KWSP dan Khazanah Catat Pendapatan Dividen Yang Meningkat Pada Tahun 2019 Berbanding Tahun Lalu

Kita sedia maklum bahawa jerung-jerung seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Khazanah Nasional dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) banyak melabur dalam pasaran saham Malaysia dan luar negara.

Nak tahu mereka banyak labur kat mana, jemput baca:

Untuk itu, jom kita tengok pendapatan dalam bentuk dividen di dalam syarikat-syarikat di mana mereka menjadi pemegang saham.

Sumber: The Edge

KWSP dan Khazanah Naik Sedikit

Kalau diikutkan, pendapatan KWSP meningkat 5.4%. Ianya disokong oleh pendapatan dividen daripada RHB Bank yang naik mendadak.

Manakala Khazanah pula meningkat sebanyak 2% yang disumbang oleh peningkatan dividen yang dicatatkan oleh CIMB Group.

ASB Pula Turun, Tapi Tak Banyak

Manakala pendapatan dividen bagi dana yang diurus Permodalan Nasional Berhad iaitu ASB pula kelihatan turun sedikit berbanding tahun lepas. Sime Darby Berhad mencatatkan peningkatan, tetapi Sime Darby Property pula mencatatkan penurunan.

Daripada Segi Capital Gain, KWSP dan ASB Naik Banyak

Itu keuntungan daripada segi dividen, tapi kalau daripada segi kenaikan harga saham – ianya sangat memberangsangkan.

This image has an empty alt attribute; its file name is 20-Pegangan-Saham-Terbesar-KWSP-di-Bursa-Malaysia-700x606.jpg
Sumber: The Edge dan Bloomberg

Terbaik, nampaknya KWSP mencatatkan peningkatan sebanyak RM4 bilion dalam nilai pegangan atau +5.72% bagi 6 bulan pertama tahun 2019. Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB), Telekom Malaysia (TM) dan IJM Corporation adalah yang paling menyerlah sekali.

This image has an empty alt attribute; its file name is 20-Pegangan-Saham-Terbesar-Skim-ASB-di-Bursa-Malaysia-700x566.jpg
Sumber: The Edge dan Bloomberg

Alhamdulillah, ASB telah berjaya meraih penambahan nilai sebanyak RM1.7 bilion atau +2.30% bagi enam bulan pertama tahun 2019 ini. 3 penyumbang terbesar kepada peningkata ini adalah Sapura Energy, Velesto Energy dan Telekom Malaysia (TM).

Dividen Lebih Tinggi Tahun Ini?

Dengan peningkatan dividen dan nilai pegangan saham, adakah kita boleh jangkakan peningkatan dalam dividen yang akan dikeluarkan KWSP dan ASB tahun ini?

Sama-sama kita nantikan…

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PATAMI Bursa Malaysia Bagi 1Q2026 Meningkat 6.4% Tahun Ke Tahun Kepada RM72.8 Juta

Kuala Lumpur – Bursa Malaysia memulakan 2026 dengan prestasi suku pertama yang kukuh, disokong oleh aktiviti pasaran teras yang teguh serta momentum berterusan dalam inisiatif untuk memperkukuh penyertaan dan kemeriahan pasaran.

Bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2026 (“1Q2026”), Bursa Malaysia mencatatkan Keuntungan Selepas Cukai, Zakat dan Kepentingan Minoriti (“PATAMI”) sebanyak RM72.8 juta, mewakili peningkatan 6.4% tahun ke tahun (“YoY”) berbanding suku yang sama tahun lalu. Hasil operasi meningkat 16.4% YoY kepada RM206.9 juta, terutamanya disokong oleh aktiviti dagangan sekuriti yang lebih tinggi serta peningkatan yuran penyenaraian dan penerbit. Sebaliknya, perbelanjaan operasi meningkat 24.2% kepada RM115.3 juta, sebahagian besarnya disebabkan oleh yuran berkaitan kawal selia yang lebih tinggi serta perbelanjaan berterusan dalam bakat dan teknologi.

Dalam Pasaran Sekuriti, Purata Nilai Dagangan Harian bagi Dagangan Pasaran meningkat 27.0% YoY kepada RM3.3 bilion, disokong oleh penyertaan meluas merentas segmen pelabur. Aktiviti pengumpulan dana adalah memberangsangkan pada 1Q2026, dengan 16 IPO merentasi Pasaran MAIN, ACE dan LEAP. Jumlah permodalan pasaran meningkat 11.4% YoY, mencecah RM2.1 trilion pada 1Q2026.

