MAS Jalin Kerjasama Dengan Man Utd Sebagai Rakan Penerbangan Komersial Rasmi Kelab Itu

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) — Malaysia Airlines (MAS), dalam usaha penting untuk meningkatkan jangkauan global, memeterai perkongsian strategik berbilang tahun dengan kelab bola sepak Manchester United (Man Utd) sebagai Syarikat Penerbangan Komersial Rasmi untuk memanfaatkan komuniti besar kelab itu, melebihi 1.1 bilion peminat dan pengikut di seluruh dunia.

Pengarah Urusan kumpulan Malaysia Aviation Group (MAG) Datuk Kapten Izham Ismail berkata kerjasama ini menyatukan dua ikon global, iaitu Malaysia Airlines dan Man Utd, dan akan mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan dalam kalangan peminat dan pelanggannya.

“Berada seiring dengan kelab yang diiktiraf di peringkat global seperti United meletakkan Malaysia Airlines di hadapan audiens yang ramai di seluruh dunia, mendorong pengiktirafan jenama, terutama di Eropah dan Asia Tenggara yang mempunyai banyak peminat United,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sehubungan itu, Izham berkata MAS menunggu peluang yang mengujakan susulan kerjasama ini dan keceriaan yang akan diberikan kepada peminat bola sepak di seluruh dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif Alliances and Partnerships Manchester United, Victoria Timpson, yang turut berucap pada majlis itu berkata Manchester United telah menjalin hubungan baik dan sudah lama terjalin dengan Malaysia, dengan  sokongan yang penuh bersemangat dari seluruh negara.

“Kami mempunyai tiga kelab penyokong rasmi Malaysia, dengan cawangan di Kuala Lumpur mempunyai antara komuniti penyokong terbesar kelab itu, mencerminkan minat negara terhadap United,” katanya.

Beliau berkata kelab itu berbesar hati untuk menyambut baik kehadiran MAS dalam keluarga rakan kongsinya dan tidak sabar-sabar untuk berkongsi dengan peminat di seluruh dunia mengenai perkhidmatan syarikat penerbangan itu yang dipercayai, mesra dan suka menerima tetamu.

Mengulas selanjutnya, Izham berkata perkongsian ini berperanan sebagai pengupaya penting dalam mencapai aspirasi Perniagaan Jangka Panjang 2.0 MAG, membolehkan untuk meneroka kerjasama komersial melebihi had perkongsian syarikat penerbangan tradisional.

“Kerjasama strategik ini berperanan sebagai laluan untuk kami ke peringkat global, membolehkan kami meluaskan kehadiran kepada pelbagai audiens di seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata melalui perkongsian ini, MAG bersedia untuk memperluas layanan baik Malaysia yang amat terkenal kepada komuniti besar Man Utd yang melebihi 1.1 bilion peminat dan pengikut di seluruh dunia, termasuk 577 juta peminat di pasaran utama Malaysia Airlines.

— BERNAMA

Previous ArticleNext Article

Proton Bakal Lancar EV Kedua, e.MAS 5 Pada Suku Keempat 2025

SERDANG, 8 Mei (Bernama) — Proton New Energy Technology Sdn Bhd (Pro-Net), anak syarikat milik penuh Proton Holdings Bhd, bakal melancarkan model kenderaan elektrik (EV) terbarunya, e.MAS 5 pada suku keempat 2025.

Ketua Pegawai Penjenamaan Pro-Net Salawati Mohd Yusoff berkata EV terkini itu berbeza daripada model pertama mereka iaitu e.MAS 7, dari segi segmen kerana EV sebelumnya adalah kenderaan utiliti sukan kompak (C-SUV), manakala e.MAS 5 dikategorikan sebagai hatchback segmen B.

“Sehubungan itu, dari segi saiz, e.MAS 5 adalah jauh lebih kompak berbanding e.MAS 7… dan kami akan menawarkan lima pilihan warna yang berbeza untuk model ini.

“Dari segi harga, kami belum boleh mendedahkannya buat masa ini, tetapi secara amnya model-model e.MAS kami berharga melebihi RM100,000. Kami berharap untuk menetapkan harga EV terbaru ini dengan lebih baik dan mampu milik,” katanya kepada Bernama pada acara Malaysia Autoshow 2025 di sini hari ini.

Salawati berkata e.MAS 5 akan ditawarkan dalam dua varian — model Prime dengan jarak perjalanan sejauh 345 kilometer dan model Premium yang menawarkan jarak sehingga 410 kilometer.

Beliau berkata syarikat yakin EV terbaharu itu akan diterima baik di pasaran memandangkan sambutan yang menggalakkan terhadap model EV pertamanya.

Ini kerana rakyat Malaysia semakin menunjukkan minat dan keterbukaan untuk beralih kepada EV, katanya.

Setakat ini, sebanyak 2,700 unit e.MAS 7 telah terjual sejak pelancarannya pada Disember tahun lalu, katanya.

Malaysia Autoshow 2025 yang memasuki tahun ketiga penganjurannya, menampilkan 200 pempamer dan lebih 500 kenderaan.

— BERNAMA

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee