7 Produk Pelik (Dan Gagal) Yang Dikeluarkan Jenama Terkenal

Kebanyakan jenama terkenal mempunyai produk mereka yang tersendiri yang dikenali ramai. Macam contoh bila kita teringat mi segera, kita sebut Maggi, bila teringat ubat gigi, kita sebut Colgate.

Namun, tahukah anda ada juga yang mengeluarkan produk yang pelik untuk mencuba sesuatu yang baru. Malangnya, ia tidak mendapat sambutan yang baik daripada para pelanggan.

Jom lihat apakah produk pelik yang dikeluarkan oleh jenama terkenal ini. Pasti ramai yang tak sangka produk-produk ini pernah dikeluarkan oleh mereka.

1. Kereta Levi’s

Kredit Gambar: Pinterest

Syarikat kereta AMC pada 1970-an telah memperkenalkan kereta baru dan memutuskan untuk bekerjasama dengan jenama Gremlin Levi’s bagi menghasilkan kereta Levi’s.

Kereta ini tidak hanya berwarna biru yang sama dengan seluar jeans Levi’s, tetapi tempat duduk kereta tersebut juga menggunakan bahan denim.

Walaupun kelihatan cantik, ia tidak menjanjikan keselesaan kepada para penggunanya.

2. Sunscreen KFC

Kredit Gambar: Hype Bae

Pada tahun 2016, KFC telah mengeluarkan Sunscreen Kentucky Fried Chicken SPF 30. Produk ini bukan sahaja dapat melindungi kulit anda dari sinaran matahari, malahan ia juga turut berbau ayam goreng KFC.

Ia adalah produk pelik! Daripada makanan, kini telah ada produk kosmetik tetapi berbau ayam KFC pula.

3. Lilin KFC

Kredit Gambar: The Vocket

KFC juga pernah menghasilkan lilin wangi dengan aroma ayam goreng mereka. Tetapi sayang, ianya hanya dijual di New Zealand sahaja dalam kuantiti yang terhad.

Apabila lilin dinyalakan, aroma bau ayam KFC akan dapat dibau. Jadi, boleh dikatakan bahawa ini juga antara produk pelik yang dikeluarkan oleh KFC.

4. Pakaian Keluaran McDonalds

Kredit Gambar: Sooper Boy

McDonalds juga tidak ketinggalan untuk mengeluarkan jenama barangannya sendiri. Jenama terkenal ini telah melancarkan tema burger Big Mac yang terdapat pada fesyen pakaian di Sweden.

Anda bukan sahaja boleh mendapatkan T-shirt yang dicetak dengan gambar burger Bic Mac, tetapi anda juga boleh membeli seluar, jaket hujan, cadar dan kasut yang memaparkan ilustrasi bercorak Big Mac.

Ia adalah salah satu produk pelik yang dikeluarkan oleh mereka.

5. Makanan Sejuk Beku Colgate

Kredit Gambar: Pinterest

Pada tahun 1982, Colgate adalah jenama yang paling terkenal di pasaran ubat gigi dan mereka mula memperkenalkan produk makanan sejuk beku. Ia merupakan kegagalan terbesar bagi Colgate kerana ramai yang takut untuk mencubanya. 

Mungkin kerana pelanggan membayangkan rasa ubat gigi tersebut ketika memakannya!

6. Minyak Wangi Zippo

Kredit Gambar: Carousell

Zippo sebenarnya merupakan jenama terkenal untuk produk ‘lighter’. Tetapi mereka kemudiannya mengeluarkan minyak wangi untuk kaum wanita. Walaupun baunya harum, rupa botolnya tidak memberikan keselesaan kepada pengguna kerana bentuknya sama persis dengan bentuk ‘lighter’ Zippo.

7. Ubat Gigi Pond’s

Kredit Gambar: LinkedIn

Jenama Pond’s ini telah mengeluarkan produk ubat gigi dan tidak ada yang berminat untuk membelinya kerana Pond’s dikatakan hanya sesuai dengan produk wangian.

Akhirnya, produk ubat gigi tersebut menjadi sebagai usaha yang tidak berjaya dan produk yang tidak mendapat sambutan oleh Pond’s.

Kesimpulannya, produk pelik yang disenaraikan di atas sememangnya tidak bersesuaian dengan imej mereka sebelum ini. Oleh itu, sebelum mengeluarkan sesuatu produk, pastikan ia relevan dengan imej yang telah diperkenalkan sebelum ini.

Sumber Rujukan: Teh Tarik Gelas Besar

Previous ArticleNext Article

Generali Malaysia Lancar Pelan Perlindungan Baharu untuk Keluarga Kurang Berkemampuan

Kuala Lumpur – Generali Malaysia, dengan kerjasama Amanah Raya Berhad (“AmanahRaya”), Pemegang Amanah Awam Tunggal di Malaysia, hari ini melancarkan Gen Sinar, pelan insurans kemalangan diri mampu milik yang direka untuk memperkasa keluarga kurang berkemampuan dengan perlindungan kewangan. Pelan ini bertujuan memastikan kesinambungan pendidikan anak-anak sekiranya penyara keluarga meninggal dunia atau mengalami hilang upaya kekal akibat kemalangan.

