Under Armour Gagal Manfaatkan Peluang Untuk Gandakan Jualan Ketika Musim Pandemik

Under Armour merupakan sebuah syarikat pengeluar peralatan sukan yang terkenal di Amerika Syarikat. Di Malaysia, mungkin ada di kalangan kita yang pernah menggunakan produk yang dikeluarkan oleh syarikat ini semasa bersukan.

Ketika pandemik bermula tahun lepas, syarikat ini telah mengalami kerugian yang sangat besar berbanding dengan pesaingnya yang lain seperti Nike, Adidas dan juga Lululemon Athletica. Under Armour tidak dapat menikmati keuntungan yang diperolehi oleh tiga syarikat tersebut ketika musim pandemik.

Baca: Lululemon, Syarikat Pakaian Yoga Memberi Saingan Sengit Kepada Nike & Adidas

Kredit Gambar: CNBC

Apa yang berlaku kepada Under Armour adalah mereka tidak dapat mengambil peluang ketika syarikat lain membuat keuntungan yang luar biasa tatkala Covid-19 melanda.

Baca: Bagaimana Jualan Nike Meningkat Walaupun Berdepan Dengan Covid-19

Sejarah Ringkas Under Armour

Under Armour merupakan sebuah syarikat yang diasaskan oleh Kevin Plank pada tahun 1996. Beliau mengasaskan syarikat ini disebabkan minat yang mendalam terhadap sukan American football.

Beliau merupakan seorang pemain American football untuk universitinya iaitu University of Maryland. Idea untuk menubuhkan syarikat ini bermula apabila beliau berasakurang selesa dengan baju jersi yang ada di pasaran pada ketika itu dan telah membangunkan baju jersinya sendiri untuk digunakan oleh pasukannya.

Baju yang dicipta oleh Kevin Plank itu sangat sesuai untuk sukan American football kerana tidak serap peluh, mudah kering serta ringan. Ini kerana material yang dipakai oleh Kevin Plank adalah material yang baru di dalam industri pembuatan pakaian.

Beliau kemudian mengasaskan Under Armour menggunakan duit simpanan bank dan kad kredit dengan modalkan sebanyak USD100,000.

Baju jersi yang dibangunkan oleh Under Armour menjadi sangat terkenal dan dalam masa yang singkat, mereka berjaya menjual baju jersi ini di seluruh Amerika Syarikat. Di antara iklan pertama yang menaikkan jenama Under Armour ini di peringkat antarabangsa adalah di dalam filem Any Given Sunday yang dilakonkan oleh Al Pacino dan Jaime Foxx.

Pada tahun 2005, syarikat ini telah berjaya disenaraikan di pasaran saham New York Stock Exchange dengan nilai sebanyak USD150 juta. Sepanjang berada di pasaran saham, perjalanan perniagaan Under Armour banyak naik turun sehinggalah berlaku krisis pandemik pada tahun lepas.

Syarikat ini tidak berjaya mengambil peluang keemasan untuk memajukan jualan produk syarikat mereka.

Kontroversi Yang Melanda Under Armour

Kredit Gambar: Forbes

Sebelum berlakunya krisis Covid-19, syarikat ini berada pada keadaan yang tidak menentu daripada segi jualan. Mereka terpalit dengan beberapa skandal yang menyebabkan para pelabur berhati-hati untuk melabur di dalam syarikat ini.

Salah satu kontroversi terbesar yang menimpa syarikat ini adalah melibatkan pengasas syarikat ini sendiri iaitu Kevin Plank. Beliau dituduh telah terlibat di dalam pengubahsuaian akaun syarikat.

Ini menimbulkan tidak krisis tidak percaya kepada Kevin Plank di mana beliau telah meletak jawatan CEO di dalam syarikat.

Kenapa Under Armour Alami Kesukaran Ketika Pandemik Covid-19?

Kredit Gambar: CNBC

Syarikat ini mengalami pengurangan daripada segi jualan pada musim pandemik tahun lepas berbanding dengan pesaing yang lain. Di antara faktor utama yang menyebabkan syarikat ini mengalami jualan yang teruk adalah disebabkan mereka sangat bergantung kepada jualan di dalam kedai.

Under Armour terkenal dengan kerjasama dengan peruncit bagi menjalankan perniagaan mereka. Disebabkan kedai-kedai sukan terpaksa ditutup ketika pandemik melanda, syarikat ini mengalami kejatuhan yang teruk.

Selain bergantung kepada peruncit, Under Armour juga dilihat gagal melihat fesyen sebagai perkara yang penting di dalam menghasilkan pakaian mereka.

Under Armour terlalu fokus kepada performance sehingga mereka tidak menghiraukan peranan fesyen di dalam setiap produk yang mereka hasilkan. Sedangkan pesaing mereka yang lain melihat fesyen sebagai sesuatu yang amat penting bagi memenuhi kehendak pengguna yang membeli produk mereka.

Disebabkan dua perkara tersebut, Under Armour gagal bersaing semasa musim pandemik ini.

