Nak Jual Kereta Yang Belum Habis Bayar?

Dalam fasa nak belajar urus kewangan, ada situasi yang anda mungkin kena atau terpaksa jual kereta anda. Tapi, apa nak buat kalau anda tidak habis bayar pinjaman kereta itu lagi? 

Jangan risau. Kami nak kongsikan langkah-langkah untuk jual kereta yang masih ada pinjaman bank. Jom kita mula!

1. Semak Harga Pasaran Kereta

Apapun yang anda lakukan, jangan terburu-buru jual kereta tanpa buat semakan tentang harga pasaran kereta. Ada dua cara yang boleh dilakukan untuk tahu harga pasaran kereta iaitu:
 

  • Semak dekat platform jual kereta terpakai

Anda boleh semak harga pasaran kereta anda mengikut model dekat syarikat yang beli kereta terpakai. Untuk semak dekat platform online, ada beberapa platform yang anda boleh cuba iaitu Carsome atau MyTukar.
 

  • Tanya kedai kereta terpakai

Selain tu, anda jugak boleh dapatkan quotation harga daripada kedai kereta terpakai. Untuk dapatkan tawaran yang terbaik, anda boleh survey harga dekat beberapa kedai kereta terpakai ini.

2. Semak Baki Hutang Pinjaman Kereta

Dah dapat harga pasaran bagi kereta, sekarang masanya untuk buat pengiraan sikit. Tak perlu pening-pening, anda hanya perlu gunakan Kalkulator Penyelesaian Pinjaman Kereta & Peribadi ini untuk dapatkan anggaran jumlah yang anda kena bayar.

Anda perlu dapatkan beberapa maklumat penting untuk dimasukkan dalam kalkulator ni. Semua maklumat ini anda boleh rujuk balik dekat bank yang anda buat pinjaman itu.

Tekan sini untuk kira.

Sumber imej: Loanstreet.com.my

Yang paling penting, pastikan anda semak berapa lagi baki yang perlu dibayar pada bank. Lepas itu, bandingkan pula dengan harga pasaran kereta anda.

Bila dah buat perbandingan, baru anda akan tahu sama ada anda akan dapat untung selepas jual kereta atau tidak. Kalau kena top up pinjaman dengan duit sendiri, anda kena sediakan siap-siap duit itu atau buatlah keputusan untuk teruskan niat nak jual kereta itu atau tidak.

3. Jual Pada Pihak Pembeli Yang Anda Pilih

Pastikan anda pilih pihak pembeli yang dipercayai. Untuk proses ini, anda akan berurusan dengan pihak pembeli kereta terpakai sama ada kedai kereta terpakai atau syarikat pembeli kereta terpakai seperti Carsome dan sebagainya.

4. Selesaikan Bayaran Pinjaman Kereta Di Bank

Setelah dapat duit hasil jual kereta, jangan pula lupa untuk selesaikan bayaran pinjaman kereta tadi dengan pihak bank.

Bagi syarikat besar yang membeli kereta terpakai seperti Carsome, anda hanya perlu jual kereta ini kepada mereka. Staf mereka yang akan uruskan bayaran ke pihak bank dan jugak buat e-Batal di JPJ bila anda dah jual kereta kepada pihak Carsome. Senang kan!

Kalau anda nak uruskan sendiri pinjaman kereta pun boleh. Anda pergi sahaja ke cawangan bank yang anda buat pinjaman dan cakap yang anda nak buat full settlement kereta. Kalau anda tiada lagi geran asal kereta, masa ini  biasanya pihak bank akan serahkan geran asal dan juga surat pelepasan.
 

5. Buat e-Batal Di JPJ

Sumber imej: Carsome

Pernah dengar e-Batal JPJ? Biasanya, anda akan dengar perkara ini bila kereta atau motor sudah habis dibayar. Secara mudahnya, anda kena batalkan hak milik pemberi pinjaman bila anda sudah habis bayar pinjaman kereta itu.

Proses ini penting, untuk mengesahkan bahawa anda adalah pemilik yang sah kenderaan ini. Jom tengok langkah mudah untuk anda lakukan e-Batal ini:
 

  1. Pastikan anda dah selesaikan bayaran pinjaman kereta. Kemudian, dapatkan surat pelepasan daripada pihak bank dan geran asal.
  2. Bawa dokumen ini ke mana-mana cawangan pihak JPJ. Beritahu mereka yang anda hendak buat pembatalan pada geran kereta yang sudah habis bayar.
  3. Bila proses sudah selesai, anda akan dapat cop pembatalan pada geran.

6. Claim Insurans Kereta Jika Ada

Yang ini, ramai orang tidak tahu dan terlepas pandang. Rugi sangat! Tahukah anda, sebenarnya anda boleh claim insurans kereta anda sekiranya belum tamat tempoh.

Sebagai contoh, insurans kereta anda tamat bulan Februari 2023, tapi anda dah jual kereta itu pada bulan Jun 2022. Tempoh yang berbaki ini masih boleh dapat refund.

Namun, kadar bayaran dan juga cara pengiraan bagi setiap syarikat insurans berbeza. Kena rujuk balik syarikat panel insurans anda.

Contoh surat refund insurans yang anda akan dapat:

Kami harap artikel ini boleh bantu anda jual kereta anda yang masih dalam pinjaman bank dengan cara yang betul dan mudah. Semoga berjaya!

Artikel ini adalah sumbangan loanstreet.com.my

Nak Tahu Anda Layak Dapat Pinjaman / Pembiayaan atau Tidak? Semak Laporan CCRIS Terlebih Dahulu. Pastikan Cantik!

