Memilih Kad Kredit Islamik Yang Betul: 5 Perkara Yang Perlu Anda Tahu

Dewasa ini, membuat pembelian yang besar adalah perkara yang agak mustahil tanpa penggunaan kad kredit. Walaupun pembayaran masih dapat dilakukan tanpa kad, peningkatan skor kredit seseorang yang tidak mempunyai kad kredit adalah sangat mencabar.

Terdapat banyak faedah yang dapat diperolehi seseorang yang memiliki dan menggunakan kad kredit. Malah, terdapat juga banyak keburukannya. Walau bagaimanapun, masih ramai  pengguna Muslim yang berada dalam keadaan dilema: sama ada mahu menggunakan kad kredit atau tidak menggunakannya?

Walaupun Islam membenarkan penggunaan kad kredit, ianya tidak boleh mengandungi sebarang unsur riba. Secara keseluruhannya, kad kredit tersebut haruslah mematuhi syariah. Sekiranya pemegang kad kredit hanya membayar jumlah asas berserta dengan caj perkhidmatan, maka ia adalah dibenarkan.

Bagi kad kredit konvensional, mereka biasanya tidak dapat diterima oleh syariah Islam disebabkan kadar faedah yang dikenakan apabila baki tertunggak tidak dibayar sepenuhnya. Menurut Islam, seseorang yang membuat perjanjian untuk membayar riba adalah sangat mengecewakan.

Dengan adanya perbankan Islam, pengguna Muslim sekarang sudah mempunyai alternatif untuk menggunakan kad kredit Islamik. Pelanggan dan perbankan Islam boleh membuat perkongsian perniagaan, jualan serta pembelian dan perjanjian melibatkan perkongsian keuntungan di mana riba dapat dielakkan.

Sama seperti produk kewangan yang lain, terdapat beberapa perkara yang perlu anda tahu terlebih dahulu sebelum memilih kad kredit islamik yang betul untuk anda:

1. Kadar Keuntungan Piawai

Di Malaysia, kadar keuntungan piawai biasanya antara 15% hingga 18% setahun. Walau bagaimanapun, terdapat pengeluar kad yang menawarkan kadar keuntungan yang lebih rendah. Oleh kerana sistem berperingkat yang ada, pemegang kad dikehendaki membuat pembayaran semula dengan segera dan konsisten jika mereka mahukan kadar keuntungan yang lebih rendah bagi baki yang tertunggak.

2. Pembayaran  Balik Minimum Yang Dikenakan Secara Bulanan

Bergantung kepada pengeluar kad, anda perlu membuat bayaran minimum bulanan sebanyak 5% atau RM50 bagi bil kad kredit.  Sekiranya anda gagal membuat bayaran balik minimum, kadar keuntungan yang dikenakan ke atas baki tertunggak anda akan meningkat dan denda pembayaran lewat sebanyak 1% atau sekurang-kurangnya RM10 juga akan dikenakan.

3. Manfaat-Manfaat Istimewa

Salah satu perkara utama yang membezakan kad kredit islamik dengan kad kredit konvensional adalah mereka menawarkan perlindungan takaful dan perbelanjaan untuk khairat kematian kepada pemegang kad. Perlindungan takaful tersebut menjamin pemegang kad bagi menyelesaikan baki yang tertunggak.

Sekiranya pemegang kad meninggal dunia, bank akan membayar premium untuk menampung baki yang tertunggak di dalam akaun pemegang kad.  Perbelanjaan untuk khairat kematian akan memastikan keluarga pemegang kad akan dibebaskan daripada sebarang beban kewangan.

Kad kredit islamik juga membolehkan anda untuk membayar zakat. Faedah lain yang mungkin diperoleh bergantung kepada jenis kad kredit islamik yang dipilih iaitu berdasarkan kaedah perbelanjaan anda.

4. Kategori-Kategori Kad Kedit Islamik

Terdapat beberapa kategori kad kredit islamik yang boleh anda gunakan di Malaysia berdasarkan kaedah perbelanjaan anda:

  • Premium
  • Mata Ganjaran
  • Pulangan Tunai
  • Kadar Keuntungan Rendah
  • Travel Miles
  • Ganjaran Petrol
  • Ganjaran Makan
  • Diskaun dan Ganjaran Membeli-belah

5. Konsep Syariah Yang Digunakan

Terdapat banyak bank yang menawarkan kad kredit yang mematuhi syariah dengan perjanjian yang mengandungi konsep-konsep syariah, contohnya:

Ujrah

Ujrah bermaksud bayaran atau upah. Pemegang kad dikenakan ujrah sebagai bayaran bagi perkhidmatan yang disediakan serta manfaat dan keistimewaan yang ditawarkan oleh bank Islamik tersebut kepada pemegang kad.

Tawarruq

Perjanjian ini merujuk kepada seseorang yang membeli aset daripada penjual berasaskan pembayaran tangguh dan kemudian menjualnya kepada pihak ketiga secara tunai pada harga yang tertentu.

