku: perubahan minda secara kolektif, terdapat permintaan pengguna terhadapnya, dan adanya teknologi tersedia untuk menyokong perubahan ini.

Secara asasnya, aspek wang yang paling penting ialah penerimaan minda mengenainya. Sebagai manusia, kita percaya bahawa wang bekerja dengan cara tertentu kerana kita diajar sebegitu. Namun, itu tidak bermakna inilah satu-satunya cara ianya boleh atau harus berfungsi. Pengarang dan ahli sejarah yang terkenal, Yuval Noah Harari ada menyatakan bahawa, “Syiling emas dan mata wang dolar mempunyai nilai hanya dalam imaginasi kita semua”.

Sebagai contoh, sama ada secara teknikalnya ia berfungsi atau tidak, ciptaan Bitcoin dan blockchain telah membolehkan kita semua membayangkan semula wang dan sistem kewangan global seperti yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Pengguna dunia telah berubah secara dramatik semenjak beberapa dekad yang lalu, baik dari segi demografi dan tingkah laku. Sama ada dalam bidang perdagangan, media sosial, berita atau maklumat peribadi, pertambahan pengguna yang semakin bijak mahukan dan mengharapkan produk yang lebih murah atau bebas, lebih cepat, lebih selamat, dan lebih disesuaikan dengan keperluan khusus mereka, dengan lebih banyak kawalan keseluruhan oleh individu. Perkara yang sama berlaku dengan cara-cara pengguna (mahu) menggunakan wang mereka.

Teknologi perlu sentiasa berevolusi untuk memenuhi permintaan ini. Sebagai contoh, pergerakan daripada syiling emas yang berat kepada yang lebih senang digerakkan seperti mata wang kertas, peralihan ini hanya boleh dilaksanakan dengan berkesan melalui teknologi baharu: kesan air atau watermarking. Keberkesanan yang diharapkan pengguna selalunya memerlukan ekonomi skala yang besar, yang membentuk tulang belakang kemajuan tamadun manusia, di mana teknologi selalunya memainkan peranan utama.

Di dalam dunia wang, ini boleh disamakan dengan beberapa mata wang atau sistem bayaran secara tunggal, terbuka dan saling beroperasi. Sedekad lalu, pemikiran sebegini tidak boleh difahami. Sekarang kita mempunyai mata wang kripto yang global, terbuka dan saling beroperasi seperti Bitcoin.

Apabila kita fikirkan bagaimana kebanyakan industri atau dinasti lain terganggu, ia biasanya bukan pengoptimuman sistem itu sendiri, tetapi sesuatu yang sama sekali berbeza yang datang dari arah yang tidak dijangka’ dan mengubah status quo. Gangguan adalah sebahagian daripada proses evolusi, dan pada pandangan kami, ianya memerlukan anjakan paradigma yang lengkap.

Kemunculan bank dalam talian dan ‘fintech’ bukanlah anjakan paradigma. Dalam kebanyakan kes, pesaing ini mengubah pemasaran, pengedaran atau pengalaman pengguna sekitar mengakses wang seperti yang kita tahu hari ini, tetapi tidak mengubah wang itu sendiri. Dalam skema yang lebih besar, kesannya agak kecil. Mata wang kripto menangani wang di terasnya, yang membolehkan kita membayangkan dan melaksanakan perkara dengan cara yang berbeza –  anjakan paradigma yang sebenar.

Untuk pertama kali dalam beberapa generasi, kita sekarang telah mempunyai tiga faktor utama yang menjadi pemangkin kepada perubahan ini: pemikiran baharu, keperluan pengguna yang kekal, dan teknologi baharu: desentralisasi mata wang kripto.

Untuk Apa Semua Ini?

Setiap revolusi memerlukan platform atau sistem operasinya sendiri, dan setiap satunya tersedia dengan produk, perkhidmatan dan akses ke ekonomi baharu. Kita telah menyaksikan ini berlaku dengan telekomunikasi: talian telefon landline hanya digunakan untuk bercakap, kemudian telefon bimbit yang membolehkan anda bercakap dan menghantar teks ditawarkan. Sudah tentu pada mulanya semua berharga lebih mahal tetapi apabila ekonomi skala bermula, ia menjadi lebih murah, lebih pantas dan lebih senang diguna berbanding teknologi sebelumnya.

