Nak Beli Kereta? Ambil Tahu 5 Tips Untuk Kurangkan Kos Penyelenggaraan

Zaman sekarang, kereta merupakan satu keperluan penting untuk setiap orang. Tanpa kereta sendiri, agak sukar untuk bergerak jauh untuk berjalan ke sini dan ke sana.

Memanglah boleh untuk gunakan pengangkutan awam, tetapi kadang-kadang kalau tempat yang kita hendak pergi itu agak jauh dan terpaksa membawa banyak barang, pasti agak sukar bukan?

Sebab itulah graduan yang baru nak minta kerja pun, dah bercita-cita nak beli kereta sendiri. Tetapi nak beli kereta ini merupakan satu komitmen kewangan yang agak besar juga.

Loan kereta dah lulus? Tahniah. Sekarang, kena bersedia untuk tanggung kos nak maintain kereta pula. Bukan sahaja ansuran bulanan yang perlu diberi perhatian, tetapi kos penyelanggaran juga harus dipertimbangkan.

Berikut merupakan 5 tips bagi menjimatkan duit dalam ‘membela’ kereta dalam jangka masa panjang.

1. Fikir Sedalam-Dalamnya

Photo by Maria Orlova from Pexels

Semua orang pasti ada kereta impian masing-masing. Ada yang inginkan kereta buatan Eropah dan ada juga yang mengimpikan kereta buatan Jepun. Kalau anda mampu nak pakai kereta import ini, tak kisah.

Tetapi sebelum anda buat keputusan kereta mana yang bakal menjadi milik anda, apa kata luangkan sedikit masa untuk membaca brosur serta buat sedikit research tentang kereta tersebut terlebih dahulu.

Kalau anda membeli kereta yang mempunyai enjin bersesaran (CC) kecil, anda boleh jimat minyak kenderaan. Sekaligus mampu memberi penjimatan untuk jangka masa panjang.

Enjin yang berkapasiti kecil juga mempunyai cukai jalan yang lebih murah berbanding dengan kereta yang mempunyai CC yang lebih besar.

2. Ikut Jadual Selenggara Kereta

Selalunya kereta perlu diservis setiap 10,000KM perjalanan. Tapi ada kereta yang boleh pergi lebih jauh daripada jarak ini.

Ini bermakna anda boleh menjimatkan duit servis kereta yang terlalu kerap. Kemungkinan untuk anda keluarkan duit lebih semasa servis itu masih ada.

Tapi sekurang-kurangnya, anda tak perlu pergi ke bengkel dengan kerap.

3. Pastikan Ori

Image by Ryan McGuire from Pixabay

Dah tahu jadual servis kereta, pastikan anda ambil tahu juga kos-kos penyelenggaran serta harga alat ganti untuk kereta tersebut. Bukan apa, biasanya kita kira ansuran bulanan saja, tapi tak masukkan sekali berapa kos untuk tukar minyak hitam, tukar tayar, tukar bateri dan bermacam-macam lagi.

Anda juga kena tahu, alat ganti untuk kenderaan tersebut mudah didapati atau terpaksa order dari luar. Kalau terpaksa order dari luar negara, rasanya lebih elok anda tukar fikiran untuk pakai kereta lain.

Bayangkan, tiap-tiap kali nak tukar spare part, kena tunggu berminggu atau berbulan lamanya.

4. Jangan Skip Servis Berkala

Kalau anda tak nak menanggung kos yang lebih besar di masa akan datang, jangan skip servis kereta anda. Pastikan anda servis kereta setiap kali tiba masanya.

Kalau tidak, anda mungkin terpaksa mengeluarkan belanja ribuan ringgit untuk memperbaiki kerosakan kenderaan yang lebih teruk.

Anda juga kena tahu, ada sesetengah syarikat kereta yang akan membatalkan (void) warranty kereta jika kereta tersebut tidak dihantar untuk servis tepat pada masanya.

Jadi, anda perlu beri perhatian dengan perkara seperti ini sebelum membeli kereta baru agar ianya masih mempunyai nilai yang tinggi sekiranya nak trade-in atau jual di kemudian hari nanti.

5. Sentiasa Periksa Tayar

Photo by Andrea Piacquadio from Pexels

Harga sebiji tayar kereta bukan murah, lagi-lagi kalau anda jenis minat tayar yang bersaiz besar. Sebab itulah anda kena sentiasa jaga dan juga periksa kondisi tayar tersebut.

Jangan pula suka terjun lopak sesuka hati, mentang-mentanglah kereta baru.

Pastikan anda mengisi angin mengikut arahan pada manual serta periksa kondisi tayar sekurang-kurangnya seminggu sekali. Tayar yang kurang angin boleh rosak dengan cepat.

Bayangkan, pressure yang kurang daripada 20% pun dah boleh kurangkan jangka hayat tayar sebanyak 10,000KM!

