Zakat Tak Buat Kerja? Ini 6 Proses Zakat Yang Kita Perlu Tahu

Sejak kebelakangan ini, banyak pihak yang sering mempertikaikan tentang proses pengagihan zakat. Tugas pengagihan zakat adalah satu amanah dan tidak boleh sesuka hati untuk diagihkan.

Terdapat beberapa proses urusan zakat yang perlu kita ketahui. Sebelum kita melabel pihak zakat tak buat kerja, ini proses zakat yang kita perlu ambil tahu.

1. Permohonan Zakat

Proses pertama dalam bantuan zakat adalah permohonan zakat. Bagi mana-mana individu yang rasa layak untuk mendapatkan zakat, mestilah memohon dengan mengisi borang yang disediakan di kaunter zakat di cawangan yang berhampiran tempat tinggal pemohon.

Dokumen yang diperlukan adalah kad pengenalan, pengesahan kewangan dan sebagainya. Pastikan dokumen sokongan adalah lengkap.

2. Semakan Dibuat

Selepas permohonan dibuat, pihak dari lembaga zakat akan membuat temuduga dengan pemohon. Segala maklumat yang dinyatakan oleh pemohon akan diteliti terlebih dahulu.

Setiap permohonan yang diterima oleh pihak lembaga zakat akan dimasukkan ke dalam sistem dan proses penyiasatan akan dibuat secara berperingkat.

3. Siasatan Dijalankan

Setelah semakan telah dibuat, maka pihak dari lembaga zakat akan melakukan siasatan. Siasatan dibuat untuk mengenalpasti keperluan sebenar pemohon bagi memastikan maklumat yang diberikan adalah benar.

Tinjauan ke lokasi pemohon juga akan dijalankan dan segala latar belakang pemohon akan disiasat.

4. Laporan Sokongan

Apabila selesainya siasatan, maka segala maklumat pemohon akan dinilai dan beberapa cadangan bantuan kepada pemohon akan diberikan.

Sekiranya pemohon bersetuju, maka laporan tersebut akan dibawa ke mesyuarat khas daripada pihak lembaga zakat. 

5. Kelulusan Diputuskan

Setelah laporan dibentangkan, maka kelayakan pemohon akan diputuskan pada mesyuarat Jawatan Kuasa Kecil Agihan Bantuan. Biasanya, mesyuarat ini akan dibentangkan pada setiap minggu untuk kelulusan dan pengesahan.

Apa yang penting, segala proses dilakukan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

6.  Status Permohonan Akan Dikeluarkan

Setelah permohonan pemohon diluluskan atau tidak, status kelayakan akan dimaklumkan menerusi surat atau medium komunikasi yang lain.

Kesimpulannya, proses zakat bukanlah senang seperti yang dijangka. Ia juga memerlukan penelitian khas bagi memastikan bantuan zakat tersebut diterima oleh mereka yang betul-betul layak.

Jadi, sekiranya ada di antara anda yang memohon zakat, jangan marah sekiranya permohonan anda masih belum diputuskan kerana ianya mengikut giliran pemohon.

Proses zakat memakan sedikit masa, oleh itu diharapkan kita semua bersabar.

Sumber Rujukan: UKM

Kredit Gambar: UKM
Previous ArticleNext Article

Wakaf: Cara ‘Pro’ Untuk Kurangkan Cukai Pendapatan

Bagi kebanyakan orang, musim e-Filing adalah musim kena keluarkan duit. Waktu inilah bermulanya episod memburu resit. Kita selongkar setiap laci dan emel, mencari segala resit buku, alatan sukan, SSPN, hinggalah ke caruman takaful semata-mata mahu memenuhkan setiap ruang pelepasan cukai yang ada. (situasi ini tidak lagi sesuai di zaman e-invois)

Persoalannya, adakah itu sahaja pelepasan cukai yang ada?

Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, membayar cukai adalah sumbangan kita untuk pembangunan negara. Namun, sebagai pembayar cukai yang bijak, kita pasti mahu memanfaatkan setiap insentif yang disediakan oleh kerajaan untuk mengoptimumkan aliran tunai kita.

Sebenarnya, kerajaan melalui Akta Cukai Pendapatan 1967 telah menyediakan satu instrumen yang sangat istimewa namun jarang dimanfaatkan sepenuhnya: iaitu Wakaf Tunai. Di bawah Subseksyen 44(11D), sumbangan wakaf bukan sekadar satu ibadah harta, malah ia adalah instrumen perancangan cukai (tax planning) yang sangat efektif.

1. Kenapa Wakaf Lebih “Padu” Daripada Pelepasan Cukai Biasa?

Kebanyakan pelepasan cukai (relief) ada had yang kecil (RM2,500 – RM3,000). Tapi Wakaf di bawah Subseksyen 44(11D) membolehkan anda menolak sehingga 10% daripada pendapatan agregat. Makin tinggi pendapatan, makin “berbisa” kesan potongan Wakaf ni berbanding pelepasan (relief) biasa yang ada had. Jika pendapatan setahun anda RM100,000, pelepasan gaya hidup tetap terhad pada RM2,500. Tetapi melalui Wakaf, anda boleh memotong sehingga RM10,000 terus daripada pendapatan anda.