Pasaran Derivatif turut menyumbang secara stabil kepada prestasi pada 1Q2026, dengan Purata Kontrak Harian yang didagangkan meningkat 5.2% YoY kepada 107,487 kontrak, sebahagian besarnya didorong oleh jumlah kontrak FCPO yang lebih tinggi serta aktiviti lindung nilai oleh peserta. Bursa Malaysia melancarkan Mini FTSE Bursa Malaysia KLCI Futures pada 26 Januari sebagai sebahagian daripada strategi inovasi produknya, di samping meneruskan penglibatan industri melalui Persidangan & Pameran Tinjauan Harga Minyak Sawit dan Laurik ke-37.

Dalam Pasaran Islam, Bursa Suq Al-Sila’ (“BSAS”) merekodkan Purata Nilai Harian sebanyak RM50.7 bilion, disokong oleh penyertaan dan kecairan yang meluas. Pada 2 Januari 2026, jumlah nilai dagangan di BSAS mencapai rekod RM172.7 bilion. Selain itu, pengembangan BSAS ke Sri Lanka meningkatkan kehadiran antarabangsanya kepada 29 negara. Permintaan pelabur terhadap produk patuh Syariah diperkukuh apabila dana dagangan bursa patuh Syariah mencapai rekod aset di bawah pengurusan sebanyak RM1.05 bilion pada Februari 2026.

Hasil bukan dagangan, yang menyumbang 38.0% daripada jumlah hasil operasi, meningkat 19.3% YoY kepada RM79.3 juta, disokong oleh yuran penyenaraian tahunan yang lebih tinggi serta aliran hasil berulang lain.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Dato’ Fad’l Mohamed berkata, “Bursa Malaysia mencatat permulaan tahun yang positif, dengan aktiviti dagangan lebih tinggi dan saluran penyenaraian yang kukuh, mencerminkan keyakinan terhadap pasaran modal Malaysia.

“Berdasarkan prestasi ini, keutamaan pembangunan pasaran terus dipacu untuk memperkukuh kualiti, kebolehcapaian dan keluasan ekosistem pasaran modal. Ini termasuk langkah untuk meningkatkan keterlihatan pasaran ekuiti melalui indeks Bursa Malaysia Quality 50 dan Quality 50 Shariah, meluaskan akses kepada derivatif melalui Mini FTSE Bursa Malaysia KLCI Futures, serta memperkukuh hubungan rentas sempadan melalui kerjasama dengan Hong Kong Exchanges and Clearing Limited.”

Mengulas mengenai prospek, Dato’ Fad’l berkata, “Seiring 2026 berkembang, pasaran modal Malaysia terus beroperasi dalam persekitaran domestik yang berdaya tahan, disokong oleh pertumbuhan ekonomi yang stabil dan kepastian dasar. Dengan unjuran pertumbuhan KDNK antara 4.0% hingga 5.0%, latar belakang ini menyediakan asas yang konstruktif untuk pelaburan dan aktiviti pasaran modal. Dalam landskap ini, Bursa Malaysia kekal fokus melaksanakan peranannya sebagai pengendali pasaran yang dipercayai, memperkukuh kemeriahan pasaran dan menyokong pembentukan modal mampan bagi memenuhi keperluan pelabur, penerbit dan ekonomi secara keseluruhan yang sentiasa berkembang.”

Keputusan kewangan bagi 1Q2026 boleh didapati di laman web Bursa Malaysia di
https://bursa.listedcompany.com/home.html

1Q2026 (RM juta)1Q2025 (RM juta)Perubahan peratus (%)
Hasil operasi206.9177.716.4
Pendapatan lain7.26.77.4
Jumlah hasil214.1184.416.1
Jumlah perbelanjaan operasi(115.3)(92.9)24.2
Keuntungan daripada operasi98.891.57.9
Kos kewangan(0.1)(0.1)
Keuntungan sebelum cukai dan zakat98.791.47.9
Perbelanjaan cukai pendapatan dan zakat(26.4)(23.4)12.6
Keuntungan bagi tempoh tersebut72.368.06.3
Kepentingan minoriti0.50.425.3
PATAMI72.868.46.4