
KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Dalam usaha memperluas ekosistem kenderaan elektrik (EV) di negara ini pemasangan lebih banyak stesen pengecas EV adalah satu aspek yang perlu diberikan tumpuan utama, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.
Tengku Zafrul berkata kerajaan menyasar untuk memasang 10,000 stesen pengecas EV menjelang 2025, dan pengecas super charger Tesla akan dapat menyumbang kepada sasaran tersebut.
“Tesla dikehendaki memasang sekurang-kurangnya 50 super charger menjelang tahun 2026, dan 30 peratus daripada super charger ini perlu terbuka untuk jenama EV yang lain.
“Ini bermakna, kesemua pemilik EV akan dapat manfaat. Ini adalah langkah yang baik dalam mempromosikan penggunaan EV secara menyeluruh,” katanya menerusi video yang dikongsi di laman Twitter beliau, hari ini.
Menurutnya, sebanyak lapan super charger Tesla yang laju dan cekap telah dipasang di pusat membeli belah Pavilion Kuala Lumpur.
“Selain Pavilion, terdapat sembilan lokasi lain di seluruh Malaysia yang turut mempunyai super charger. Di Lembah Klang, terdapat tiga lokasi iaitu di Bukit Jalil, Petaling Jaya, dan Dengkil manakala di luar Lembah Klang, ia terletak di Iskandar Puteri, Perai, Ipoh, dan Negeri Sembilan.
“Dengan 10 lokasi ini, dijangka 95 peratus daripada sasaran Tesla untuk pemasangan 50 super charger akan tercapai, kerana setiap lokasi akan dipasang empat hingga dua belas stesen pengecas,” katanya.
Tengku Zafrul juga berkata Tesla telah memberikan komitmen untuk meningkatkan bilangan super charger di seluruh Malaysia melebihi sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan.
“Ini adalah permulaan yang baik, dan diharapkan pengeluar lain akan turut serta untuk menambah bilangan pengecas dan super charger di seluruh negara.
“Menariknya, Tesla juga banyak menggunakan komponen tempatan dalam pembuatan kenderaan mereka. Dengan adanya pelaburan ini, pembekal tempatan di Malaysia akan terus berkembang, dan diharapkan lebih banyak peluang pekerjaan akan tercipta untuk rakyat Malaysia,” katanya.
— BERNAMA
Nak Trade Saham Global? Ini Cara Mudah Untuk Buka Akaun Dengan CGS-CIMB
Nak beli saham global seperti Facebook, Tesla, Microsoft, AMD tapi tak tahu nak guna broker apa?
Terdapat banyak broker luar negara yang menyediakan platform untuk membeli saham global. Namun, broker tempatan juga tidak kurang hebatnya kerana banyak broker tempatan turut mempunyai servis yang sama.
Antara broker tempatan yang menyediakan platform jual beli saham global dan patuh syariah adalah seperti CGS-CIMB, BIMB dan MIDF.
Nak buka akaun CGS-CIMB juga amat mudah. Percuma* dan semuanya secara online! Tak perlu keluar rumah dah boleh buka akaun pelaburan global.
Jom ikut langkah-langkah di bawah.

- Klik Buka Akaun CDS CGS-CIMB dan masukkan kod SP1M538 pada ruang Remisier Reference
- Muat naik fail kad pengenalan anda dalam format JPEG, JPG dan PNG sahaja
- Pada ruang Type of Broking > pilih Equities – Share Trading > iCash Trading > Cross Border
- Isi dengan lengkap semua maklumat yang diperlukan
- Setelah siap Register, semak emel untuk sahkan maklumat anda
- Siap! Permohonan anda akan diproses dalam masa 5-10 hari bekerja
- Setelah akaun anda berjaya dibuka, anda akan menerima emel dari pihak CGS-CIMB
Mudah bukan?
Kalau perlukan bantuan untuk buka akaun pelaburan boleh juga klik: https://t.me/+1Az11JVK4XAzZDdl
Jom mulakan langkah pertama anda untuk melabur dalam pasaran saham Wall Street!