KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) — Kerajaan tidak bercadang untuk merombak semula struktur duti dan cukai semasa ke atas kenderaan, kata Kementerian Kewangan (MOF).
Kementerian itu berkata secara dasarnya kenderaan bermotor diimport ke Malaysia tertakluk kepada pengenaan duti import, duti eksais dan cukai jualan mengikut kepada klasifikasi dan kadar duti/cukai yang telah ditetapkan dalam Perintah Duti Kastam 2022, Perintah Duti Eksais 2022 dan Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai) 2018 yang telah diwartakan.
“Pendekatan menurunkan kadar duti dan cukai semata-mata tidak dapat menjamin harga jualan kenderaan akan berkurangan sekiranya faktor lain seperti kos pengeluaran, komponen duti dan cukai serta kos pengedaran tidak alami penurunan,” katanya.
MOF berkata demikian dalam jawapan bertulis di Dewan Negara bagi menjawab pertanyaan Senator Datuk Abdul Halim Suleiman sama ada kerajaan bercadang mengurangkan duti import dan duti eksais motosikal.
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kini menawarkan kemudahan parkir percuma kepada warga emas yang layak, sebagai tanda penghargaan kepada penduduk yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan bandar raya ini.
Inisiatif yang dinamakan “Parkir Emas” ini merupakan salah satu usaha sempena sambutan ulang tahun ke-25 Shah Alam diisytihar sebagai bandar raya.
Menurut Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti MBSA, En. Shahrin Ahmad, program ini bertujuan meringankan beban kewangan warga emas serta mengiktiraf peranan mereka dalam pembangunan komuniti dan negara.
Syarat Kelayakan untuk Parkir Emas MBSA
Untuk memohon, pemohon perlu memenuhi kriteria berikut:
Warganegara berumur 60 tahun ke atas
Pembayar cukai taksiran MBSA
Tiada tunggakan cukai taksiran
Kenderaan didaftarkan atas nama yang sama
Hanya satu kenderaan bagi setiap rumah dibenarkan mendaftar
Kawasan Yang Dibenarkan & Syarat Tambahan
Kemudahan ini hanya sah untuk parkir jalanan di bawah seliaan MBSA
Tidak sah di kawasan parkir dua jam, parkir khas OKU atau tempat letak kereta yang diuruskan oleh pihak swasta
Tiada pelekat fizikal dikeluarkan – semua maklumat akan direkod dalam sistem MBSA
MBSA turut mengingatkan bahawa program ini bukan “pas percuma” untuk meletak kenderaan di luar kawasan yang dibenarkan, atau untuk digunakan oleh ahli keluarga seperti anak-anak pemohon. Penyalahgunaan boleh dikenakan saman.
Cara Memohon Parkir Emas MBSA
Untuk memohon anda perlu menyediakan dokumen seperti berikut:
Salinan Sijil Pemilikan Kenderaan (geran kereta)
Bil cukai taksiran terkini
Salinan lesen memandu
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di: https://tinyurl.com/mwycek7t atau hadir sendiri ke: Bahagian Pengurusan Hasil, Jabatan Kewangan, Aras 21, Wisma MBSA, Shah Alam.
Program “Parkir Emas” ini sah untuk dua tahun, dan boleh diperbaharui jika syarat terus dipenuhi.
Jom bantu ibu bapa atau datuk nenek kita daftar sekarang! Parkir percuma ini mungkin nampak kecil, tapi besar maknanya buat mereka yang sudah banyak berkorban untuk keluarga dan masyarakat.