Ta’widh

Ta’widh adalah bayaran ganti rugi yang akan dikenakan jika pembayaran minimum yang belum dibayar tidak dibayar sebelum tarikh yang ditetapkan.

Pada dasarnya, kad kredit sama ada Islamik atau konvensional berfungsi seperti pisau: Ia akan menjadi alat yang berguna sekiranya digunakan dengan cara yang betul, mengikut peraturan keselamatan. Jika sebaliknya, ia mungkin berpotensi untuk membahayakan pemegangnya.

Sumber Rujukan:

Dikarang oleh Sedania As Salam Capital. Diterjemah dan disiarkan secara eksklusif di MajalahLabur.

This image has an empty alt attribute; its file name is assidq_300x250px_bm01.jpg

Tentang Sedania As Salam Capital Sdn Bhd

As-Sidq (TM) adalah sebuah platform perisian dipaten milik oleh Sedania As Salam Capital Sdn Bhd yang kukuh dan berskala dengan rekod prestasi terbukti lebih daripada 350,000 transaksi bernilai RM38 bilion. Perkhidmatan patuh syariah sepenuhnya, yang mudah diintegrasikan ke dalam mana-mana sistem dan proses sedia ada melalui API, kini digunakan oleh lebih daripada 40 institusi kewangan dan 7 bank di Malaysia. Misi teras As-Sidq (TM) adalah untuk membantu pelanggan mencari produk kewangan Islam yang sempurna dan menyampaikannya kepada mereka dalam masa yang sesingkat mungkin.

Sebagai peneraju industri dalam platform perdagangan komoditi Tawarruq untuk kewangan peribadi Islam, As-Sidq (TM) membantu institusi-institusi kewangan untuk memasar, mengenal pasti dan meluluskan pembiayaan peribadi Islam dengan menawarkan pemeriksaan profil pelanggan yang komprehensif dari DSR kepada CTOS / CCRIS. Ini membolehkan penyerahan petunjuk hangat yang membolehkan kelulusan hampir dijamin.

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

Rawatan Gigi Yang Mana Tidak Boleh Dituntut Sebagai Pelepasan Cukai?

Ramai yang tidak tahu bahawa kos rawatan pergigian sebenarnya boleh dituntut sebagai pelepasan cukai pendapatan.

Bukan setakat rawatan hospital, pemeriksaan kesihatan atau pembelian ubat-ubatan tertentu. Rawatan gigi seperti scaling, tampalan dan cabutan gigi juga termasuk dalam senarai perbelanjaan yang layak mendapat pelepasan cukai.

Pelepasan cukai bukan bermaksud kita boleh tuntut semula wang yang dibayar kepada klinik gigi. Sebaliknya, perbelanjaan yang layak akan ditolak daripada pendapatan agregat bagi mengira pendapatan bercukai.

Untuk Tahun Taksiran 2026, pembayar cukai boleh menuntut pelepasan sehingga RM1,000 bagi pemeriksaan dan rawatan pergigian untuk diri sendiri, pasangan dan anak-anak.

Tetapi tidak semua rawatan gigi layak dituntut.

Ada yang pergi klinik gigi untuk scaling, tampalan, cabutan gigi dan pemeriksaan rutin. Ada juga yang memasang braces, membuat veneer atau menjalani rawatan pemutihan gigi.

Persoalannya, adakah semua perbelanjaan ini boleh dimasukkan dalam e-Filing?

Jawapannya, tidak.

Jom kita lihat rawatan pergigian yang perlu diberi perhatian sebelum membuat tuntutan pelepasan cukai.

1. Pemutihan gigi (Teeth Whitening)

Rawatan pemutihan gigi bertujuan menjadikan gigi kelihatan lebih putih dan menarik.

Ia lazimnya dikategorikan sebagai rawatan kosmetik dan bukannya rawatan pergigian untuk tujuan kesihatan.

Oleh itu, kos pemutihan gigi tidak boleh dituntut sebagai pelepasan cukai.

2. Pemasangan Veneer

Veneer ialah lapisan nipis yang dipasang pada permukaan hadapan gigi untuk memperbaiki warna, bentuk atau penampilan gigi.

Walaupun dilakukan oleh doktor gigi, rawatan ini lazimnya bersifat kosmetik.

Jadi, jangan anggap semua rawatan yang dilakukan di klinik pergigian secara automatik layak mendapat pelepasan cukai.

3. Rawatan Kosmetik Pergigian

Antara rawatan lain yang bertujuan semata-mata untuk memperbaiki penampilan gigi juga perlu diberi perhatian.

Contohnya:

  • Pembentukan semula gigi untuk tujuan kosmetik.
  • Rawatan estetik untuk memperbaiki senyuman.
  • Prosedur kosmetik yang tidak mempunyai indikasi perubatan.