Dan akhirnya, telefon pintar berdaya-internet, yang semakin murah dan lebih mudah diguna, ditambah pula dengan produk dan perkhidmatan baharu yang boleh didapati seperti peta, aplikasi, media sosial dan sebagainya. Yang pentingnya, setiap anjakan memerlukan ‘naik taraf’ dari cara lama untuk mengakses dan menggunakan sesuatu, kepada cara yang lebih baharu dan lebih berkesan.

Wang sedang menjalani peralihan atau anjakan yang sama, dan dengan setiap perubahan datang untuk mengakses barangan dan perkhidmatan dengan lebih cekap dan lebih meluas — tentu sekali, ekonomi baharu. Wang kertas sesuai untuk transaksi secara bersemuka dan untuk menyimpan nilai secara fizikal. Wang digital menjadikan proses transaksi semakin baik: pembayaran lebih cepat dan murah, kiriman wang, e-dagang antarabangsa, dan produk serta perkhidmatan dalam talian baharu yang tidak dapat diakses dengan wang secara tunai.

Mata wang kripto merupakan peringkat berikutnya dalam evolusi ini, bukan hanya untuk menjadikan transaksi dan penyimpanan wang lebih cekap, tetapi juga menawarkan akses kepada kelas aset baharu dan ekonomi baharu bagi barangan dan perkhidmatan, sering dirujuk sebagai ‘aplikasi desentralisasi’.

Ekonomi Hibrid

Pada dasarnya, kita sedang melihat sistem kewangan sejajar baru dibina dalam masa nyata, dan kami percaya bahawa sistem kewangan yang baharu dan lebih baik ini akan membantu manusia untuk generasi yang akan datang. Sama seperti semua sistem, ia tidak sempurna, dan akan sentiasa terus berubah, tetapi kami percaya ia adalah satu perubahan langkah yang penting, dan amat sesuai untuk dunia yang kita diami sekarang.

Peralihan dari ekonomi lama ke baharu ini akan mengambil masa, jadi kita juga membayangkan banyak produk dan perkhidmatan hibrid yang akan merapatkan jurang dunia kewangan lama dan baharu apabila industri berkembang. Beberapa kes penggunaan ini boleh diringkaskan secara meluas seperti berikut:

 

 

 Ekonomi berpusat sedia adaEkonomi hibrid/peralihanEkonomi desentralisasi baharu (atau Sistem Kewangan Baharu)
Bayaran (Mekanisme)Perdagangan: VISA, Mastercard

 

Pindahan wang – Western Union, Transferwise dan sebagainya

Perdagangan: Menerima bayaran kripto melalui perantara dan menukarnya kepada mata wang tempatan

 

Pindahan wang: Mata wang tempatan > kripto > mata wang kripto model hibrid

Perdagangan: Tiada perantara, kripto mudah diterima secara langsung (spt. BTC, ETH)

 

Pindahan wang: Tiada yuran pertukaran, model yuran “rendah dan telus” sudah lewah.

Bayaran (Ekosistem)Kebanyakan POS, e-dagang dsbg. Melalui bayaran kad atau atas talianPesaing sedia ada akan menambah kripto sebagai salah satu pilihan bayaran

 

Isyarat awal untuk kebolehoperasian

Umum

Produk dan perkhidmatan baharu yang hanya boleh diakses dengan kripto sahaja spt. Storj, cryptokitties, dsbg.

 

Kebolehoperasian

Umum mengubah ekosistem pembayaran dan pembiayaan

PelaburanSaham, bon dan komoditi syarikat berpusat sedia adaSaham, bon dan komoditi syarikat berpusat sedia ada yang telah ditokenkan untuk ekonomi disentralisasi.

 

Contoh. Syiling stable fiat-backed

Saham dan bon di dalam syarikat disentralisasi yang baru tertubuh (spt. ICOs)
Simpanan NilaiMata wang tempatan,  Dolar Amerika, emas dan lain-lain.Mata wang tempatan,  Dolar Amerika, emas dan lain-lain yang ditokenkanPilihan, cara baharu menyimpan nilai spt. Bitcoin
PinjamanKebanyakan modal berpagar dan data peribadi yang proprietariMemerdekakan data peribadi dan modal.Blockchain Umum = Data Pengguna yang lebih baik = pemarkahan kredit yang lebih baik

 

Lebih banyak pasaran global = lebih banyak

Kecairan dan suntikan modal = kredit yang lebih murah

Pelbagai jenis kes penggunaan ketika ekonomi beralih dari yang lama kepada yang baharu

Sistem hibrid dan sistem kewangan baharu/ekonomi desentralisasi di dalam jadual di atas mempunyai satu perkara penting yang sama: Pelanggan dan perniagaan memerlukan mata wang kripto untuk mengaksesnya. Pada pendapat kami, sama dengan Internet masa kini, kita tidak akan mungkin hidup di dalam dunia yang didesentrilisasikan 100%, dan akan sentiasa ada ruang untuk beberapa perantara yang dipercayai untuk menawarkan lawang yang diyakini ke dunia baru ini.

