Adakah Beli Rumah Secara Tunai Tindakan Yang Bijak?

Dalam pasaran hartanah yang sangat kompetitif, ramai pembeli semakin cenderung untuk membeli rumah secara tunai. 

Perasankah anda, trend ini semakin meningkat semenjak tahun 2022? Adakah beli rumah secara tunai itu satu tindakan yang bagus?

Biasanya, segelintir pembeli rumah akan memohon pembiayaan jangka masa pendek bagi membeli rumah secara tunai.

Bagi sesetengah masyarakat kita, ada yang beranggapan bahawa menggunakan kesemua wang tunai untuk membeli rumah memerlukan kita merancang pelan kewangan dengan lebih mantap. Ia adalah kerana pembelian rumah melibatkan sejumlah wang yang sangat besar. 

Bagi anda yang tertanya-tanya sama ada membeli rumah secara tunai adalah satu tindakan yang bagus atau tidak, sila baca artikel ini sampai habis.

Adakah Beli Rumah Secara Tunai Tindakan Yang Bagus?

Bagi menjawab persoalan tersebut, sebenarnya membeli rumah secara tunai mempunyai kelebihan dan kelemahannya tersendiri.

Kelebihan Membeli Rumah Secara Tunai

  • Dapat Rumah Cepat
  • Sebagai pembeli rumah secara tunai, anda mungkin akan mendapat layanan yang istimewa daripada pihak penjual rumah berbanding dengan pembeli rumah secara pembiayaan. Ini adalah kerana proses untuk pembeli rumah mendapat kelulusan pembiayaan perumahan adalah tidak begitu cepat dan pantas. Ia adalah satu proses yang memakan masa. Lain dengan pembelian rumah secara tunai, di mana proses jual beli tersebut lebih mudah.

    Contohnya, jika tiada sebarang isu pembelian secara tunai mungkin akan memakan masa anggaran selama 4 bulan. Ini anggaran jika pembelian secara tunai bagi leasehold.

    • Boleh Runding Harga

    Selain itu, anda juga akan memperolehi kelebihan untuk berunding dalam hal yang berkaitan dengan harga pembelian rumah tersebut. Harga rumah juga boleh menjadi lebih rendah tanpa kos tambahan seperti yuran guaman dan kos lain dalam pembiayaan seperti kebiasaan.

    Cuma masih ada beberapa kos lain untuk Perjanjian Jual Beli (SPA) apabila anda beli secara tunai.

    • Bebas Hutang

    Yang paling bagus adalah anda juga akan memiliki rumah anda secara langsung dan bebas daripada hutang. Terus dapat miliki geran dan tiada sebarang pembiayaan perlu dibayar setiap bulan.

    • Pulangan Pelaburan

    Bagi anda yang ingin menceburi bidang pelaburan hartanah, membeli rumah secara tunai sememangnya diperlukan bagi menjana keuntungan yang lebih besar untuk jangka masa yang panjang. Dengan strategi yang mantap, beli rumah secara tunai akan memastikan pulangan yang berganda dalam pelaburan hartanah.

    Kelemahan Membeli Rumah Secara Tunai

    • Pengeluaran Terhad

    Membeli rumah secara tunai akan mengehadkan pengeluaran kewangan anda kelak. Selain itu, membeli rumah secara tunai akan memberikan masalah yang besar kepada anda sekiranya anda tidak mempunyai kewangan yang lain. Ia akan menjadikan anda tidak mempunyai simpanan kewangan yang kukuh sekiranya tidak merancang kewangan sebelum membeli rumah secara tunai.

    • Masalah Tidak Dijangka

    Selain itu, jika terdapat masalah yang tidak dijangka dan misalnya anda perlu menjual rumah tersebut, ia pasti akan mengambil masa yang lama. Untuk menjual rumah dengan pantas, mungkin harganya terpaksa diturunkan daripada harga asal malah akan mengakibatkan kerugian kepada anda.

