
Kredit Gambar: Olympic
Sub Topik
Sukan Olimpik merupakan sukan terbesar di peringkat dunia seperti Piala Dunia Bolasepak. Sukan ini bermula pada tahun sebelum masihi lagi. Kemudiannya di era moden, ianya dimulakan selepas seorang rakyat Perancis bernama Baron de Coubertin, yang memulakannya kembali Sukan Olimpik.
Setiap kali undian dilakukan, banyak negara yang membida untuk menjadi tuan rumah kepada acara sukan terbesar di dunia ini.
Walaupun kos yang tinggi terpaksa dikeluarkan oleh negara tuan rumah, pulangan pelaburan mampu untuk menutupi kos yang dikeluarkan oleh negara penganjur.
Yang lagi bestnya, negara yang menganjur acara ini akan dikenali di seluruh dunia dan industri pelancongan pastinya akan meningkat naik apabila tumpuan satu dunia akan ke negara tersebut.
Disebabkan inilah, banyak negara berlumba-lumba untuk menjadi tuan rumah. Namun bukan semua negara layak yang untuk mengajurkan acara berprestij itu.
Kebanyakan negara maju dan kaya mempunyai peluang yang cerah dalam menganjurkan sukan tersebut.
Jepun Menjadi Tuan Rumah Sukan Olimpik Tahun 2020
Pada tahun 2013, undian telah dijalankan dan Jepun telah berjaya dalam bidaan mereka untuk menjadi tuan rumah dalam kejohanan ini untuk kali kedua selepas tahun 1964.
Kejayaan membida sebagai tuan rumah untuk acara ini telah mendapat sokongan penuh rakyat Jepun kerana dapat menaikkan imej negara tersebut di mata dunia.
Kerajaan Jepun telah melakukan persiapan yang begitu rapi bagi menyambut temasya tersebut pada tahun 2020.
Sebelum ini, negara tersebut telah memperkenalkan teknologi mereka kepada dunia seperti yang berlaku pada Temasya Olimpik 1964 apabila memperkenalkan bullet train kepada dunia.
Pada permulaan temasya ini, peruntukan sebanyak USD7 bilion telah dipersetujui dengan kerajaan Jepun telah pun meluluskannya.
Jepun juga membina stadium baru bagi acara tersebut dan menaik taraf stadium yang lama bagi memenuhi tuntuan badan Olimpik dunia.
Jepun turut memenggunakan khidmat akirtek terkenal dunia seperti Zaha Hamid untuk membina stadium utama bagi majlis pembukaan dan penutupan majlis.
Persediaan yang dilakukan oleh Jepun begitu rapi bagi menyambut acara terbesar negara mereka pada tahun lepas.
Pandemik Menghalang Temasya Sukan Olimpik Jepun

Tiada siapa yang menjangka bahawa dunia akan dilanda pandemik yang telah meragut jutaan nyawa serta meranapkan hampir keseluruhan ekonomi negara dunia.
Jepun juga tidak terkecuali dengan menghadapi masalah yang sama di mana temasya yang sepatunya berlaku pada tahun lepas akhir terpaksa ditunda.
Penundaan tersebut bertepatan dengan saranan yang dilakukan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi mengurangkan penularan wabak ini, kerana temasya tersebut akan menjadi tumpuan seluruh dunia.
Kos Yang Terpaksa Ditanggung Oleh Kerajaan Jepun
Disebabkan penangguhan yang berlaku, ia bukan sahaja melibatkan kerugian daripada segi masa tetapi juga kos yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan Jepun.
Sebahagian rakyat Jepun mula menunjukan rasa tidak puas hati terhadap tindakan yang dilakukan oleh kerajaan kerana tidak membatalkan sahaja acara tersebut.

Kini, segala persiapan pun sudah siap tetapi para atlit di seluruh dunia masih lagi tidak dapat beraksi untuk acara tersebut. Kos penyelengaraan stadium dan juga rumah atlit dilihat semakin hari semakin meningkat.
Kerajaan Jepun turut bercadang untuk menyediakan suntikan vaksin kepada setiap atlit yang bertanding dan pengunjung acara tersebut di mana kosnya dipercayai hampir mencecah USD1 bilion.
Kini peruntukan untuk sukan Olimpik yang pada asalnya hanyalah berjumlah USD7 billion, kini telah meningkat menjadi USD15.4 bilion.
Sesetengah penganalisis percaya jumlah sebenarnya adalah USD26 bilion yang menjadikan temasya Sukan Olimpik Tokyo sebagai yang termahal sejak diperkenalkan lebih 100 tahun yang lalu.
Sumber Rujukan:










