PropertyGuru Malaysia Melancarkan Lencana PropertyGuru Verified Untuk Memperkukuh Keselamatan Pasaran Hartanah

Kuala Lumpur, 20 Ogos 2025 – PropertyGuru Malaysia, pasaran hartanah terkemuka negara melancarkan Lencana PropertyGuru Verified. Ciri baharu ini menyediakan lapisan jaminan tambahan kepada pencari hartanah dengan membantu mereka mengenal pasti ejen yang identiti dan kelayakan profesional hartanah telah disahkan melalui proses pengesahan yang dipertingkatkan oleh PropertyGuru.

Menurut Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta Tanah (LPPEH), individu yang tidak berlesen telah menipu lebih daripada 1,500 mangsa, mengakibatkan kerugian hampir RM60 juta antara tahun 2019 hingga 2023[1]. Selain itu, ramai rakyat Malaysia masih kurang jelas tentang cara mengesahkan kelayakan profesional hartanah. Lencana Verified ini menangani jurang tersebut dengan memudahkan pengguna mengenal pasti profesional hartanah yang berlesen serta dipercayai terus di platform PropertyGuru.

Lencana PropertyGuru Verified ini dianugerahkan untuk didaftar dibawah Perunding Hartanah Berdaftar (REN), Ejen Harta Tanah (REA), dan Ejen Harta Tanah Percubaan (PEA) dengan lesen aktif melalui LPPEH yang telah melengkapkan proses pengesahan selamat yang dijalankan oleh PropertyGuru. Proses ini melibatkan pengesahan identiti ejen melalui eKYC, pengesahan butiran lesen profesional, pengesahan maklumat hubungan berdaftar, dan pengakuan terhadap terma Lencana Verified. Setelah selesai, Lencana PropertyGuru Verified akan dipaparkan pada profil ejen atau perunding, penyenaraian hartanah, dan hasil carian akan memudahkan pencari hartanah berurusan dengan profesional yang sah.

Kenneth Soh, Pengurus Negara – Malaysia, PropertyGuru & iProperty, berkata: “Membeli atau menyewa rumah adalah salah satu komitmen kewangan terbesar yang akan dibuat seseorang, dan keputusan itu mesti bermula dengan kepercayaan. Walaupun urus niaga hartanah berlaku di luar platform kami, Kami menetapkan piawaian keselamatan yang lebih tinggi dengan memperkenalkan Lencana PropertyGuru Verified. Ia memberi pencari hartanah cara jelas untuk mengenal pasti ejen dan perunding berlesen, serta mengiktiraf profesional yang mengekalkan tahap ketelusan tertinggi. Ini lebih daripada sekadar menghubungkan orang dengan hartanah – ia adalah antara usaha kami melindungi pengguna daripada penipuan dan memperkukuh keyakinan terhadap seluruh industri.”

Bagi pencari hartanah, lencana ini menawarkan isyarat visual yang pantas dan boleh dipercayai bahawa ejen yang mereka berurusan telah menjalani tahap pengesahan tambahan oleh PropertyGuru. Bagi profesional hartanah berlesen, status Verified dalam hasil carian dapat meningkatkan kredibiliti dengan bakal pelanggan, dan mengukuhkan penjenamaan peribadi. Ejen dan perunding yang Verified juga mendapat manfaat daripada kepercayaan lebih tinggi daripada pengguna dan peningkatan keterlihatan melalui penapis carian khusus untuk status Verified.

Inisiatif Lencana Verified ini dilancarkan dengan kehadiran pihak berkepentingan utama termasuk dan Polis Diraja Malaysia, Institut Ejen Harta Tanah Malaysia (MIEA), dan Persatuan Institut Ejen Dan Konsultan Hartanah Malaysia (IMPAC). Penglibatan mereka menyerlahkan kepentingan kerjasama industri dalam memerangi penipuan, meningkatkan kesedaran awam, dan melindungi integriti pasaran hartanah Malaysia.

YDH SAC Mohd Razali bin Mohd Idrus, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah KL (PDRM), berkata: “Penipuan melibatkan penyamaran dan ejen tidak berlesen semakin meningkat, dan kesedaran awam adalah kunci pencegahan. Kami melihat ciri Lencana PropertyGuru Verified ini sebagai langkah tepat pada masanya dan penting untuk memperkasakan pengguna, membendung aktiviti penipuan, serta usaha kami yang berterusan dalam melindungi orang awam.”