    Jadi, boleh dikatakan terikat pada satu aset dengan kewangan yang tidak mantap akan menjadi kelemahan terbesar dalam membeli rumah secara tunai.

    • Tetap Ada Kos Tambahan

    Perlu diingatkan juga, membeli rumah secara tunai juga tidak akan lari daripada kos tambahan yang dikenakan. Anda juga masih perlu membayar cukai tanah, insurans pemilik rumah atau yuran persatuan pemilik rumah.

    Ini juga antara kelemahan membeli rumah secara tunai sekiranya anda tidak mempunyai baki wang yang mencukupi untuk membiayai perbelanjaan kos tambahan tersebut.

    Akhir Kata,

    Kesimpulannya, membeli rumah secara tunai mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri serta memerlukan anda untuk membuat kajian yang lebih mendalam. Perlu dititik beratkan juga bahawa kewangan yang sangat kukuh dan stabil amat penting sebelum membuat keputusan dalam pembelian rumah secara tunai. 

    Namun, pembelian rumah secara tunai akan memberikan kesan yang buruk sekiranya anda tidak merancang strategi kewangan yang mantap sebelum membeli rumah secara tunai.

    Rujukan

    1. Bungalow.com
    2. PropertyGuru

    Nak Tahu Anda Layak Dapat Pinjaman / Pembiayaan atau Tidak? Semak Laporan CCRIS Terlebih Dahulu. Pastikan Cantik!

    Memiliki rekod CCRIS yang bersih sangat penting untuk kita semua. Kalau rekod CCRIS kita tak cantik, maka susahlah untuk kita mendapatkan apa sahaja pinjaman / pembiayaan daripada bank. Namun rekod CCRIS hanya sebuah laporan skor kredit, bukan rekod blacklist yang sering jadi salah faham dalam kalangan rakyat Malaysia.

    Berapakah harga untuk Laporan CCRIS?

    Anda boleh dapatkan di laporan CCRIS secara online di MyCreditInfo daripada EXPERIAN serendah RM 19.50 RM 15.60.

    Dengan EXPERIAN My Credit Info (nama lama dia RAMCI), mereka ada produk bernama Personal Credit Report Plus (PCRP) yang boleh digunakan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai status kewangan anda.

    Laporan ini mengandungi maklumat seperti CCRIS;

    • Kemudahan kredit anda dengan bank / institusi kewangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS), Bank Negara Malaysia.
    • Kemudahan kredit peribadi, secara bersama atau diperolehi oleh hak milik tunggal di mana anda adalah pemilik.
    • Nama bank atau institusi kewangan yang memberi kemudahan kredit/pinjaman, cawangan institusi kewangan di mana kemudahan kredit/pinjaman yang anda diperolehi.
    • Jumlah pinjaman/had kredit, baki tertunggak daripada kemudahan kredit anda dan tarikh terakhir untuk jumlah belum dijelaskan akan dilaporkan oleh bank / institusi kewangan.
    • Jenis cagaran atau jaminan yang dicagarkan untuk kemudahan kredit.
    • Pembayaran yang kerap untuk setiap kemudahan, seperti setiap bulan atau mingguan.
    • Permohonan kredit yang diluluskan selama 12 bulan terakhir dengan ahli CCRIS yang mengambil bahagian.
    • Pelbagai kemudahan kredit anda dipantau khas oleh bank atau institusi kewangan di bawah Akaun Perhatian Khas

    Selain itu, ada juga maklumat SPGA (Skim Potongan Gaji ANGKASA – baki potongan & sejarah pembayaran), PTPTN, maklumat bukan berkaitan perbankan dan banyak lagi.

    Maklumat yang TIDAK termasuk dalam laporan ini adalah:

    • Akaun Deposit atau Simpanan
    • Rekod pekerjaan
    • Status perkahwinan
    • Kesihatan
    • Rekod jenayah
    • Butiran gaji
    • Agama

    Contoh Laporan Kredit:

    Dapat gred (i-Score) 10 kira dah terbaik, bermaksud kurang risiko untuk pembiayaan tidak dibayar atau default. Agak-agak ada ke bank nak bagi pembiayaan kalau kita berisiko tinggi? Paling teruk sekali dapat skor 1 – 3 (WEAK), bank pasti akan terus tolak bulat-bulat je permohonan korang tu tanpa cakap banyak.

