Chuck Feeney: ‘The James Bond Of Philanthropist’, Bilionaire Dermawan Yang Hidup Miskin

“Saya amat yakin dengan amalan sikap pemurah dalam kehidupan. Saya mendapati bahawa memberi walaupun sedikit, akan menyebabkan impak yang besar terhadap kehidupan mereka yang memerlukan. Di samping itu, ianya jauh lebih menyeronokkan jika kita lakukan ketika kita masih hidup, berbanding sebaliknya”.

Chuck Feeney

Demikianlah antara kata-kata lagenda seorang bilionaire dermawan Charles Francis Feeney atau lebih dikenali dengan Chuck Feeney. Beliau tersenarai sebagai salah seorang individu terkaya dunia selama beberapa dekad sebelum memberikan 100% kekayaan beliau kepada mereka yang memerlukan.

Kekayaan Dan Sumbangan Chuck Feeney

Beliau mencipta kekayaannya sebagai pengasas syarikat Duty Free Shoppers, akhirnya telah menunaikan matlamat akhir hidup beliau untuk menyumbang USD8 bilion kepada generasi yang akan datang.

Baru-baru ini, beliau telah menutup sepenuhnya Atlantic Philanthropies milik beliau yang telah beroperasi selama 38 tahun. Lalu menyumbangkan keseluruhan wangnya ke arah beberapa usaha seperti misi keamanan Ireland Utara, pemodenan sistem kesihatan di Vietnam dan banyak lagi.

Turut tidak dilupakan, beliau juga telah merubah Pulau Roosevelt di New York menjadi hab pusat teknologi melalui sumbangan sebanyak USD350 juta.

Sumbangannya merangkumi sejumlah USD3.7 bilion untuk pendidikan, USD870 juta lagi bagj memperjuangkan hak asasi manusia dan perubahan sosial, serta membayar hutang USD62 juta bagi banduan yang menjalani hukuman mati di penjara.

Beliau turut menyumbang USD76 juta bagi menyokong pembinaan Obamacare.

Di dalam satu temubual, beliau berpendapat bahawa terlalu banyak yang dipelajari sepanjang hayat beliau. Beliau juga ingin orang ramai berfikir secara terbuka mengenai amalan bersedekah.

Menurut beliau, ianya menjadi satu kepuasan yang tidak terhingga kerana berjaya melaksanakan matlamat akhir hidup beliau dalam melakukan amalan bersedekah.

Beliau juga turut merakamkan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang membantu secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan impian tertinggi beliau. Beberapa tahun sebelum itu, beliau sempat memberi USD2 juta kepada isterinya bagi menempuh hari persaraan.

Percayakah anda bahawa Chuck Feeney pada hari ini hanya hidup di dalam sebuah pangsapuri kecil dan murah?

Walaupun beliau bukan lagi memegang status billionaire, namun nama beliau sentiasa masyhur dan terus kekal gah. Sehinggakan Warren Buffett dan Bill Gates tidak putus-putus memberi pujian dan penghargaan disebabkan kebaikan yang beliau telah lakukan.

Warren Buffett berpandangan bahawa Chuck Feeney adalah sumber inspirasi kepada kita semua. Buffett menambah, jika kita nak cari seorang idola dalam kehidupan, maka Chuck Feeney adalah calon yang sesuai.

Tidak kurang juga Bill Gates dan bekas gabenor California Jerry Brown yang telah menghantar pesanan video, bagi menghargai sumbangan beliau. Speaker Dewan Nancy Pelosi juga telah menghantar surat rasmi daripada kongres Amerika Syarikat, menzahirkan penghargaan terima kasih kepada beliau.

Kesimpulan yang kita boleh ambil daripada kisah perjalanan hidup Chuck Feeney ini, sentiasalah mengamalkan kebaikan sesama manusia, lebih-lebih lagi dalam urusan amal jariah.

Jika kita merasakan bahawa kekayaan adalah lambang kejayaan, maka Chuck Feeney berjaya membuktikan bahawa amal jariah adalah lebih tinggi martabatnya berbanding memiliki segala-galanya.

Dan tahukah anda bahawa Forbes telah memberi jolokan The James Bond of Philanthropist’ kepada beliau?

