PM: Khazanah Nasional Perlu Kembali Ke Perniagaan Teras

Khazanah Nasional Bhd telah terkeluar daripada perniagaan teras mereka dengan melabur dalam terlalu banyak perkara, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

“Idea asalnya adalah Khazanah hanya perlu membeli saham yang belum diambil (taken up)…tetapi kini mereka telah melabur dalam banyak perkara.

“Mereka patut lepaskan apa yang di luar perniagaan teras mereka,” katanya dalam wawancara bersama radio BFM hari ini.

Khazanah adalah syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) yang ditubuhkan pada 1993, iaitu ketika kali pertama Mahathir sebagai perdana menteri.

Memandangkan ia adalah GLIC, Mahathir berkata kerajaan juga akan mendapat manfaat daripada penjualan saham aset oleh Khazanah dalam mana-mana bidang yang bukan sebahagian perniagaan terasnya.

Ketika ditanya tentang kebimbangan GLIC semakin terlibat dalam sektor swasta, beliau berkata ia tidak akan berlaku selagi GLIC kekal dengan perniagaan teras mereka.

“Ia berlaku kerana mereka tidak mengekalkan perniagaan teras yang mereka sepatutnya terlibat,” katanya lagi.

Mutakhir ini Khazanah melepaskan pegangannya dalam banyak syarikat, antaranya menjual 16 peratus saham dalam IHH Healthcare kepada Mitsui & Co dengan nilai RM8.42 bilion pada November 2018.

Akhir Julai lalu, usahasama syarikat itu dengan syarikat pelaburan Singapura, Temasek, juga mengumumkan akan menjual pejabat dan unit runcit dalam pembangunan hartanah di Singapura.

Dalam wawancara itu, perdana menteri juga ditanya berkenaan kemelesetan ekonomi yang mungkin akan berlaku dan bagaimana negara merancang untuk menghadapinya.

Negara ini jika diuruskan dengan baik boleh mengelak daripada kemelesetan. Kita pernah diserang sebelum ini dan keluar daripadanya.

“Kami merasakan kami ada orang yang amat sedar dengan perkara ini (dan) tahu beberapa cara untuk mengelak kemerosotan dalam ekonomi,” katanya lagi.

Sumber: MalaysiaKini

Prestasi Khazanah Meningkat Naik Berbanding Tahun Lalu

Tengok saja pegangan saham Khazanah terhadap syarikat-syarikat terkemuka seperti di atas. Banyak juga syarikat yang tersenarai di pasaran saham. Apabila pasaran saham Malaysia dan antarabangsa tak ‘perform’, maka besarlah kerugian yang dialami Khazanah.

Kalau sebelum ini Khazanah untung sebanyak RM2.9 bilion pada tahun 2017, jatuh merudum pula sehingga kerugian RM6.3 bilion pada tahun 2018. Nak tahu lebih lanjut, kena baca Khazanah Nasional Berhad Mencatatkan Kerugian Pertama Sejak Tahun 2005.

Kalau tahun 2018 merupakan tahun yang teruk, terbaru KWSP dan Khazanah Catat Pendapatan Dividen Yang Meningkat Pada Tahun 2019 Berbanding Tahun Lalu. Diharapkan ekonomi dan pasaran saham akan kembali pulih.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend