25 nasihat Warren Buffet. Hadamkan kalau rasa nak berjaya dalam pelaburan

Kata-kata hikmah warren buffet

Siapa yang tak kenal dengan Warren Buffet kan? Ikon yang tersohor ini sangat berjaya dalam dunia pelaburan dan merupakan antara orang terkaya di dunia (ranking ke-2 tahun 2016). Kita beruntung kerana beliau selalu berkongsi kata-kata hikmah yang berupa mutiara daripada mulut beliau.

Sekiranya anda juga ingin berjaya di dalam dunia pelaburan, maka mana yang baik tu ambil jadikan pedoman.

1) Dua Peraturan Dalam Pelaburan

“Peraturan #1: Jangan hilang wang (rugi). Peraturan #2: Jangan lupa peraturan #1.”

2) Pasaran Barangkali Meletakkan Harga Yang Salah

“Harga adalah apa yang anda bayar. Nilai adalah apa yang anda dapat.”

3) Pulangan Tinggi Dengan Risiko Rendah Adalah Kuncinya

“Risiko datang daripada tidak mengetahui apa yang anda lakukan.”

4) Bergaul Dengan Orang Yang Betul

“Kita adalah siapa kawan-kawan kita. Pilih kawan yang mempunyai perangai lebih baik, dan anda akan mengikut jejak langkah mereka.”

5) Lebih Mudah Untuk Merenung Masa Lampau Daripada Lihat Masa Hadapan

“Di dalam dunia perniagaan, lebih jelas untuk melihat ke belakang daripada meramal masa depan.”

6) Beli Syarikat-Syarikat Hebat

“Lebih baik untuk beli syarikat hebat pada harga berpatutan, daripada syarikat berpatutan pada harga hebat.”

7) Imej Dan Reputasi

“Ia mengambil masa 20 tahun untuk menaikkan reputasi anda, dan hanya 5 minit untuk memusnahkannya. Jika anda berfikir sedemikian, anda akan melakukan perkara dengan cara yang berbeza.”

8) OK Untuk Bermimpi Besar

“Saya sentiasa tahu yang saya akan jadi kaya. Saya tidak pernah meraguinya walaupun seminit.”

9) Melabur Untuk Jangka Masa Panjang

“Beli sesuatu saham syarikat yang anda akan gembira untuk memegangnya, walaupun pasaran saham ditutup selama 10 tahun.”

10) Beli Seolah-Olah Anda Akan Memegang Ia Selamanya

“Tempoh pegangan saham syarikat yang paling kami gemari adalah untuk selama-lamanya.”

11) Tidak Buat Sesuatu Selalunya Perkara Yang Betul Untuk Dilakukan

“Kita hanya buat sesuatu bila dapat peluang. Ada tempoh masa dalam hidup saya di mana banyak idea datang, dan ada juga masa-masanya tiada langsung idea. Jika saya mendapat idea minggu depan, saya akan buat sesuatu. Jika tidak, saya tidak akan buat apa-apa pun.”

12) Melihat Kejujuran Pada Orang Lain

“Kejujuran adalah hadiah yang sangat bernilai. Jangan sangka boleh dapatkannya daripada orang yang ‘murah’.”

13) Hargai Dari Mana Anda Datang

“Anda dapat berteduh hari ini kerana seseorang telah menanam pokok suatu masa dahulu.”

14) Menyumbang Balik Kepada Masyarakat

“Jika anda di antara 1% yang bernasib baik, anda berhutang untuk memikirkan nasib lagi 99%.”

15) Jangan Jadikan Pelaburan Itu Susah

“Ada sifat manusia yang ingin jadikan sesuatu yang mudah itu menjadi susah.”

16) Buat Ramalan Anda Sendiri

“Ramalan boleh menceritakan banyak perkara tentang peramal tersebut, tetapi ia tidak menceritakan apa-apa mengenai masa hadapan.”

17) Berkata “Tidak” Lebih Baik

“Perbezaan di antara orang yang berjaya dengan orang yang sangat berjaya adalah orang yang sangat berjaya berkata ‘tidak’ kepada hampir segala-galanya.”

18) Buat Apa Yang Anda Suka

“Di dalam dunia perniagaan, orang yang sangat berjaya itu adalah mereka yang melakukan apa yang mereka suka.”

19) Tindakan vs. Hasil

“Tahu tak… kalau anda terus-menerus buat perkara yang sama, maka anda akan terus mendapat hasil yang sama.”

20) Hanya Melabur Di Dalam Syarikat Yang Anda Kenal Dan Percaya

“Seorang pelabur seharusnya bertindak seolah-olah beliau membuat keputusan sukar setiap kali ingin melabur.”

21) Urus Masa Lebih Bijak

Anda perlu mengawal masa, dan anda tidak boleh lakukannya melainkan anda berkata tidak. Jangan biarkan orang lain menetapkan agenda kehidupan anda.