Tetapi di dalam dunia baharu ini, akan terdapat kurang pesaing berbanding yang terdapat sekarang, dan sebahagian daripada fungsi mereka ialah untuk mengaitkan pasaran sedia ada secara agresif.

Kita pada dasarnya, berada di fasa membina kepercayaan dan akses kepada / pengedaran untuk ekonomi baharu ini.

Ia Sedang Terjadi Sekarang

Idea untuk sistem kewangan selari baharu yang sedang dibina di depan mata kita kelihatan agak sukar untuk dilaksanakan, tetapi apabila kita melihat kepada data dan momentum di pasaran, jelas bahawa banyak perkara sedang bergerak pantas berbanding apa yang dipercayai ramai.

Kami telah mendokumentasikan secara mendalam sebab-sebab kenapa penggunaan mata wang kripto bergerak lebih pantas daripada apa yang ramai orang percaya, dan bagaimana aspek ‘ketamakan’ nya menyemarakkan aspek ‘keperluan’. Kami juga telah menjelaskan mengapa blockchain ialah gangguan besar dan hanya memperlahankan peralihan yang lebih luas kepada sistem kewangan berasaskan kripto yang lebih baik ini. Tawaran Syiling Permulaan (ICOS) juga sebahagian besarnya hanyalah mengelirukan.

Pada pandangan kami, ramai yang merasakan mereka memahami semuanya dan kemudiannya mereka hilang ke dalam pelbagai jenis gangguan, hanya untuk akhirnya kembali sedar bahawa mata wang kripto yang desentralisasikan merupakan cara paling realistik untuk maju ke hadapan. Kami sudah menyaksikan banyak bukti-bukti anekdot untuk menyokong perkara ini, dan peningkatan kegagalan projek blockchain dan ICO juga menyokong bukti ini.

Pos asal oleh Simon Wardley (CC3.0 BY-SA)

Penulisan Tim Urban tentang mengapa pemimpin berwawasan  seperti Elon Musk boleh melihat masa depan dengan baik berbanding ramai orang merupakan cara terbaik untuk merumuskan keadaan semasa mengenai evolusi wang. Ramai yang tidak dapat melihat dunia masa kini, sebaliknya mereka melihat dunia yang ditinggalkan, 10-50 tahun lampau. Minoriti yang kecil sahaja yang boleh melihat apa yang sebenarnya berlaku pada hari ini.

Mata wang kripto sudah tiba, ianya sedang berkembang, dan tatkala sesetengah halangan termasuk penskalaan dan pengawalan masih ada, isu-isu ini sedang ditangani dengan pantas  dengan cara yang diselaraskan secara global oleh sebilangan besar pemegang kepentingan utama. Jika difikirkan bagaimana bezanya keadaan industri lima tahun lalu berbanding hari ini, bayangkan bagaimana ia akan kelihatan dalam lima hingga sepuluh tahun akan datang.

Bagaimana Kesannya Kepada Kita, Dan Dunia Secara Keseluruhan?

Secara ringkas, ketika dunia bergerak ke dalam sistem kewangan yang baharu dan lebih baik ini, ia seharusnya memberi impak positif ke atas kebanyakan pengguna dalam pelbagai cara dalam kehidupan seharian mereka, seperti yang kita gambarkan dalam visi kami. Ini termasuk mempunyai wang yang boleh digerakkan dengan lebih murah, lebih pantas dan lebih selamat, menghapuskan perantara yang tidak perlu dan memberikan semua nilai ini kepada pengguna.

Barangan dan perkhidmatan yang saling beroperasi dengan keseimbangan yang baik di antara ketelusan dan privasi, ditambah dengan pengalaman pengguna yang baik. Pengawalan yang lebih berkesan, kurang mengekang dan tidak mahal. Wang yang menjadi lebih bijak dan boleh diprogram. Dan yang paling penting, sistem kewangan yang adil dengan akses yang terbuka dan saksama buat semua.

