AEON Bank Dilancarkan Sebagai Bank Digital Islamik (Patuh Syariah) Pertama Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 26 Mei 2024 – AEON Bank (M) Berhad dengan berbesar hati mengumumkan
pelancarannya pada 26 Mei 2024, lantas merasmikannya sebagai bank digital Islamik pertama di
Malaysia. Majlis pelancaran tersebut telah berlangsung pada 26 Mei 2024 di Dewan AEON, AEON
Mall Shah Alam.

Pada masa ini, AEON Bank menawarkan perkhidmatan produk digital perbankan peribadi seperti
Akaun Simpanan-i (Savings Account-i) dan Savings Pot dengan ciri pengoptimuman yang boleh
diperibadikan, pengurusan bajet dan banyak lagi ciri-ciri menarik pada masa akan datang. Para
pelanggan yang mengaktifkan akaun mereka boleh terus mengakses Kad Debit-i AEON Bank x
Visa maya mereka dan juga memohon Kad Debit-i fizikal.

Kami berasa amat bersyukur diberikan kepercayaan untuk membangunkan bank digital Islam
sepenuhnya yang pertama Malaysia. Pelancaran AEON Bank pada hari ini merupakan
pencapaian yang sangat bermakna untuk Kumpulan AEON (AEON Group) di Malaysia, khususnya
selepas 40 tahun kewujudannya di negara ini. Matlamat kami ialah untuk menawarkan
penyelesaian perbankan digital patuh Syariah yang selamat, mudah dan inklusif kepada semua
rakyat Malaysia. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua para pelanggan di atas
sambutan positif yang amat menggalakkan setakat ini. Kini, kami berada dalam fasa awal
pelancaran dan akan terus memperkenalkan lebih banyak produk perbankan dan ciri aplikasi
untuk pelanggan perbankan peribadi. Dari semasa ke semasa, kami juga akan terus
memperkembangkan produk dan perkhidmatan kami kepada lebih ramai pelanggan termasuklah
bagi usahawan perniagaan mikro,” kata Raja Teh Maimunah, Ketua Pegawai Eksekutif AEON
Bank (M) Berhad.

Eksklusif sepanjang tempoh kempen pelancaran, para pelanggan AEON Bank yang mengaktifkan
akaun mereka layak menikmati bonus pendaftaran 3,000 mata ganjaran AEON dan tiga kali
ganda mata ganjaraan AEON menerusi transaksi yang menggunakan Kad Debit-i AEON Bank x
Visa, di samping kadar keuntungan 3.88% setiap tahun.

Selain itu, para pelanggan yang merupakan ahli Program Mata Ganjaran AEON dapat
memautkan keahlian mereka dengan aplikasi AEON Bank (M), justeru membolehkan mereka untuk
menikmati kelebihan dan ganjaran tambahan apabila membuat pembayaran di kedai dan rakan
perniagaan Kumpulan AEON, termasuk AEON Mall, AEON Supermarket, AEON Wellness, La
Boheme Bakery, AEON Fantasy dan banyak lagi, sekaligus memberi nilai tambah serta
kemudahan buat pelanggan melalui ekosistem AEON yang lebih luas dan menyeluruh. Mata
ganjaran AEON yang dikumpul kemudiannya boleh ditebus kepada nilai ganjaran tunai yang akan
dikreditkan ke dalam akaun AEON Bank (M) pelanggan tersebut.

Untuk kempen pelancaran yang berlangsung di Ruang Legar AEON Mall Shah Alam dari 23 Mei
2024 hingga 2 Jun 2024, AEON Bank menjangkakan lebih 10,000 Ahli AEON dan para pelanggan,
dengan keceriaan aktiviti-aktiviti seperti persembahan istimewa, aktiviti mesra keluarga yang
menyeronokkan, hadiah barangan eksklusif, serta diskaun makanan dan minuman oleh rakan
jenama yang mengambil bahagian. Kemeriahan ini akan diteruskan dengan jelajah jerayawara di
seluruh negara iaitu di Kelantan, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Perak,
Melaka dan Sarawak dari Jun hingga November 2024.