    Maklumat yang digunakan bagi mengira skor kredit ini termasuk:

    • Pinjaman yang anda ada (kad kredit, pinjaman / pembiayaan perumahan, kereta, pinjaman peribadi, dan lain-lain.);
    • Sama ada anda membayar pinjaman / pembiayaan tepat pada masanya;
    • Jumlah hutang anda yang belum dijelaskan;
    • Sama ada anda telah secara aktif memohon kredit baru;
    • Sama ada anda mempunyai apa-apa tindakan undang-undang;
    • Usia akaun anda

    Skrol bawah sikit akan ada bahagian Banking Credit Information. Dekat sini akan disenaraikan segala pinjaman / pembiayaan / kredit kad dan sejarah pembayaran.

    Menarik bukan? Cepat check dan DOWNLOAD sekarang.

    Previous ArticleNext Article

    Dilema mahu membeli atau menyewa rumah

    Memiliki rumah sejak sekian lama dianggap sebagai simbol kestabilan dan kejayaan hidup bagi rakyat Malaysia.

    Tidak hairanlah ramai golongan muda merasakan mereka perlu membeli rumah secepat mungkin yang memaksa mereka menanggung komitmen pinjaman perumahan selama 30 hingga 40 tahun.

    Namun, dalam cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat, harga rumah yang terus berada di luar kemampuan sebahagian besar pembeli muda serta corak pekerjaan yang semakin dinamik, tiba masanya kita menilai semula maksud sebenar ‘seseorang itu ada rumah’.

    Pada asasnya, rumah adalah tempat berteduh dan menyediakan keperluan asas untuk kediaman. Yang mustahak adalah ‘jaminan tempat kediaman dan kepentingan untuk mendiami’ yang lazimnya adalah melalui pemilikan tetapi boleh juga melalui penyewaan.

    Bagi ramai golongan muda, terutamanya di peringkat awal kehidupan, menyewa boleh menjadi pilihan yang lebih praktikal dan fleksibel.

    Ia membolehkan mereka mampu untuk menetap berhampiran tempat kerja, mengurus kewangan dengan lebih baik dan mengelakkan beban hutang jangka panjang sebelum benar-benar bersedia untuk membeli rumah sendiri.

    Perubahan cara berfikir ini secara perlahan-lahan membuka ruang kepada perkembangan pasaran sewaan di Malaysia, termasuk kemunculan konsep ‘co-living’ atau kediaman bersama di dalam sebuah komuniti transit, serta juga konsep Rent-to-Own (RTO) atau Sewa-untuk-Beli.

    Walaupun segmen ini masih kecil berbanding pasaran sewaan konvensional, ia semakin mendapat perhatian khususnya dalam kalangan generasi muda.

    Konsep ‘co-living’ menawarkan bilik atau unit yang lengkap dengan perabot, tempoh sewaan yang lebih fleksibel serta kemudahan bersama yang diuruskan secara profesional.

    Ia juga mengurangkan kos kemasukan (barrier of entry) kerana penyewa tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan besar untuk membeli perabot atau menanggung pelbagai kos utiliti secara berasingan.

    Bagi golongan belia dan profesional muda, pekerja kontrak serta mereka yang sering berpindah lokasi pekerjaan, ‘co-living’ menyediakan pilihan perumahan yang lebih mudah dan praktikal tanpa perlu membuat komitmen membeli rumah ketika pendapatan mereka, khususnya pendapatan boleh guna mereka masih sedang dibina dan deperkukuhi.

    Namun begitu, terdapat beberapa cabaran yang perlu diatasi sekiranya pasaran sewaan ingin berkembang menjadi satu cabang penting dalam ekosistem perumahan negara.