  • Pelepasan biasa: Mengurangkan pendapatan selepas dikira untung (kesannya kecil).
  • Wakaf: Mengurangkan pendapatan agregat (kesannya besar!). Ia boleh merendahkan tax bracket anda ke tahap yang jauh lebih rendah.

2. Simulasi

Bila anda sedang mengisi e-Filing, cari bahagian bertajuk DERMA / HADIAH / SUMBANGAN.

Anda perlu cari ayat: “Hadiah wang dalam bentuk wakaf kepada pihak berkuasa agama / badan agama / universiti awam…”. Masukkan JUMLAH (RM) sumbangan wakaf yang sepanjang tahun tersebut (berdasarkan resit rasmi yang anda terima).

Katakan pendapatan tahunan anda adalah RM60,000.

Tanpa Wakaf (RM)Dengan Wakaf (RM)
Pendapatan Agregat60,00060,000
Sumbangan Wakaf0(6,000)
Baki Pendapatan Agregat60,00054,000
Tolak Pelepasan Diri/KWSP/Gaya Hidup(15,000)(15,000)
Pendapatan Bercukai (A)45,00039,000

Pengiraan Cukai

Sekarang kita kira cukai berdasarkan baki (A) tadi:

Kes 1: Tanpa Wakaf (RM45,000)

  • RM35,000 pertama = RM600
  • Baki RM10,000 seterusnya (x 6%) = RM600
  • JUMLAH CUKAI KENA BAYAR = RM1,200

Kes 2: Dengan Wakaf (RM39,000)

  • RM35,000 pertama = RM600
  • Baki RM4,000 seterusnya (x 6%) = RM240
  • JUMLAH CUKAI KENA BAYAR = RM840

Dengan berwakaf, cukai anda menjadi RM840 sahaja. Anda jimat RM360 dan pada masa yang sama, anda sudah ada RM6,000 pelaburan akhirat yang pahalanya mengalir sampai kiamat.

Kalau orang kata: “Aku bayar zakat pun dah cukup kot…”

“Betul bos, Zakat itu wajib. Dalam Islam, 2.5% daripada harta kita itu bukan milik kita. Ia adalah hak asnaf yang “menumpang” dalam harta kita. Jika kita tak bayar, kita seolah-olah “memegang” harta orang lain. Wakaf itu pula macam kita buat “simpanan tetap” (fixed deposit) yang bagi dividen pahala sampai kiamat. Kalau sedekah itu macam bagi orang ikan, wakaf itu macam kita buatkan kolam.

Kalau boleh buat dua-dua, kenapa nak pilih satu? LHDN bagi tolakan untuk kedua-duanya.

PerkaraSituasi A (Zakat Sahaja)Situasi B (Zakat + Wakaf)
Pendapatan AgregatRM100,000RM100,000
Sumbangan WakafRM0(RM10,000)
Baki Pendapatan AgregatRM100,000RM90,000
Tolak Pelepasan Individu(RM15,000)(RM15,000)
Pendapatan Boleh DicukaiRM85,000RM75,000
Cukai Kasar (Anggaran)RM8,200RM6,100
Tolak Rebat Zakat(RM2,500)(RM2,500)
Cukai Perlu BayarRM5,700RM3,600

Pengiraan ini adalah sekadar ilustrasi sahaja. Nilai sebenar bergantung kepada pelepasan individu dan kadar cukai semasa.

2. Cara Nak Berwakaf (Saluran Rasmi)

1. Portal Rasmi (Paling Senang)

Layari laman web Wakaf Wilayah Persekutuan (www.wakafwilayah.com.my).

  • Boleh pilih projek spesifik yang nak dibantu.
  • Bayar terus guna FPX (online banking).
  • Resit digital biasanya akan dihantar terus ke emel.

2. Kaunter Zakat & Wakaf MAIWP/PPZ

Geng bisnes yang suka urusan face-to-face boleh terus ke kaunter PPZ-MAIWP yang berdekatan.

  • Cakap sahaja: “Saya nak buat Wakaf Tunai untuk potongan cukai.”
  • Dapat resit fizikal on-the-spot.

Semua negeri di Malaysia mempunyai institusi Wakaf masing-masing di bawah Majlis Agama Islam Negeri dan peraturan Subseksyen 44(11D) ini terpakai di seluruh Malaysia, bukan di Wilayah Persekutuan sahaja. Maksudnya, kalau anda duduk di Selangor, Johor atau Pulau Pinang anda tetap boleh guna strategi ini melalui institusi wakaf negeri masing-masing.

  • Selangor: Perbadanan Wakaf Selangor (PWS)
  • Johor: Saham Wakaf Johor (Yayasan Wakaf Johor)
  • Pulau Pinang: Wakaf Pulau Pinang
  • Perak: Wakaf Perak Ar-Ridzuan (WPAR)
  • Kedah: Wakaf Kedah
  • Negeri Sembilan: Perbadanan Wakaf Negeri Sembilan
  • Melaka: Wakaf Melaka
  • Pahang: Wakaf Pahang
  • Kelantan: Wakaf Tunai MAIK
  • Terengganu: Wakaf MAIDAM
  • Sabah: Wakaf Sabah (MUIS)
  • Sarawak: Tabung Baitulmal Sarawak