Jangan lupa juga untuk periksa kondisi alignment sebab ia akan turut mempengaruhi jangka hayat tayar tersebut.

Kesimpulan

Bila anda dah lihat semua kos tersembunyi ini, barulah buat keputusan untuk membeli kereta yang sesuai dengan anda. Pastikan anda membuat keputusan yang bijak sesuai dengan kondisi dompet anda.

Jangan disebabkan nak menunjuk dengan orang kampung, anda pula yang nanti menangis di tepi bucu katil sebab poket kering untuk ‘bela’ kereta yang berkurang nilainya setiap tahun.

Kalau aset seperti rumah, tak apa juga sekiranya kita habiskan duit banyak sebab nilainya dijangka akan meningkat saban tahun.

Sumber Rujukan: Gila Hartanah

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Google Tubuh Entiti Tempatan Di Malaysia: Implikasi Terhadap WHT di Malaysia

Google baru-baru ini memaklumkan kepada pelanggan di Malaysia bahawa syarikat itu sedang menubuhkan entiti tempatan, Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Langkah ini membawa perubahan kepada struktur transaksi Google Cloud Platform dan Google Workspace bagi pelanggan yang mempunyai alamat pengebilan di Malaysia dan membuat pembayaran dalam Ringgit Malaysia (MYR).

Sebelum ini, transaksi pelanggan Malaysia dibuat dengan Google Asia Pacific Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura.

Selepas migrasi, kontrak dan akaun pelanggan yang terlibat akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Perubahan ini bukan sekadar melibatkan syarikat teknologi, malah berpotensi memberi kesan kepada perniagaan dalam talian (online business) di Malaysia yang bergantung kepada perkhidmatan Google Cloud dan Google Workspace untuk menjalankan operasi harian.

Apa perubahan yang bakal berlaku?

Antara perubahan utama yang diumumkan:

1. Invois dikeluarkan oleh syarikat tempatan

Selepas migrasi, invois dan penyata bil akan dikeluarkan atas nama Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd., termasuk alamat dan nombor pengenalan cukai entiti tempatan.

2. SST 8% dikenakan

SST akan dipaparkan sebagai komponen berasingan dalam invois dan dikutip oleh Google Cloud Malaysia mengikut kadar yang dinyatakan dalam notis tersebut.

3. Kontrak dipindahkan kepada entiti Malaysia

Kontrak sedia ada dengan Google Asia Pacific akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia. Entiti tempatan ini akan mengambil alih kedudukan kontrak berkenaan.

Jadi, bagaimana pula dengan Withholding Tax (WHT)?

Ini bahagian yang menarik dari perspektif percukaian.

Sebelum ini, pembayaran pelanggan Malaysia kepada Google Asia Pacific Pte Ltd perlu dinilai dari sudut cukai pegangan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967).

Antara peruntukan yang relevan ialah Seksyen 109 berkaitan pembayaran royalti kepada bukan pemastautin.

Mengapa royalti?

Di bawah Seksyen 2 ACP 1967, definisi royalti merangkumi bayaran bagi penggunaan atau hak untuk menggunakan hak cipta, termasuk perisian (software).

Sebagai contoh, bayaran untuk mendapatkan hak penggunaan sesuatu aplikasi atau perisian oleh pelanggan sendiri berpotensi dikategorikan sebagai royalti dan tertakluk kepada WHT di bawah Seksyen 109.

Kadar domestik WHT bagi royalti ialah 10%, tertakluk kepada kadar atau layanan berbeza di bawah Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (DTA), jika berkenaan.

Apa implikasinya kepada Malaysia?

Perubahan struktur entiti syarikat teknologi antarabangsa seperti Google AKAN memberikan beberapa implikasi kepada landskap percukaian negara:

  1. Lebih banyak transaksi perkhidmatan digital boleh dilaksanakan melalui entiti tempatan.
  2. Kutipan SST dapat dilaksanakan melalui pembekal tempatan.
  3. Pelanggan Malaysia mungkin tidak lagi perlu membuat potongan WHT bagi pembayaran Google Cloud yang telah dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia, tertakluk kepada struktur kontrak dan penerima sebenar pendapatan.

Bila migrasi ini akan berkuatkuasa?

Google akan menghantar dua notifikasi berasingan kepada pelanggan:

  1. Sebelum migrasi – pemberitahuan awal sebelum akaun dan kontrak dipindahkan.
  2. Selepas migrasi – pengesahan bahawa perubahan telah berkuat kuasa.

Notifikasi akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan.

Kesimpulannya, penubuhan entiti tempatan oleh syarikat teknologi antarabangsa bukan sekadar perubahan alamat invois. Ia boleh mengubah kedudukan percukaian transaksi, termasuk kewajipan cukai pegangan di Malaysia.