Majlis pelancaran yang dianjurkan oleh Generali Malaysia ini diadakan di Kompleks Komuniti Muhibbah dan dihadiri oleh AmanahRaya, wakil Kedutaan Itali di Malaysia, Persatuan Insurans Am Malaysia(PIAM), rakan UNDP, pertubuhan bukan kerajaan, pemimpin komuniti, ahli media dan masyarakat  tempatan

Gen Sinar dibangunkan berasaskan pemahaman terhadap cabaran dan aspirasi komuniti kurang berkemampuan yang sentiasa berusaha memastikan anak-anak mereka mendapat peluang pendidikan yang lebih baik. Walaupun keperluan asas harian terus menjadi keutamaan bagi kebanyakan keluarga, terutamanya keluarga dengan penyara tunggal, mereka juga memikirkan kestabilan kewangan jangka panjang dan situasi tidak dijangka yang boleh menjejaskan sumber pendapatan dan kesejahteraan keluarga

Di Malaysia, akses terhadap perlindungan kewangan yang mencukupi dan mampu milik bagi keluarga kurang berkemampuan masih terhad, sekali gus mewujudkan jurang perlindungan yang menyebabkan mereka lebih terdedah kepada risiko kewangan yang tidak dijangka. Menyedari cabaran ini, Gen Sinar diperkenalkan bagi membantu merapatkan jurang tersebut dengan menyokong kesinambungan pendidikan anak-anak dan memperkukuh daya tahan kewangan keluarga untuk masa hadapan.

“Gen Sinar bukan sekadar pelan insurans, malah satu inisiatif perlindungan sosial berteraskan matlamat yang dibangunkan berasaskan model bukan untung. Kami berkongsi aspirasi komuniti dan percaya bahawa pendidikan ialah kunci dalam memutuskan kitaran kemiskinan. Dengan menjadikan perlindungan lebih mudah diakses oleh keluarga yang kurang berkemampuan, kami berhasrat untuk memastikan anak-anak mereka dapat meneruskan pendidikan walaupun dalam keadaan yang sangat mencabar,” ujar Fabrice Benard, Ketua Pegawai Eksekutif Generali Insurance Malaysia Berhad.

Gen Sinar diwujudkan dengan matlamat untuk membantu melindungi masa hadapan kanak-kanak melalui sokongan pendidikan yang berterusan. Matlamat ini selaras dengan The Human Safety Net (THSN), sebuah gerakan global Generali yang komited untuk memperkasa komuniti rentan. Dengan bayaran serendah RM91.28 bagi tahun pertama dan RM59.40 bagi tahun-tahun berikutnya termasuk duti setem, kos penyerahan mutlak dan surat ikatan amanah serta cukai perkhidmatan 8%, Gen Sinar menyediakan sokongan kewangan yang praktikal bagi membantu keluarga yang berdepan situasi tidak dijangka. Sekiranya penyara keluarga meninggal dunia atau mengalami hilang upaya kekal akibat kemalangan, pelan ini menyediakan manfaat bayaran sekali gus sebanyak RM20,000 bagi membantu meringankan beban kewangan keluarga. Selain itu, setiap anak turut layak menerima elaun pendidikan bulanan sebanyak RM250 sehingga berumur 18 tahun, dengan jumlah manfaat keseluruhan sehingga RM100,000.       

Selain itu, Gen Sinar turut menawarkan manfaat rundingan teleperubatan percuma bagi isu kesihatan fizikal dan mental yang bertujuan membantu komuniti kurang berkemampuan mendapatkan akses awal kepada nasihat perubatan. Melalui kemudahan ini, peserta dan ahli keluarga mereka boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada pengamal perubatan yang berkelayakan menerusi panggilan telefon atau video. Kemudahan ini menyediakan sehingga dua sesi rundingan setahun dengan nilai manfaat sehingga RM60 bagi setiap sesi, sekali gus membantu memperluas akses kepada perkhidmatan kesihatan yang lebih mudah dan mampu milik.

Semua manfaat pendidikan di bawah Gen Sinar diuruskan oleh AmanahRaya selaku Pemegang Amanah. Inisatif ini mencerminkan kerjasama erat antara Generali dan AmanahRaya yang dibina berlandaskan aspirasi bersama untuk memperkukuh kesejahteraan komuniti dan masa hadapan anak-anak. Melalui kerjasama ini, kedua-dua pihak komited untuk memastikan dana yang diperuntukkan dilindungi, diurus secara telus dan dipegang secara amanah bagi tujuan pendidikan anak-anak.

“Kerjasama ini mencerminkan komitmen bersama bagi memastikan keluarga kurang berkemampuan tidak ketinggalan dalam mendapatkanperlindungan kewangan dansokongan pendidikan untuk anak-anak mereka. Sebagai Pemegang Amanah Awam Tunggal di Malaysia, AmanahRaya memikul tanggungjawab yang lebih luas, bukan sahaja dalam melindungi kepentingan benefisiari, malah turut menyumbang kepada kesejahteraan komuniti secara lebih menyeluruh. Melalui Gen Sinar, kami berharap dapat memberikan ketenangan fikiran kepada keluarga yang memerlukan, di samping memastikan dana yang diperuntukkan bagi pendidikan anak-anak dilindungi dan diurus dengan telus untuk manfaat masa hadapan  mereka,” ujar Jack Yap Ngee Heong, Pemangku Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Perniagaan dan Operasi Kumpulan Amanah Raya Berhad.

Untuk maklumat lanjut mengenai Gen Sinar, sila layari https://www.generali.com.my/travel-personal-accident/gen-sinar-bm