AEON Bank komited untuk menyediakan perkhidmatan kewangan yang boleh diakses oleh
semua, termasuk untuk komuniti yang termaginalisasi serta mereka yang sebelum ini sukar untuk
mendapat perkhidmatan perbankan. Ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk
memperkasakan rakyat Malaysia dalam mengejar aspirasi mereka dan mencapai
ketakbersandaran ekonomi, lantas memangkin masa hadapan kewangan yang lebih inklusif
untuk semua.

1. AEON Bank menawarkan perkhidmatan produk digital perbankan peribadi seperti Akaun Simpanan-i (Savings Account-i) dan Savings Pot, pengurusan bajet dan banyak lagi ciri-ciri menarik pada masa akan datang.

2. Para pelanggan yang mengaktifkan akaun boleh terus akses Kad Debit-i AEON Bank x Visa maya (virtual) dan boleh juga mohon Kad Debit-i fizikal.

3. Eksklusif sempena kempen pelancaran, pelanggan Aeon Bank yang mengaktifkan akaun akan layak menerima bonus pendaftaran sebanyak 3,000 mata AEON dan 3X mata AEON dengan transaksi menggunakan kad debit-i Aeon Bank x Visa, selain kadar keuntungan 3.88 peratus setahun.

4. Para pelanggan yang merupakan ahli Program Mata Ganjaran AEON sebelum ini, dapat memautkan keahlian mereka dengan aplikasi AEON Bank, membolehkan mereka untuk menikmati kelebihan dan ganjaran tambahan apabila membuat pembayaran.

5. Paling menarik, mata ganjaran AEON yang dikumpul kemudiannya boleh ditebus kepada nilai ganjaran tunai yang akan dikreditkan ke dalam akaun AEON Bank pelanggan.

6. AEON Bank dan AEON Credit adalah dua entiti yang berbeza.

Download aplikasi Aeon Bank di Google Play Bank atau App Store. Jangan lupa masukkan kod AB524688 untuk terima 1,000 AEON Points (bernilai RM5) percuma!

Previous ArticleNext Article

Monee Perkenal SFinancing-i Kepada Semua Pengguna Shopee Dengan Pembiayaan Digital Patuh Syariah

Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (Monee) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi SFinancing-i, iaitu penyelesaian pembiayaan digital patuh Syariah yang kini dibuka kepada semua pengguna Shopee* di Malaysia. Direka untuk memberikan lebih fleksibiliti kewangan, SFinancing-i membolehkan pengguna mengakses pembiayaan tunai segera dengan mudah terus melalui aplikasi Shopee.

Dengan pembiayaan sehingga RM20,000 dan tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan, SFinancing-i direka untuk membantu memenuhi keperluan kewangan peribadi pengguna melalui pengalaman yang mudah dan lancar secara digital. Pengguna yang diluluskan boleh mengeluarkan dana serta-merta ke akaun bank atau ShopeePay Wallet, tanpa perlu mengemukakan dokumen pendapatan atau membayar sebarang yuran pengaktifan.

Sempena pelancaran ini, pengguna yang mengaktifkan dan membuat permohonan pembiayaan pertama akan menikmati promosi istimewa kadar bulanan 1%* untuk tempoh bayaran balik sehingga 24 bulan.

Dikuasai oleh Monee Capital Malaysia dengan kerjasama Sedania As Salam Capital, serta disahkan oleh Masryef Advisory, SFinancing-i dibangunkan berasaskan prinsip Syariah Komoditi Murabahah (Tawarruq). Ia menawarkan penyelesaian pembiayaan yang telus dan mudah diakses, selaras dengan prinsip kewangan Islam.

Ciri-ciri utama SFinancing-i termasuk:

  • Pembiayaan sehingga RM20,000
  • Tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan
  • Pengeluaran tunai segera ke akaun bank atau ShopeePay Wallet
  • Kadar bulanan 1% untuk permohonan pembiayaan pertama
  • Proses permohonan 100% digital tanpa dokumen pendapatan
  • Tiada yuran pengaktifan

Pengguna yang layak boleh mengaktifkan SFinancing-i terus melalui tab “Saya” di aplikasi Shopee. Perkhidmatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.

Bagi pengguna yang memerlukan jumlah pembiayaan lebih tinggi, Monee turut menawarkan SFinancing-i Xtra, iaitu penyelesaian pembiayaan bertempoh yang menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada pengguna yang layak**, dengan kadar bulanan serendah 0.75%.

Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**SFinancing-i Xtra pada masa ini hanya tersedia untuk pengguna terpilih sahaja.