Sewa Kereta Mewah Untuk Bergaya – Kos Cecah RM100,000 Sehari

Memang ramai yang sanggup berbelanja ribuan ringgit untuk menyewa kenderaan mewah. Ada yang ingin bergaya ketika Hari Raya atau semasa resepsi majlis perkahwinan. Ada juga yang ingin menghasilkan content di media sosial.

Apa sahaja alasan anda menyewa kereta mewah ini,apa yang penting amalkan pemanduan berhemah ketika berada di jalan raya.

Lagi satu, dah guna kereta mewah tu janganlah sapu minyak subsidi. Isilah RON97.

Antara barisan kenderaan mewah yang orang suka sewa termasuklah Bugatti, Ferrari, Porsche, Bentley, McLarens, Rolls-Royces, Ford Mustang, dan Lamborghini.

Kereta paling popular disewa oleh peniaga MLM adalah Ford Mustang yang berharga RM1,500 sehari.

Kereta McLaren pula boleh disewa dengan berharga RM5,000 sehari.

Manakala kereta Bentley pula boleh disewa dengan berharga RM6,000 sehari.

Minat kereta Ferrari? Kereta ini pula boleh disewa dengan harga RM5,000 sehari.

Sebut saja nama Lamborghini rasanya semua dah boleh bayang bentuk badannya yang cukup agresif lagi mengancam. Kereta ini pula boleh disewa dengan harga RM8,500 sehari.

Bugatti ‘memilih’ siapa yang layak untuk memiliki kereta ini. Orang b iasa-biasa memang tak boleh beli. Kalau dapat pegang stereng kereta mewah ini pun jadi lah, kan? Kereta ini pula boleh disewa dengan harga RM100,000 sehari!

Semua kereta mewah di atas belum tentu lagi boleh naik tetapi yang terakhir ini satu hari nanti mesti kena naik walaupun kita tak mahu. Dan dalam banyak-banyak kereta sewa di atas, sewa van jenazah juga untung sebab dengan RM150 dapat sekali dengan driver.

@majalahlabur Agak-agak kereta apa paling mahal nak sewa? #fyp #sabahmotorday #TikTokGuru #JomBelajar #LearnOnTikTok #majalahlabur ♬ original sound – Majalah Labur
Previous ArticleNext Article

Monee Perkenal SFinancing-i Kepada Semua Pengguna Shopee Dengan Pembiayaan Digital Patuh Syariah

Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (Monee) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi SFinancing-i, iaitu penyelesaian pembiayaan digital patuh Syariah yang kini dibuka kepada semua pengguna Shopee* di Malaysia. Direka untuk memberikan lebih fleksibiliti kewangan, SFinancing-i membolehkan pengguna mengakses pembiayaan tunai segera dengan mudah terus melalui aplikasi Shopee.

Dengan pembiayaan sehingga RM20,000 dan tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan, SFinancing-i direka untuk membantu memenuhi keperluan kewangan peribadi pengguna melalui pengalaman yang mudah dan lancar secara digital. Pengguna yang diluluskan boleh mengeluarkan dana serta-merta ke akaun bank atau ShopeePay Wallet, tanpa perlu mengemukakan dokumen pendapatan atau membayar sebarang yuran pengaktifan.

Sempena pelancaran ini, pengguna yang mengaktifkan dan membuat permohonan pembiayaan pertama akan menikmati promosi istimewa kadar bulanan 1%* untuk tempoh bayaran balik sehingga 24 bulan.

Dikuasai oleh Monee Capital Malaysia dengan kerjasama Sedania As Salam Capital, serta disahkan oleh Masryef Advisory, SFinancing-i dibangunkan berasaskan prinsip Syariah Komoditi Murabahah (Tawarruq). Ia menawarkan penyelesaian pembiayaan yang telus dan mudah diakses, selaras dengan prinsip kewangan Islam.

Ciri-ciri utama SFinancing-i termasuk:

  • Pembiayaan sehingga RM20,000
  • Tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan
  • Pengeluaran tunai segera ke akaun bank atau ShopeePay Wallet
  • Kadar bulanan 1% untuk permohonan pembiayaan pertama
  • Proses permohonan 100% digital tanpa dokumen pendapatan
  • Tiada yuran pengaktifan

Pengguna yang layak boleh mengaktifkan SFinancing-i terus melalui tab “Saya” di aplikasi Shopee. Perkhidmatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.

Bagi pengguna yang memerlukan jumlah pembiayaan lebih tinggi, Monee turut menawarkan SFinancing-i Xtra, iaitu penyelesaian pembiayaan bertempoh yang menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada pengguna yang layak**, dengan kadar bulanan serendah 0.75%.

Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**SFinancing-i Xtra pada masa ini hanya tersedia untuk pengguna terpilih sahaja.