Kelvin Yip, Presiden Institut Ejen Harta Tanah Malaysia (MIEA), berkata: “Sebagai ejen hartanah profesional, reputasi kami bergantung pada kepercayaan. Lencana Verified ini dapat memberi ejen cara yang jelas untuk menyerlah, meraih keyakinan pelanggan, dan mengekalkan kredibiliti industri hartanah. Kami menyokong sepenuhnya inisiatif ini kerana dapat meningkatkan tahap profesionalisme dan melindungi orang awam daripada aktiviti penipuan.”

Lencana PropertyGuru Verified ini adalah langkah proaktif dalam mengembalikan keyakinan terhadap ekosistem hartanah Malaysia. Sebagai platform pilihan berjuta-juta pencari rumah, PropertyGuru menetapkan piawaian baharu di peringkat nasional yang memastikan setiap perjalanan hartanah bermula dengan keselamatan, ketelusan, dan profesional yang disahkan.

Untuk maklumat lanjut tentang Lencana PropertyGuru Verified, layari www.propertyguru.com.my atau tonton video pelancaran di sini. 

Previous ArticleNext Article

LPPSA Kedua: Boleh Mohon Walaupun Pembiayaan Pertama Belum Habis, Ini Syarat & Kelayakannya

Ada pembiayaan LPPSA pertama yang masih berjalan tetapi sudah terfikir nak beli rumah kedua?

Mulai 4 Oktober 2026, penjawat awam yang layak boleh memohon Pembiayaan Kedua LPPSA tanpa perlu menyelesaikan sepenuhnya Pembiayaan Pertama.

Pada masa yang sama, LPPSA turut menaikkan had kelayakan maksimum pembiayaan perumahan sehingga RM1 juta.

Namun, ini bukan bermaksud semua penjawat awam automatik boleh meminjam RM1 juta. Jumlah sebenar masih bergantung kepada pendapatan bersih, kelayakan pemohon, baki kelayakan pembiayaan serta syarat LPPSA yang berkuat kuasa.

Apa perubahan LPPSA 2026?

Menurut notis rasmi LPPSA bertarikh 25 September 2026, dua perubahan utama mula berkuat kuasa pada 4 Oktober 2026:

Pertama, had kelayakan maksimum pembiayaan perumahan LPPSA dinaikkan sehingga RM1 juta.

Kedua, pemohon boleh membuat permohonan Pembiayaan Kedua tanpa menyelesaikan Pembiayaan Pertama, tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan dan syarat yang ditetapkan.

Ini memberi lebih banyak fleksibiliti kepada penjawat awam yang masih mempunyai pembiayaan pertama tetapi mahu menggunakan baki kelayakan mereka untuk pembiayaan kedua.

Had pembiayaan LPPSA sehingga RM1 juta

LPPSA menetapkan jadual had kelayakan berdasarkan pendapatan bersih.

Pendapatan BersihHad Kelayakan Maksimum
Lebih RM10,000RM1,000,000
RM10,000RM950,000
RM9,500RM930,000
RM9,000RM900,000
RM8,500RM880,000
RM8,000RM850,000
RM7,500RM830,000
RM7,000RM800,000
RM6,500RM780,000
RM6,000RM730,000
RM5,500RM670,000
RM5,000RM610,000
RM4,500RM550,000
RM4,000RM480,000
RM3,500RM430,000
RM3,000RM350,000
Sehingga RM2,500RM280,000

Jadual ini adalah berdasarkan FAQ rasmi LPPSA mengenai penambahbaikan 2026.

Nota penting: Had maksimum ini bukan bermaksud pemohon pasti menerima jumlah tersebut. Amaun yang diluluskan masih bergantung kepada kelayakan pemohon dan syarat pembiayaan yang berkuat kuasa.

Siapa yang layak menikmati had baharu?

LPPSA menyatakan jadual kelayakan baharu ini terpakai kepada kakitangan sektor awam yang layak memohon pembiayaan perumahan LPPSA, tertakluk kepada syarat dan kelayakan semasa.

Bagaimanapun, terdapat kumpulan tertentu yang tidak menggunakan jadual ini, antaranya:

  • Anggota Pentadbiran Persekutuan;
  • Anggota Pentadbiran Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri; dan
  • Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.

Golongan tersebut tertakluk kepada peruntukan atau keputusan berkaitan yang berasingan.

Apa maksud “Pembiayaan Kedua” sekarang?

