Lululemon, Syarikat Pakaian Yoga Memberi Saingan Sengit Kepada Nike & Adidas

Nama Lululemon mungkin sedikit asing bagi rakyat negara kita. Tapi tahukah anda, jenama pakaian ini merupakan syarikat yang memberi saingan yang hebat kepada gergasi pakaian sukan dunia yang lain seperti Under Armour, Nike dan Adidas.

Apakah yang menyebabkan syarikat ini begitu hebat sehingga mampu bersaing dengan syarikat gergasi dunia yang telah lama mendominasi pasaran dunia sukan?

Mari kita lihat bagaimana syarikat yang baru berusia dua dekad ini mampu mencabar dominasi syarikat yang telah lama menguasai pasaran sukan.

Kredit Gambar: CNBC

Syarikat ini diasaskan pada tahun 1998 oleh Chip Wilson di Vancouver, Kanada. Beliau merupakan seorang penjual peralatan sukan sebelum menubuhkan Lululemon ini pada tahun 1998.

Di antara faktor utama yang membawa kejayaan Lululemon adalah Chip Wilson mempunyai pengalaman yang luas di dalam perniagaan barangan sukan selama lebih 20 tahun. Dengan pengalaman beliau di dalam industri sukan, beliau benar-benar faham kehendak masyarakat dalam industri ini.

Ketika Chip Wilson memulakan perniagaan Lululemon, beliau hanya fokus menjual barangan yang berasaskan yoga. Dengan memberikan perhatian yang terperinci, syarikat ini secara langsung tidak bersaing dengan syarikat peralatan sukan yang besar seperti Nike, Adidas dan Puma dalam pasaran.

Sebaliknya ketiga-tiga gergasi ini menjual pelbagai jenis peralatan sukan dari baju sehinggalah ke kasut sukan.

Selain itu juga, Chip Wilson menjaga hak eksklusif barangan keluaran syarikatnya. Lululemon terkenal dengan menjual barangan yoga pada harga yang mahal kepada pelanggan mereka. Selain itu juga, Lululemon juga terkenal di dalam menjaga harga barangan keluaran mereka.

Tidak seperti Nike, Adidas dan Puma, Lululemon tidak pernah memberi potongan diskaun kepada pelanggan mereka. Berbeza dengan Adidas yang terpaksa memberi potongan sebanyak 40% untuk menghabiskan stok mereka.

Mereka turut menggunakan media sosial dengan optimum sebagai salah satu teknik pemasaran yang terbesar. Sama seperti Amazon, Lululemon menggunakan program loyaliti untuk menambat hati pelanggan mereka.

Kredit Gambar: Statista

Syarikat ini mula tersenarai di pasaran saham Amerika Syarikat pada tahun 2007 dan dengan keadah pemasaran yang betul, syarikat berkembang dengan baik – dan begitu juga harga saham syarikat. Kalau sebelum ini mereka khusus kepada pakaian yoga untuk wanita, kini mereka turut menjadikan golongan lelaki sebagai sasaran pelanggan.

Pada tahun lepas, saham syarikat telah meningkat sebanyak 80% disebabkan jualan online mereka yang berkembang pesat. Berbanding dengan Nike yang hanya mencapai pertumbuhan 25% dan Under Armour yang mencapai sebanyak 2%. Faktor utama perkembangan ini  adalah disebabkan syarikat mengawal pengeluaran (production) dan pengedaran (distribution) mereka.

Lululemon menjual pakaian mereka secara langsung kepada pelanggan tanpa melibatkan orang ketiga. Oleh kerana pakaian mereka dijual dengan harga yang sangat ekslusif tanpa melibatkan pihak ketiga, keuntungan yang diperolehi oleh syarikat adalah sangat lumayan.

Walaupun mereka berjaya dalam tempoh yang singkat berbanding dengan syarikat pakaian yang lain, Lululemon tidak terlepas dengan isu kontroversi yang melanda dan yang paling popular telah berlaku pada tahun 2013.

This image has an empty alt attribute; its file name is Lululemon-Syarikat-Pakaian-Yoga-Yang-Memberi-Saingan-Sengit-Kepada-Gergasi-Sukan3-700x350.gif
Kredit Gambar: Best Products

Mereka didakwa menjual produk yang tidak berkualiti di mana pakaian tersebut menjadi renggang apabila dipakai oleh pelanggan. Orang ramai tidak berpuas hati kerana telah membayar harga yang mahal untuk memilikinya. Chip Wilson mempertahankan syarikatnya dengan mendakwa tidak semua wanita sesuai untuk memakai pakaian yang dikeluarkan oleh syarikatnya itu.