Disebabkan itu, kesan peralihan seluruh dunia ke sistem kewangan baharu juga mungkin akan menyaksikan antara pengagihan kekayaan yang paling cepat dan paling agresif dalam sejarah. Ini disebabkan oleh orang ramai yang ‘membeli ke dalam sistem’, yang bermaksud bahawa dengan membeli mata wang kripto seperti Bitcoin, seseorang itu sedang membantu membiayai keseluruhan penyelidikan dan pembangunan keseluruhan ekosistem, tetapi lebih penting lagi, juga dapat ‘pemilikan pegangan’ di dalamnya. Ini bermaksud bahawa lebih cepat anda ‘melabur’, semakin tinggi risikonya, tetapi juga berpotensi untuk memberikan pulangan yang lebih besar.

Ianya seperti melabur ke dalam Visa atau Mastercard di pasaran awam, dan kemudian dapat menggunakan saham tersenarai awam mereka untuk membeli minuman Coca Cola dari kedai tempatan anda. Semakin ramai orang menggunakan saham Visa atau Mastercard mereka untuk urus niaga, lebih banyak rangkaian pembayaran mereka digunakan, dan syarikat-syarikat ini menjadi lebih berharga, diterjemahkan di dalam peningkatan harga saham mereka.

Di samping itu, mata wang kripto seperti Bitcoin mempunyai bekalan yang terhad, yang menambah kepada keseluruhan maklum balas positif. Ada pula yang mengatakan mekanisme ini sebagai ‘dapat melabur di internet secara keseluruhan’, dari titik permulaannya.

Tidak kira bagaimana anda melihatnya, sekarang setiap orang ada peluang untuk mengambil bahagian dalam ekonomi baharu ini dengan membeli idea evolusi wang dan menjadi sebahagian pemilik sistem kewangan masa depan.

Wang telah berkembang selama beribu-ribu tahun dan terus berubah. Kami percaya dunia kini sedang menyaksikan salah satu daripada perubahan terpenting masa kini.

Oleh Luno

Luno merupakan syarikat mata wang kripto terkemuka global yang mempunyai misi untuk menaik taraf dunia kepada sistem kewangan yang lebih baik. Mempunyai tim lebih daripada 250 orang dan kini mempunyai ibu pejabatnya di London dengan hab serantau di Singapura dan Cape Town.

Diasaskan oleh CEO Marcus Swanepoel dan CTO Timothy Stranex, Luno telah mengumpul lebih daripada $13 juta dana sejak dilancarkan pada 2013 dan disokong oleh gergasi teknologi global Naspers Group yang memimpin pusingan Siri A mereka, dan Balderton Capital yang memimpin pusingan Siri B mereka, antara lainnya.

Mata Wang Digital Dan Token Digital Dikawalselia Suruhanjaya Sekuriti

Di Malaysia, mata wang digital diletakkan di bawah seliaan Suruhanjaya Sekuriti (SC). Dan katanya lesen akan diberikan kepada mereka yang ingin menjalankan sebarang aktiviti yang berkaitan dengan mata wang digital ini.

Boleh rujuk di sini bagaimana untuk Mulakan Pelaburan Aset Digital Yang Sah Dan Patuh Syariah Hari Ini Dengan Luno.

Bagi mereka yang telah siap akaun Luno dan belum claim bonus RM25 dalam bentuk Bitcoin secara percuma, masukkan kod FVSKG5. Klik di bahagian Rewards dan masukkan kod FVSKG5.

Bila kita deposit dan beli aset digital kita yang pertama bernilai RM250 (tak termasuk fees Luno), nanti dapat RM25 dalam bentuk Bitcoin secara percuma.

Previous ArticleNext Article

Banyak Keistimewaan Jadi Miskin di Malaysia?

Jangan salah faham. Menjadi miskin bukanlah satu keistimewaan. Tetapi di Malaysia, golongan berpendapatan rendah dan keluarga yang benar-benar memerlukan memang mempunyai akses kepada pelbagai bentuk bantuan kerajaan.