Ini bahagian yang paling menarik.

Sebelum penambahbaikan ini, pemohon secara amnya perlu menyelesaikan Pembiayaan Pertama sebelum membuat Pembiayaan Kedua.

Mulai 4 Oktober 2026, syarat tersebut tidak lagi diperlukan.

LPPSA menyatakan pemohon boleh memohon Pembiayaan Kedua tanpa menyelesaikan Pembiayaan Pertama, tertakluk kepada penilaian kemampuan bayaran balik dan syarat kelayakan LPPSA.

Contohnya:

Ali membeli rumah pertama menggunakan LPPSA.

Pembiayaan pertama masih mempunyai baki.

Kemudian Ali mahu membeli rumah kedua.

Dengan peraturan baharu, Ali tidak perlu melangsaikan pembiayaan pertama terlebih dahulu semata-mata untuk memohon pembiayaan kedua.

Tetapi Ali masih perlu mempunyai baki kelayakan pembiayaan yang mencukupi dan memenuhi syarat LPPSA.

Apakah syarat Pembiayaan Kedua?

LPPSA menetapkan beberapa syarat utama.

Pemohon perlu:

1. Merupakan kakitangan sektor awam yang layak memohon pembiayaan perumahan LPPSA.

2. Potongan gaji bagi Pembiayaan Pertama telah dilaksanakan.

3. Tidak mempunyai tunggakan bayaran balik bagi Pembiayaan Pertama sedia ada.

Selain itu, permohonan tetap tertakluk kepada penilaian kemampuan bayaran balik dan syarat kelayakan LPPSA yang berkuat kuasa.

Berapa margin Pembiayaan Kedua?

Ini juga penting kerana margin pembiayaan bergantung kepada status Pembiayaan Pertama.

Jika Pembiayaan Pertama sudah selesai

Margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 100%.

Jika Pembiayaan Pertama masih belum selesai

Margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 90%.

Untuk Jenis 5 dan Jenis 7 bagi hartanah yang sama

LPPSA menetapkan margin sehingga 100% bagi:

  • Jenis 5 – Ambil Alih; dan
  • Jenis 7 – Ubah Suai,

bagi hartanah yang sama, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Contoh mudah Pembiayaan Kedua

Katakan seseorang masih mempunyai Pembiayaan Pertama LPPSA.

Kemudian dia mahu membeli rumah kedua berharga RM500,000.

Jika Pembiayaan Pertama masih belum diselesaikan, margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 90%.

Secara mudah:

RM500,000 × 90% = RM450,000

Jadi, secara teori, pembiayaan boleh mencapai sehingga RM450,000, manakala baki RM50,000 perlu ditanggung melalui sumber lain.

Tetapi angka sebenar masih tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan dan penilaian LPPSA.

Maksudnya, jangan terus anggap rumah RM500,000 akan mendapat pembiayaan RM450,000 kerana kelayakan sebenar setiap pemohon adalah berbeza.

Bagaimana LPPSA menentukan kelayakan?

LPPSA menggunakan kaedah pengiraan berdasarkan kemampuan bayaran balik.

Antara kriteria yang dinyatakan LPPSA ialah:

  • Ansuran bulanan tidak melebihi 60% daripada gaji pokok dan elaun tetap yang diambil kira;
  • Jumlah hutang tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih; dan
  • Gaji bersih sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.

Pendapatan bersih bagi tujuan pengiraan LPPSA pula merujuk kepada gaji pokok + elaun tetap yang diambil kira – potongan wajib.

Jadi, seseorang yang mempunyai gaji tinggi sekalipun tidak semestinya mendapat jumlah maksimum RM1 juta kerana pengiraan turut mengambil kira kemampuan bayaran balik.

Bagaimana pula kadar keuntungan?

Untuk pembiayaan hartanah sehingga RM1 juta, LPPSA memperkenalkan struktur kadar purata wajaran (blended rate).

Strukturnya:

Sehingga RM750,000 → 4.00% setahun

Bahagian melebihi RM750,000 sehingga RM1 juta → 4.50% setahun

Yang menariknya, pengiraan ini mengambil kira jumlah pembiayaan hartanah yang diluluskan bagi Pembiayaan Pertama dan Pembiayaan Kedua.

Contoh RM800,000

Bagi pembiayaan RM800,000:

RM750,000 pertama → 4.00%

Baki RM50,000 → 4.50%

Kadar purata wajaran yang terhasil ialah kira-kira 4.03% setahun.