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Jual Air Teh Pun Boleh Jadi Jutawan 

Kalau anda fikir untuk menjadi jutawan perlu mencipta aplikasi seperti Mark Zuckerberg atau membina kereta terbang seperti Elon Musk, mungkin anda patut kenal dengan nama-nama ini terlebih dahulu: Zhang Hongchao dan Zhang Junjie.

Kedua-dua mereka bukan saintis, bukan jurutera teknologi. Tetapi mereka berjaya menjadi jutawan sebelum mencecah umur 30 tahun. Bukan kerana menjual tanah atau minyak. Sebaliknya hanya kerana menjual air teh. Ya, serius.

Chagee – Teh Premium dengan Sentuhan Moden

Chagee, yang kini semakin dikenali di Malaysia, berasal dari Yunnan, China. Diasaskan oleh Zhang Junjie pada tahun 2017, Chagee membawa konsep “teaspresso” iaitu gabungan kualiti teh tradisional dengan penyediaan bergaya kopi barista.

Pada 17 April 2025, Chagee berjaya melangkah ke pasaran antarabangsa apabila disenaraikan di Nasdaq. Melalui IPO tersebut, syarikat ini mengumpul AS$411 juta, dengan penilaian mencecah AS$6.2 bilion. Sahamnya melonjak 21% pada hari pertama dagangan.

Zhang Junjie, yang memiliki hampir 20% saham syarikat, kini bergelar bilionair pada usia 30 tahun. Ini membuktikan bahawa secawan teh boleh membawa seseorang ke tahap luar biasa.

Mixue – Strategi Bajet, Capaian Global

Berbeza dengan Chagee yang premium, Mixue memilih jalan berbeza: menawarkan produk berkualiti pada harga mampu milik. Diasaskan oleh Zhang Hongchao pada tahun 1997 di Zhengzhou, China, Mixue bermula dengan gerai kecil menjual ais krim dan minuman teh.

Kini, Mixue mengendalikan lebih daripada 45,000 cawangan di seluruh dunia.

Pada 3 Mac 2025, Mixue disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong, berjaya mengumpul sekitar AS$444 juta dalam IPO. Sahamnya melonjak 43% pada hari pertama, dan nilai pasaran syarikat kini menghampiri AS$10 bilion.

Kejayaan Mixue membuktikan bahawa dengan strategi harga yang tepat dan kualiti produk yang konsisten, pasaran global boleh dicapai walaupun bermula dari perniagaan kecil.

Malaysia: Siapa Bakal Mengikut Jejak?

Industri teh moden di Malaysia semakin berkembang. Jenama seperti Tealive, Chatime, Chagee, Daboba dan lain-lain sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup masyarakat tempatan.

Namun, sehingga kini belum ada satu pun jenama teh Malaysia yang melangkah ke pentas IPO atau berjaya menembusi pasaran global secara agresif.

Potensi itu ada. Pasaran pengguna sudah wujud. Yang diperlukan hanyalah keberanian untuk berkembang, strategi perniagaan yang betul, dan kemampuan untuk membina jenama bertaraf dunia.

Adakah Seorang Juatawan Sedang Bancuh Teh Ketika Ini? 

Adakah Malaysia akan terus menjadi sekadar pasaran pengguna untuk jenama luar, atau sudah tiba masanya seorang usahawan tempatan bangkit dan membawa jenama teh Malaysia ke peringkat antarabangsa?

Mungkin, jutawan teh tempatan seterusnya sedang membancuh secawan pertama mereka hari ini.

Berminat Nak Teroka Pasaran Saham Wall Street?

Kami menerima banyak pertanyaan tentang bagaimana nak terlibat dengan pasaran saham global. Malah banyak artikel percuma yang telah kami kongsikan antaranya:

Eh, banyak lagi lah.

Kami dulu juga hanya fokus melabur di pasaran saham Bursa Malaysia. Tetapi selepas mengambil kira risiko dan faktor-faktor lain, kami mengambil keputusan untuk tidak meletakkan 100% duit lebihan yang ada di pasaran saham Malaysia.

Selalu tengok harga saham Apple, Tesla, Google, NVIDIA duk naik dan ingin menjadi salah seorang daripada pemegang saham syarikat-syarikat terkemuka dunia ini?

Dah tak perlu risau dan susah-susah lagi! Kami akan kongsikan step by step cara untuk melabur saham di Wall Street.

Jangan lepaskan peluang ini! Mulakan langkah pertama anda untuk melabur dalam pasaran saham Wall Street!