Prinsipnya mudah: rawatan kosmetik semata-mata tidak termasuk dalam skop pelepasan rawatan pergigian.

4. Bagaimana pula dengan pemasangan pendakap gigi (braces)?

Ini antara perkara yang sering mengelirukan pembayar cukai.

Braces atau pendakap gigi digunakan untuk membetulkan kedudukan gigi dan masalah gigitan.

Walaupun rawatan ini dilakukan oleh pakar ortodontik, jangan terus menganggap kos pemasangan braces layak mendapat pelepasan cukai.

Ketetapan Umum LHDN tidak menyenaraikan braces secara khusus sebagai rawatan yang layak.

Jika rawatan mempunyai keperluan klinikal atau perubatan, dapatkan pengesahan LHDN berdasarkan keadaan sebenar rawatan sebelum membuat tuntutan.

Rawatan gigi apa yang boleh dituntut?

Antara rawatan pergigian yang termasuk dalam skop pelepasan cukai ialah:

  • Pemeriksaan pergigian.
  • Scaling dan pembersihan karang gigi.
  • Tampalan gigi.
  • Cabutan gigi.

Rawatan tersebut mestilah dilakukan oleh pengamal pergigian yang berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia (MDC) dan disokong dengan resit rasmi.

Boleh tuntut untuk isteri dan anak-anak?

Ya sudah tentu!

Di bawah perenggan 46(1)(g)(iv), Akta Cukai Pendapatan 1967, pembayar cukai layak menuntut pelepasan bagi perbelanjaan pemeriksaan dan rawatan pergigian untuk:

  • Diri sendiri.
  • Suami atau isteri.
  • Anak-anak.

Pelepasan yang dibenarkan adalah terhad kepada RM1,000 secara terkumpul, bukannya RM1,000 untuk setiap individu.

Contohnya:

Anda membelanjakan RM500 untuk scaling dan tampalan gigi sendiri, RM400 untuk rawatan gigi isteri dan RM300 untuk rawatan gigi anak.

Jumlah perbelanjaan ialah RM1,200.

Namun, jumlah maksimum yang boleh dituntut hanyalah RM1,000.

Bagaimana pula rawatan gigi untuk ibu bapa?

Ini lebih menarik.

Rawatan pergigian ibu bapa dan datuk nenek mempunyai kategori pelepasan cukai yang berbeza.

Di bawah perenggan 46(1)(c) Akta Cukai Pendapatan 1967, perbelanjaan rawatan perubatan dan pergigian ibu bapa serta datuk nenek boleh dituntut sehingga RM8,000 setahun. Ibu bapa atau datuk nenek hendaklah bermastautin di Malaysia.

Antara rawatan yang dinyatakan termasuk:

  • Cabutan gigi.
  • Tampalan gigi.
  • Scaling.
  • Gigi palsu.
  • Rawatan akar (root canal).
  • Rawatan menggantikan gigi.
  • Pembaikan gigi.

Had RM8,000 ini dikongsi dengan perbelanjaan perubatan lain yang layak untuk ibu bapa dan datuk nenek.

Jangan lupa simpan resit!

Sebelum meninggalkan klinik pergigian, pastikan anda mendapatkan resit rasmi yang menyatakan jenis rawatan yang dilakukan.

Pastikan juga maklumat klinik atau doktor gigi dapat dikenal pasti.

Simpan semua resit dan dokumen sokongan selama tujuh tahun kerana LHDN boleh meminta dokumen tersebut sekiranya tuntutan dipilih untuk semakan atau audit.

Satu lagi perkara penting: jika kos rawatan ditanggung sepenuhnya oleh majikan atau syarikat (klinik panel), jangan tuntut semula perbelanjaan yang sama sebagai pelepasan cukai individu.

Bila tarikh akhir untuk mendapatkan pelepasan cukai?

Perbelanjaan yang dibuat dari 1 Januari hingga 31 Disember 2026 akan diambil kira untuk Tahun Taksiran 2026.

Maksudnya, jika anda memang bercadang untuk membuat pemeriksaan atau rawatan gigi, jangan tangguh sehingga tahun hadapan.

Pergi buat pemeriksaan. Kalau ada karang gigi, buat scaling. Kalau ada gigi berlubang, buat tampalan sebelum masalah menjadi lebih serius.

Ajak sekali pasangan dan anak-anak. Jangan lupa periksa keadaan gigi ibu bapa juga.

Kesimpulannya, pelepasan cukai bukan alasan untuk berbelanja secara berlebihan. Tetapi kalau memang ada keperluan rawatan, manfaatkan pelepasan yang telah disediakan oleh kerajaan.

Jaga kesihatan gigi, jaga poket dan jangan biarkan pelepasan cukai yang layak dituntut begitu sahaja.

Sumber: Ketetapan Umum No. 7/2025, Pencukaian Individu Bermastautin Bahagian I – Hadiah atau Sumbangan dan Potongan yang Dibenarkan.