RM1 juta bukan bermaksud boleh ambil RM1 juta untuk rumah kedua

Ini perkara yang ramai mungkin salah faham.

Had maksimum RM1 juta ialah had kelayakan maksimum, bukannya jumlah automatik yang boleh dipinjam.

Untuk Pembiayaan Kedua pula, LPPSA secara jelas menyatakan ia tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan.

Contohnya, jika seseorang mempunyai had kelayakan RM800,000 tetapi telah menggunakan RM600,000 bagi Pembiayaan Pertama, baki kelayakannya tidak bermaksud dia boleh terus mengambil RM800,000 lagi.

Sebaliknya, pengiraan baki kelayakan perlu dibuat berdasarkan ketetapan LPPSA.

Sebab itu LPPSA menyediakan kemudahan SmartKira untuk membuat semakan anggaran kelayakan mulai 4 Oktober 2026.

Boleh beli rumah kedua sebelum rumah pertama habis bayar?

Ya, mulai 4 Oktober 2026, boleh memohon.

Tetapi terdapat tiga perkara yang perlu diberi perhatian:

Pertama: Pembiayaan Pertama tidak perlu diselesaikan sepenuhnya.

Kedua: Pemohon perlu mempunyai baki kelayakan pembiayaan yang mencukupi.

Ketiga: Pemohon masih perlu memenuhi syarat kemampuan bayaran balik dan syarat LPPSA yang berkuat kuasa.

Jadi, kemudahan ini memberikan fleksibiliti, tetapi bukan “lesen” untuk mengambil hutang rumah tanpa mengambil kira kemampuan kewangan.

Semua jenis pembiayaan boleh digunakan?

Menurut FAQ LPPSA, semua jenis pembiayaan dibenarkan bagi Pembiayaan Kedua, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Namun, terdapat pengecualian tertentu.

Sebagai contoh, pelanggan yang sedang menikmati Pembiayaan Pertama Jenis 4 atau Jenis 5 bagi tanah dan belum memohon Jenis 6 untuk membina rumah, tidak dibenarkan memohon Pembiayaan Kedua bagi Jenis 4 atau Jenis 5 tanah tersebut.

LPPSA juga menjelaskan bahawa jika seseorang membeli tanah melalui Jenis 4 atau Jenis 5 dan kemudian memohon Jenis 6 untuk membina rumah di atas tanah tersebut, ia masih dianggap sebagai satu kelayakan pembiayaan, bukan Pembiayaan Kedua.

Bila boleh mula memohon?

Kemudahan baharu ini berkuat kuasa pada:

4 OKTOBER 2026

LPPSA menyatakan pelanggan boleh mengemukakan permohonan bagi kemudahan tersebut mulai tarikh berkenaan.

Bagi permohonan yang telah dikemukakan sebelum 4 Oktober 2026, LPPSA menyatakan ia akan diproses berdasarkan had kelayakan amaun pembiayaan hartanah yang berkuat kuasa pada tarikh permohonan diterima.

Kesimpulan

Penambahbaikan LPPSA 2026 membawa perubahan yang agak besar kepada penjawat awam.

Had kelayakan maksimum pembiayaan kini dinaikkan sehingga RM1 juta, manakala Pembiayaan Kedua boleh dipohon tanpa perlu menyelesaikan Pembiayaan Pertama terlebih dahulu.

Tetapi perkara paling penting untuk difahami ialah:

RM1 juta = had kelayakan maksimum, bukan jumlah automatik.

Dan:

Pembiayaan Kedua = boleh mohon walaupun pembiayaan pertama masih berjalan, tetapi tertakluk kepada baki kelayakan dan kemampuan bayaran balik.

Jadi, kalau memang bercadang membeli rumah kedua, langkah pertama bukan terus cari rumah RM1 juta.

Semak dahulu baki kelayakan LPPSA.

Kemudian barulah tengok harga rumah yang benar-benar mampu ditanggung.

Nota: Maklumat ini berdasarkan pengumuman dan FAQ rasmi LPPSA bertarikh 25 September 2026. Syarat dan pengiraan sebenar adalah tertakluk kepada pekeliling, garis panduan serta ketetapan LPPSA yang berkuat kuasa pada tarikh permohonan.

Sumber rasmi: LPPSA – Penambahbaikan Kemudahan Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2026 termasuk jadual kelayakan RM280,000 hingga RM1 juta.