Antaranya:

1. STR – Sumbangan Tunai Rahmah
Bantuan tunai kepada golongan yang memenuhi syarat pendapatan dan kategori ditetapkan.

2. SARA – Sumbangan Asas Rahmah
Bantuan untuk membeli barangan keperluan asas menggunakan MyKad.

Penerima STR 2026 yang telah disahkan daripada data Miskin Tegar dan Miskin eKasih layak SARA 2026 berjumlah RM200 / RM150 / RM100 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2026 – Disember 2026).

3. Bantuan perumahan
Ada skim seperti Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Rumah Mesra Rakyat (RMR), selain skim sewaan atau subsidi tertentu untuk keluarga berpendapatan rendah.

Keluarga berpendapatan kasar isi rumah sehingga RM3,000, belum memiliki rumah dan memenuhi syarat boleh memohon PPR.

4. Rumah Mesra Rakyat (RMR)

Ini berbeza dengan PPR.

Contoh:
Keluarga berpendapatan rendah mempunyai tanah sendiri tetapi belum mempunyai rumah yang sesuai boleh melihat kelayakan RMR.

Antara syarat yang dinyatakan SPNB ialah pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 dan pemohon/pasangan tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang/tidak sempurna. Tanah yang sesuai juga diperlukan.

Cara mohon:
Permohonan dibuat melalui SPNB dan dokumen berkaitan tanah, pendapatan serta maklumat keluarga perlu disediakan.

5. Bantuan JKM
Ini antara yang ramai tak tahu sebab bantuan JKM bukan satu jenis sahaja.

Contohnya terdapat bantuan berkaitan kanak-kanak, warga emas, OKU, penjagaan dan keadaan keluarga tertentu.

Cara mohon:
Permohonan boleh dibuat melalui sistem eBantuan JKM bagi negeri yang menyokong permohonan dalam talian, kemudian pemohon perlu hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah bersama dokumen sokongan.

Terdapat pelbagai skim mengikut keadaan penerima, termasuk bantuan kanak-kanak, warga emas dan bantuan am.

6. Bantuan Kesihatan – mySalam

Skim Perlindungan B40 merupakan Skim Perlindungan Takaful PERCUMA yang disediakan oleh kerajaan kepada komuniti B40 di Malaysia. Skim ini bernaung di bawah kelolaan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) melalui Tabung Amanah mySalam dan diuruskan sepenuhnya oleh Syarikat Great Eastern Takaful Berhad.

Bagi penerima yang layak pada 2026, mySalam menyediakan manfaat seperti hospitalisasi sehingga RM700 setahun dan RM8,000 untuk penyakit kritikal yang dilindungi, tertakluk kepada syarat skim.

Cara mohon:
Semak kelayakan di Portal mySalam. Jika layak dan berlaku kejadian yang dilindungi, tuntutan dibuat secara dalam talian dengan memuat naik dokumen seperti nota discaj atau borang doktor.

7. Bantuan pendidikan
Bantuan yuran, tuisyen, biasiswa dan pelbagai bentuk sokongan pendidikan disediakan secara bersasar untuk keluarga yang memerlukan.

  • BAP (Bantuan Awal Persekolahan) → bantuan tunai RM150 seorang murid untuk murid yang layak.
  • RMT (Rancangan Makanan Tambahan) → murid yang layak mendapat makanan pada setiap hari persekolahan; KPM menetapkan sehingga 190 hari setahun.
  • KWAPM (Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin) → bantuan khusus untuk membantu murid miskin supaya tidak tercicir daripada persekolahan.
  • BKP (Biasiswa Kecil Persekutuan) → antara bantuan kewangan pendidikan yang disenaraikan KPM untuk murid yang memenuhi syarat.
  • Elaun Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (EMBPK) → bantuan khusus untuk murid yang memenuhi syarat berkaitan pendidikan khas.

8. Bantuan zakat
Bagi orang Islam yang layak, boleh memohon bantuan daripada institusi zakat negeri masing-masing.

Contohnya bantuan boleh melibatkan:

  • sara hidup
  • pendidikan
  • perubatan
  • sewa/rumah
  • bantuan kecemasan
  • modal perniagaan

Cara mohon:
Bergantung kepada negeri. Contohnya di Selangor, permohonan dibuat melalui saluran rasmi institusi zakat negeri dan biasanya memerlukan dokumen pendapatan, tanggungan, tempat tinggal dan dokumen sokongan berkaitan.

9. Bantuan pekerjaan & latihan
Kerajaan juga menyediakan program pekerjaan dan latihan kemahiran untuk membantu golongan berpendapatan rendah meningkatkan pendapatan.