    Cabaran pertama ialah persepsi masyarakat. Budaya pemilikan rumah masih sangat kuat dan menyewa sering dianggap sebagai pilihan sementara atau petanda seseorang mencapai kestabilan kewangan.

    Persepsi ini ada benarnya, tetapi ia juga mewujudkan tekanan sosial yang menyebabkan ramai membeli rumah lebih awal daripada kemampuan sebenar mereka ataupun menyebabkan kerakusan pasaran yang sehingga mengakibatkan tekanan mental dan emosi.

    Hakikatnya, keperluan perumahan setiap individu berbeza mengikut peringkat kehidupan. Ada yang memerlukan fleksibiliti untuk berpindah mengikut kerjaya, manakala ada yang lebih selesa menangguhkan pembelian rumah sehingga kedudukan kewangan mereka lebih kukuh.

    Oleh itu, menyewa tidak sepatutnya sewenang-wenangnya dilihat sebagai pilihan yang kurang baik sehingga dilihat sebagai stigma berbanding pemilikan rumah.

    Cabaran kedua ialah pasaran sewaan negara yang masih belum matang dan terpasung. Sebahagian besar pasaran masih dikuasai oleh pemilik individu dengan standard pengurusan, syarat penyewaan dan kualiti penyelenggaraan yang berbeza-beza.

    Keadaan ini menyebabkan pengalaman menyewa tidak seragam dan kadangkala menimbulkan ketidakpastian kepada penyewa dan juga pemilik rumah.

    Cabaran ketiga pula ialah kekurangan rangka kerja perundangan yang menyeluruh untuk mengawal selia sektor sewaan kediaman.

    Pelaksanaan dan penggubalan sebuah akta, seperti Akta Penyewaan Kediaman (RTA) yang satu ketika dahulu diusulkan tetapi tertangguh, perlu disegerakan bagi mewujudkan pasaran sewaan yang lebih teratur dan telus.

    Sebuah akta yang khusus untuk regulasi pasaran penyewaan sektor kediaman ini berpotensi untuk menyediakan perlindungan yang lebih jelas kepada penyewa dan juga pemilik, memperkukuhkan mekanisme penyelesaian pertikaian serta meningkatkan keyakinan pelabur dan pengendali profesional dalam sektor perumahan sewaan.

    Bagi akta sedemikian, keutamaan harus diberikan kepada pendekatan yang mesra penyewa, mesra pemilik dan mesra pelabur yang mengimbangi secara saksama kepentingan-kepentingan setiap pemegangtaruh untuk melahirkan satu persekitaran pasaran yang menang-menang.

    Tumpuan juga harus diberikan untuk memperhalusi dan mengukuhkan konsep RTO atau Sewa-untuk-Beli sebagai salah satu langkah penyelesaian menang-menang.

    Dalam jangka panjang, pembangunan pasaran sewaan yang lebih tersusun akan memberikan lebih banyak pilihan kepada rakyat.

    Persediaan dan ketersediaan bakal pembeli rumah adalah berbeza-beza di dalam persekitaran yang mencabar dewasa ini di samping tekanan sosial berkenaan kemampuan dan pemilikan rumah idaman.

    Walaupun apapun keadaannya, yang pasti adalah setiap individu dan isi rumah seharusnya mempunyai akses dan jaminan tempat kediaman yang selesa, mempunyai akses kepada kemudahan, selamat dan mampu dibayar mengikut keperluan serta kedudukan kewangan masing-masing.

    Dalam hal ini, memperkukuhkan pasaran sewaan melalui konsep seperti RTO dan ‘co-living’ serta pemerkasaan rangka kerja perundangan berpotensi untuk melengkapkan ekosistem perumahan negara dengan menyediakan pilihan yang lebih pelbagai dan inklusif untuk rakyat Malaysia.

    Penulis ialah Pengarah Kanan, Penyelidikan Hartanah Rahim & Co Chestertons

    — Berita Harian