Sumber Rujukan:

Berminat nak belajar lebih lanjut mengenai pelaburan saham di Amerika Syarikat? Berminat nak beli saham-saham Nike, Lululemon, Under Armour dan banyak lagi yang ada di sana?

Sedap buat duit dalam USD. Saham-saham gergasi dunia seperti Microsoft, Google, Twitter dan Zoom semua ada di Wall Street.

Kejap, tahu tak berapa pulangan saham ini pada 2020?

Zoom – 390.86%
AMD – 86.78%
Twitter – 67.65%
Microsoft – 38.48%
Google (Alphabet) – 28.05%

Dan yang bestnya, minimum unit untuk memiliki saham ini semua hanya satuuuuu unit je.

Teringin nak explore pasaran saham Wall Street yang patuh shariah? Pendaftaran SAHAM WALL STREET 2.0 kini dibuka..!!!

Ini adalah kelas intensif.

Bila tu?

Tarikh: 6-7 Februari 2021 (Sabtu-Ahad)
Masa: 9 pagi – 5 petang
Belajar secara Live melalui aplikasi ZOOM

Menampilkan Tuan Mukhriz Mangsor (ACSI, CFTe, MSTA) sebagai coach utama.

ILMU MAHAL YANG BAKAL ANDA BELAJAR DARI WEBINAR SAHAM WALL STREET

1. LEARN A WINNING SYSTEM

• Cara mula dengan modal kecil dan cara untuk gandakannya – “roll profits”

2. PROVEN FUNDAMENTAL

3. READ CHART LIKE A PRO

4. PLATFORM

• Cara guna Platform global untuk melabur dan berdagang di pasaran saham US

5. SCREENER

6. PORTFOLIO MANAGEMENT

7. SENTIMEN

8. SAHAM KAJIAN

9. SAHAM-SAHAM WATCHLIST

Alhamdulillah, antara feedback yang kami dapat dari webinar yang lalu…

“Pengajaran Tuan Mukhriz straight to the point. Strategi & trading mekanikal boleh difahami dan dipraktiskan.”

“Dapat lebih info dari pengalaman seorang pelabur sebenar bagi saham USA..”

“Silibus tersusun, cara pemilihan saham dan market structure..”

Speaker dah power, modul pun power.

InshaAllah kita jadikan 2021 tahun untuk kita tambah skill baru agar dapat memberi kesenangan kepada keluarga.

Seperti biasa ada harga istimewa menanti kepada early bird, cepat klik:

➡️ https://thekapital.my/wallstreet

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Rawatan Gigi Yang Mana Tidak Boleh Dituntut Sebagai Pelepasan Cukai?

Ramai yang tidak tahu bahawa kos rawatan pergigian sebenarnya boleh dituntut sebagai pelepasan cukai pendapatan.

Bukan setakat rawatan hospital, pemeriksaan kesihatan atau pembelian ubat-ubatan tertentu. Rawatan gigi seperti scaling, tampalan dan cabutan gigi juga termasuk dalam senarai perbelanjaan yang layak mendapat pelepasan cukai.

Pelepasan cukai bukan bermaksud kita boleh tuntut semula wang yang dibayar kepada klinik gigi. Sebaliknya, perbelanjaan yang layak akan ditolak daripada pendapatan agregat bagi mengira pendapatan bercukai.

Untuk Tahun Taksiran 2026, pembayar cukai boleh menuntut pelepasan sehingga RM1,000 bagi pemeriksaan dan rawatan pergigian untuk diri sendiri, pasangan dan anak-anak.

Tetapi tidak semua rawatan gigi layak dituntut.

Ada yang pergi klinik gigi untuk scaling, tampalan, cabutan gigi dan pemeriksaan rutin. Ada juga yang memasang braces, membuat veneer atau menjalani rawatan pemutihan gigi.

Persoalannya, adakah semua perbelanjaan ini boleh dimasukkan dalam e-Filing?

Jawapannya, tidak.

Jom kita lihat rawatan pergigian yang perlu diberi perhatian sebelum membuat tuntutan pelepasan cukai.

1. Pemutihan gigi (Teeth Whitening)

Rawatan pemutihan gigi bertujuan menjadikan gigi kelihatan lebih putih dan menarik.

Ia lazimnya dikategorikan sebagai rawatan kosmetik dan bukannya rawatan pergigian untuk tujuan kesihatan.

Oleh itu, kos pemutihan gigi tidak boleh dituntut sebagai pelepasan cukai.

2. Pemasangan Veneer

Veneer ialah lapisan nipis yang dipasang pada permukaan hadapan gigi untuk memperbaiki warna, bentuk atau penampilan gigi.

Walaupun dilakukan oleh doktor gigi, rawatan ini lazimnya bersifat kosmetik.

Jadi, jangan anggap semua rawatan yang dilakukan di klinik pergigian secara automatik layak mendapat pelepasan cukai.

3. Rawatan Kosmetik Pergigian

Antara rawatan lain yang bertujuan semata-mata untuk memperbaiki penampilan gigi juga perlu diberi perhatian.