Memiliki rekod CCRIS yang bersih sangat penting untuk kita semua. Kalau rekod CCRIS kita tak cantik, maka susahlah untuk kita mendapatkan apa sahaja pinjaman / pembiayaan daripada bank. Namun rekod CCRIS hanya sebuah laporan skor kredit, bukan rekod blacklist yang sering jadi salah faham dalam kalangan rakyat Malaysia.

Berapakah harga untuk Laporan CCRIS?

Anda boleh dapatkan di laporan CCRIS secara online di MyCreditInfo daripada EXPERIAN serendah RM 19.50 RM 15.60.

Dengan EXPERIAN My Credit Info (nama lama dia RAMCI), mereka ada produk bernama Personal Credit Report Plus (PCRP) yang boleh digunakan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai status kewangan anda.

Laporan ini mengandungi maklumat seperti CCRIS;

  • Kemudahan kredit anda dengan bank / institusi kewangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS), Bank Negara Malaysia.
  • Kemudahan kredit peribadi, secara bersama atau diperolehi oleh hak milik tunggal di mana anda adalah pemilik.
  • Nama bank atau institusi kewangan yang memberi kemudahan kredit/pinjaman, cawangan institusi kewangan di mana kemudahan kredit/pinjaman yang anda diperolehi.
  • Jumlah pinjaman/had kredit, baki tertunggak daripada kemudahan kredit anda dan tarikh terakhir untuk jumlah belum dijelaskan akan dilaporkan oleh bank / institusi kewangan.
  • Jenis cagaran atau jaminan yang dicagarkan untuk kemudahan kredit.
  • Pembayaran yang kerap untuk setiap kemudahan, seperti setiap bulan atau mingguan.
  • Permohonan kredit yang diluluskan selama 12 bulan terakhir dengan ahli CCRIS yang mengambil bahagian.
  • Pelbagai kemudahan kredit anda dipantau khas oleh bank atau institusi kewangan di bawah Akaun Perhatian Khas

Selain itu, ada juga maklumat SPGA (Skim Potongan Gaji ANGKASA – baki potongan & sejarah pembayaran), PTPTN, maklumat bukan berkaitan perbankan dan banyak lagi.

Maklumat yang TIDAK termasuk dalam laporan ini adalah:

  • Akaun Deposit atau Simpanan
  • Rekod pekerjaan
  • Status perkahwinan
  • Kesihatan
  • Rekod jenayah
  • Butiran gaji
  • Agama

Contoh Laporan Kredit:

Dapat gred (i-Score) 10 kira dah terbaik, bermaksud kurang risiko untuk pembiayaan tidak dibayar atau default. Agak-agak ada ke bank nak bagi pembiayaan kalau kita berisiko tinggi? Paling teruk sekali dapat skor 1 – 3 (WEAK), bank pasti akan terus tolak bulat-bulat je permohonan korang tu tanpa cakap banyak.

Maklumat yang digunakan bagi mengira skor kredit ini termasuk:

  • Pinjaman yang anda ada (kad kredit, pinjaman / pembiayaan perumahan, kereta, pinjaman peribadi, dan lain-lain.);
  • Sama ada anda membayar pinjaman / pembiayaan tepat pada masanya;
  • Jumlah hutang anda yang belum dijelaskan;
  • Sama ada anda telah secara aktif memohon kredit baru;
  • Sama ada anda mempunyai apa-apa tindakan undang-undang;
  • Usia akaun anda

Skrol bawah sikit akan ada bahagian Banking Credit Information. Dekat sini akan disenaraikan segala pinjaman / pembiayaan / kredit kad dan sejarah pembayaran.

Menarik bukan? Cepat check dan DOWNLOAD sekarang.

Previous ArticleNext Article

Applecrumby Kumpul Pembiayaan Berjumlah US$4.2 Juta

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) — Applecrumby dari Malaysia, yang merupakan jenama penjagaan bayi telah mengumpulkan pelaburan pertumbuhan sebanyak US$4.2 juta (US$1=RM4.7270) daripada firma modal teroka berbilang peringkat 500 Global.

Syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata pelaburan itu akan mempercepatkan pertumbuhan syarikat melalui produk penjagaan bayi yang berkualiti tinggi, selamat dan mampu milik.

Pembiayaan baharu itu akan membolehkan Applecrumby mengembangkan jejaknya di peringkat global, selain memperluaskan saluran pengedaran dan membangunkan produk baharu di bawah rangkaian PureBasics bagi memenuhi keperluan ibu bapa moden yang semakin berkembang.

“Kami percaya ibu bapa wajar mempunyai akses kepada produk penjagaan bayi yang berpatutan serta bebas toksin, tidak kira di mana pun. Applecrumby telah membawa ketenangan fikiran kepada ibu bapa sejak 2012, rangsangan modal baharu ini akan membolehkan syarikat meluaskan impak kami, memastikan lebih ramai keluarga dapat memberikan anak mereka permulaan hidup yang lebih sihat dan bahagia,” kata Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Applecrumby Sean Tan dalam satu kenyataan.

Produk Applecrumby kini boleh didapati di 11 buah negara. Ia merancang untuk berkembang ke 20 negara lagi menjelang akhir tahun ini melalui pengedar serantau.

Di Malaysia, jenama itu tersedia di hampir 2,000 lokasi runcit tahun ini bagi memberikan kemudahan yang lebih baik kepada ibu bapa.

— BERNAMA