MYFutureJobs
Portal pekerjaan nasional yang dikendalikan PERKESO. Boleh cari kekosongan kerja, daftar sebagai pencari kerja dan dapatkan khidmat padanan pekerjaan.

TVET
Kalau nak belajar kemahiran seperti automotif, elektrik, kimpalan, penyelenggaraan, teknologi dan sebagainya, boleh semak institusi TVET kerajaan dan permohonan melalui UP_TVET.

HRD Corp
Terdapat pelbagai program peningkatan kemahiran dan latihan pekerjaan, bergantung kepada program serta kelayakan peserta.

Program penempatan pekerjaan PERKESO
PERKESO juga menjalankan program padanan pekerjaan, karnival kerjaya dan penempatan pencari kerja dengan majikan.

10. Bantuan membaiki atau membina rumah
Program bantuan perumahan turut merangkumi pembinaan baharu dan baik pulih rumah, khususnya bagi isi rumah miskin tegar.

Contoh 1 : Program Baik Pulih Rumah Daif di Bandar

KPKT ada Program Baik Pulih Rumah Daif di Bandar untuk isi rumah yang memenuhi syarat kemiskinan, termasuk yang disahkan dalam eKasih.

Contohnya rumah mengalami:

  • bumbung rosak
  • kerosakan akibat banjir/ribut/kebakaran
  • kerosakan kecil kerana faktor usia
  • keadaan rumah yang tidak lagi selesa tetapi masih ekonomik untuk dibaiki

Kadar bantuan maksimum yang dinyatakan KPKT ialah RM13,000 di Semenanjung dan RM15,000 di Sabah, Sarawak dan Labuan.

11. Bantuan / inisiatif sewa rumah mengikut negeri

  • Selangor → Skim Smart Sewa – sewa pada kadar berpatutan + 30% bayaran sewa boleh dikumpulkan untuk membantu pemilikan rumah.
  • Johor → Bantuan Sewa Rumah Perumahan Kasih Johor – bantuan RM2,500 kepada penerima yang layak. Antara penambahbaikan yang diperluaskan bagi Bantuan Sewa Rumah ialah syarat kelayakan dengan membuka peluang kepada pelajar IPTA/IPTS di Negeri Johor untuk memohon.
  • Sarawak → Skim Bantuan Sewa Rumah (SRAS) – bantuan sewa untuk isi rumah yang memenuhi syarat.
  • Perak → Skim Bantuan Sewa Rumah MAIPk – bantuan sewa sehingga RM500 sebulan untuk asnaf yang layak.

12. Nak berniaga tetapi perlukan bantuan

Contohnya di Selangor:

  • Dana Usahawan Madani Selangor menyediakan bantuan dalam bentuk mesin dan peralatan perniagaan sehingga RM30,000, tertakluk kepada syarat kelayakan. Ini geran bukan pinjaman. Tetapi setiap program ada syarat, kategori penerima dan tempoh permohonan tersendiri.
  • Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor menyediakan bantuan berbentuk mesin dan peralatan kepada usahawan kecil bernilai sehingga RM10,000. Program ini merupakan salah satu usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk meningkatkan taraf ekonomi peniaga kecil melalui pemberian bantuan peralatan atau mesin berdasarkan perniagaan yang sedang dijalankan.

Jadi, betul ke “banyak keistimewaan jadi miskin”?

Banyak bantuan disediakan untuk mereka yang berada dalam keadaan miskin atau berpendapatan rendah. Dan bantuan ini bukan bermaksud hidup mereka lebih mudah.

Sebab di sebalik setiap bantuan itu ada satu perkara yang kita selalu terlupa:

Miskin tetap bermaksud mempunyai sumber kewangan yang terhad.

Bantuan kerajaan mungkin meringankan beban, tetapi tidak semestinya mengubah kehidupan seseorang menjadi senang.

Bantuan ialah jaring keselamatan. Bukan tiket untuk hidup mewah.

Bantuan ini diwujudkan untuk membantu mereka yang layak. Gunakan bantuan sebagai ruang untuk meringankan beban, bukan untuk mengambil kesempatan.

Dan jangan lupa, Islam juga mengajar kita untuk berusaha mencari rezeki.

Rasulullah SAW bersabda:

“Tidaklah seseorang makan makanan yang lebih baik daripada hasil kerja tangannya sendiri.”
— Riwayat al-Bukhari