Contohnya:

  • Pembentukan semula gigi untuk tujuan kosmetik.
  • Rawatan estetik untuk memperbaiki senyuman.
  • Prosedur kosmetik yang tidak mempunyai indikasi perubatan.

Prinsipnya mudah: rawatan kosmetik semata-mata tidak termasuk dalam skop pelepasan rawatan pergigian.

4. Bagaimana pula dengan pemasangan pendakap gigi (braces)?

Ini antara perkara yang sering mengelirukan pembayar cukai.

Braces atau pendakap gigi digunakan untuk membetulkan kedudukan gigi dan masalah gigitan.

Walaupun rawatan ini dilakukan oleh pakar ortodontik, jangan terus menganggap kos pemasangan braces layak mendapat pelepasan cukai.

Ketetapan Umum LHDN tidak menyenaraikan braces secara khusus sebagai rawatan yang layak.

Jika rawatan mempunyai keperluan klinikal atau perubatan, dapatkan pengesahan LHDN berdasarkan keadaan sebenar rawatan sebelum membuat tuntutan.

Rawatan gigi apa yang boleh dituntut?

Antara rawatan pergigian yang termasuk dalam skop pelepasan cukai ialah:

  • Pemeriksaan pergigian.
  • Scaling dan pembersihan karang gigi.
  • Tampalan gigi.
  • Cabutan gigi.

Rawatan tersebut mestilah dilakukan oleh pengamal pergigian yang berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia (MDC) dan disokong dengan resit rasmi.

Boleh tuntut untuk isteri dan anak-anak?

Ya sudah tentu!

Di bawah perenggan 46(1)(g)(iv), Akta Cukai Pendapatan 1967, pembayar cukai layak menuntut pelepasan bagi perbelanjaan pemeriksaan dan rawatan pergigian untuk:

  • Diri sendiri.
  • Suami atau isteri.
  • Anak-anak.

Pelepasan yang dibenarkan adalah terhad kepada RM1,000 secara terkumpul, bukannya RM1,000 untuk setiap individu.

Contohnya:

Anda membelanjakan RM500 untuk scaling dan tampalan gigi sendiri, RM400 untuk rawatan gigi isteri dan RM300 untuk rawatan gigi anak.

Jumlah perbelanjaan ialah RM1,200.

Namun, jumlah maksimum yang boleh dituntut hanyalah RM1,000.

Bagaimana pula rawatan gigi untuk ibu bapa?

Ini lebih menarik.

Rawatan pergigian ibu bapa dan datuk nenek mempunyai kategori pelepasan cukai yang berbeza.

Di bawah perenggan 46(1)(c) Akta Cukai Pendapatan 1967, perbelanjaan rawatan perubatan dan pergigian ibu bapa serta datuk nenek boleh dituntut sehingga RM8,000 setahun. Ibu bapa atau datuk nenek hendaklah bermastautin di Malaysia.

Antara rawatan yang dinyatakan termasuk:

  • Cabutan gigi.
  • Tampalan gigi.
  • Scaling.
  • Gigi palsu.
  • Rawatan akar (root canal).
  • Rawatan menggantikan gigi.
  • Pembaikan gigi.

Had RM8,000 ini dikongsi dengan perbelanjaan perubatan lain yang layak untuk ibu bapa dan datuk nenek.

Jangan lupa simpan resit!

Sebelum meninggalkan klinik pergigian, pastikan anda mendapatkan resit rasmi yang menyatakan jenis rawatan yang dilakukan.

Pastikan juga maklumat klinik atau doktor gigi dapat dikenal pasti.

Simpan semua resit dan dokumen sokongan selama tujuh tahun kerana LHDN boleh meminta dokumen tersebut sekiranya tuntutan dipilih untuk semakan atau audit.

Satu lagi perkara penting: jika kos rawatan ditanggung sepenuhnya oleh majikan atau syarikat (klinik panel), jangan tuntut semula perbelanjaan yang sama sebagai pelepasan cukai individu.

Bila tarikh akhir untuk mendapatkan pelepasan cukai?

Perbelanjaan yang dibuat dari 1 Januari hingga 31 Disember 2026 akan diambil kira untuk Tahun Taksiran 2026.

Maksudnya, jika anda memang bercadang untuk membuat pemeriksaan atau rawatan gigi, jangan tangguh sehingga tahun hadapan.

Pergi buat pemeriksaan. Kalau ada karang gigi, buat scaling. Kalau ada gigi berlubang, buat tampalan sebelum masalah menjadi lebih serius.

Ajak sekali pasangan dan anak-anak. Jangan lupa periksa keadaan gigi ibu bapa juga.

Kesimpulannya, pelepasan cukai bukan alasan untuk berbelanja secara berlebihan. Tetapi kalau memang ada keperluan rawatan, manfaatkan pelepasan yang telah disediakan oleh kerajaan.

Jaga kesihatan gigi, jaga poket dan jangan biarkan pelepasan cukai yang layak dituntut begitu sahaja.

Sumber: Ketetapan Umum No. 7/2025, Pencukaian Individu Bermastautin Bahagian I – Hadiah atau Sumbangan dan Potongan yang Dibenarkan.