Ketika musim pandemik yang melanda dunia pada tahun ini, Lululemon tidak mengalami sebarang masalah kerana telah mempunyai perniagaan online yang kukuh. Jualan syarikat terus meningkat disebabkan semakin ramai yang melakukan yoga ketika terpaksa bekerja dan duduk di rumah.

Pendapatan Lululemon meningkat 24% menjadi $3.3 bilion pada tahun 2018, kemudian naik 21% lagi menjadi $4 bilion pada tahun 2019.

Kini syarikat bernilai sebanyak $43 bilion dan jualan bagi pada suku tahun kedua tahun 2020 adalah sebanyak USD924 juta dan jualan online meningkat sebanyak 175%.

Saham Lululemon buat masa ini disaring sebagai saham patuh syariah oleh Islamicly.

Kini, kekayaan yang dimiliki oleh Chip Wilson adalah sebanyak USD3.9 bilion.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Google Tubuh Entiti Tempatan Di Malaysia: Implikasi Terhadap WHT di Malaysia

Google baru-baru ini memaklumkan kepada pelanggan di Malaysia bahawa syarikat itu sedang menubuhkan entiti tempatan, Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Langkah ini membawa perubahan kepada struktur transaksi Google Cloud Platform dan Google Workspace bagi pelanggan yang mempunyai alamat pengebilan di Malaysia dan membuat pembayaran dalam Ringgit Malaysia (MYR).

Sebelum ini, transaksi pelanggan Malaysia dibuat dengan Google Asia Pacific Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura.

Selepas migrasi, kontrak dan akaun pelanggan yang terlibat akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Perubahan ini bukan sekadar melibatkan syarikat teknologi, malah berpotensi memberi kesan kepada perniagaan dalam talian (online business) di Malaysia yang bergantung kepada perkhidmatan Google Cloud dan Google Workspace untuk menjalankan operasi harian.

Apa perubahan yang bakal berlaku?

Antara perubahan utama yang diumumkan:

1. Invois dikeluarkan oleh syarikat tempatan

Selepas migrasi, invois dan penyata bil akan dikeluarkan atas nama Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd., termasuk alamat dan nombor pengenalan cukai entiti tempatan.

2. SST 8% dikenakan

SST akan dipaparkan sebagai komponen berasingan dalam invois dan dikutip oleh Google Cloud Malaysia mengikut kadar yang dinyatakan dalam notis tersebut.

3. Kontrak dipindahkan kepada entiti Malaysia

Kontrak sedia ada dengan Google Asia Pacific akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia. Entiti tempatan ini akan mengambil alih kedudukan kontrak berkenaan.

Jadi, bagaimana pula dengan Withholding Tax (WHT)?

Ini bahagian yang menarik dari perspektif percukaian.

Sebelum ini, pembayaran pelanggan Malaysia kepada Google Asia Pacific Pte Ltd perlu dinilai dari sudut cukai pegangan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967).

Antara peruntukan yang relevan ialah Seksyen 109 berkaitan pembayaran royalti kepada bukan pemastautin.

Mengapa royalti?

Di bawah Seksyen 2 ACP 1967, definisi royalti merangkumi bayaran bagi penggunaan atau hak untuk menggunakan hak cipta, termasuk perisian (software).

Sebagai contoh, bayaran untuk mendapatkan hak penggunaan sesuatu aplikasi atau perisian oleh pelanggan sendiri berpotensi dikategorikan sebagai royalti dan tertakluk kepada WHT di bawah Seksyen 109.

Kadar domestik WHT bagi royalti ialah 10%, tertakluk kepada kadar atau layanan berbeza di bawah Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (DTA), jika berkenaan.

Apa implikasinya kepada Malaysia?

Perubahan struktur entiti syarikat teknologi antarabangsa seperti Google AKAN memberikan beberapa implikasi kepada landskap percukaian negara:

  1. Lebih banyak transaksi perkhidmatan digital boleh dilaksanakan melalui entiti tempatan.
  2. Kutipan SST dapat dilaksanakan melalui pembekal tempatan.
  3. Pelanggan Malaysia mungkin tidak lagi perlu membuat potongan WHT bagi pembayaran Google Cloud yang telah dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia, tertakluk kepada struktur kontrak dan penerima sebenar pendapatan.

Bila migrasi ini akan berkuatkuasa?

Google akan menghantar dua notifikasi berasingan kepada pelanggan:

  1. Sebelum migrasi – pemberitahuan awal sebelum akaun dan kontrak dipindahkan.
  2. Selepas migrasi – pengesahan bahawa perubahan telah berkuat kuasa.

Notifikasi akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan.

Kesimpulannya, penubuhan entiti tempatan oleh syarikat teknologi antarabangsa bukan sekadar perubahan alamat invois. Ia boleh mengubah kedudukan percukaian transaksi, termasuk kewajipan cukai pegangan di Malaysia.