22) Pelabur Hebat Tidak Mempelbagaikan Pelaburan

“Mempelbagaikan portfolio pelaburan adalah perlindungan kepada kebodohan sendiri. Ini tidak masuk akal sekiranya anda tahu apa yang anda lakukan.”

23) Rebut Peluang Hebat dan Buat Bersungguh-Sungguh

“Bukan selalu peluang tu datang. Bila hujan emas, tadah menggunakan baldi, dan bukannya cawan.”

24) Sejarah Tidak Menentukan Masa Hadapan

“Jika sejarah lampau merupakan segala-galanya untuk berjaya di dalam dunia kewangan, orang yang terkaya sudah pasti menjadi pustakawan.”

 

Bonus & Yang Paling Penting Sekali:

25) Luangkan Masa Untuk Pandaikan Diri Sendiri

“Pelaburan paling penting adalah melabur kepada diri sendiri.”

 

Jika rasa nak belajar melabur saham dari mereka yang telah berguru dengan anak didik Warren Buffet, Tuan Hj Mohd Asri adalah salah seorang darinya.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

55 Juta Unit IOIPG REIT Dikhaskan Untuk Bumiputera

Selama ni kita datang IOI City Mall untuk shopping, makan, tengok wayang atau sekadar jalan-jalan cukupkan 10,000 langkah.

Kali ni ada berita baik.

IOI Properties Group Bhd (IOIPG) telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk menubuhkan dan menyenaraikan IOIPG REIT di Bursa Malaysia. REIT ini akan mempunyai portfolio aset bernilai kira-kira RM7.58 bilion.

Dan antara perkara paling menarik untuk pelabur runcit ialah sebanyak 715.6 juta unit diperuntukkan untuk tawaran runcit.

Daripada jumlah tersebut, 55 juta unit dikhaskan untuk pelabur Bumiputera yang diluluskan MITI.

Jadi, apa sebenarnya yang bakal kita dapat melalui REIT ini?

Apa yang ada dalam IOIPG REIT?

Portfolio IOIPG REIT bukan sekadar satu bangunan.

Antara aset yang akan dimasukkan ialah:

  • IOI City Mall Phase 1 & 2
  • IOI City Towers
  • PFCC Towers
  • Putrajaya Marriott
  • Le Méridien Putrajaya
  • Moxy Putrajaya
  • Four Points by Sheraton Puchong
  • W Kuala Lumpur
  • Courtyard by Marriott Penang

Dan sudah tentu, nama yang paling mudah dikenali ialah IOI City Mall.

Mall yang kita kenal sebagai tempat shopping dan makan itu sebenarnya merupakan salah satu aset utama dalam portfolio REIT ini.

Jadi macam mana kita boleh “jadi landlord”?

Konsep REIT sebenarnya agak mudah.

Bayangkan satu hartanah bernilai berbilion ringgit.

Tak ramai individu mampu membeli hartanah tersebut secara terus.

Jadi, aset itu dimasukkan ke dalam satu struktur REIT dan dibahagikan kepada unit.

Pelabur pula membeli unit tersebut.

Secara tidak langsung, pelabur memiliki kepentingan dalam portfolio hartanah berkenaan.

Sebab itu orang selalu gambarkan REIT sebagai cara untuk memiliki sebahagian daripada hartanah yang besar tanpa perlu membeli keseluruhan bangunan.

Dalam kes IOIPG REIT, saiz awalnya ialah 5.5 bilion unit, dengan harga jangkaan 90 sen seunit.

Pelabur runcit dapat 715.6 juta unit

Ini antara bahagian yang paling menarik.

Daripada keseluruhan struktur tawaran, 715.6 juta unit akan diperuntukkan melalui tawaran runcit.

Dan 55 juta unit daripada tawaran tersebut dikhaskan untuk pelabur Bumiputera.

Kenapa ada allocation khas untuk Bumiputera?

Peraturan SC menetapkan penyenaraian tertentu, termasuk REIT, perlu memenuhi keperluan penyertaan ekuiti Bumiputera. Bagi penyenaraian yang tertakluk kepada syarat tersebut, 12.5% daripada jumlah unit selepas penyenaraian perlu diperuntukkan kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan/diiktiraf.

Pada masa yang sama, sehingga 1.48 bilion unit pula akan ditawarkan kepada pelabur institusi, termasuk institusi Bumiputera yang diluluskan dan pelabur institusi lain.

Bukan sekadar tengok harga 90 sen

Harga indikatif yang disebut ialah 90 sen seunit.

Tapi pelabur jangan berhenti setakat:

“90 sen je? Murah ni.”

Dalam REIT, perkara yang lebih penting ialah aset yang berada di belakang unit tersebut dan kemampuan aset itu menjana pendapatan.

Contohnya:

Berapa banyak hasil sewaan?
Bagaimana kadar penghunian?
Berapa tinggi hutang?

Dan akhirnya, berapa banyak pendapatan yang boleh diagihkan kepada pemegang unit?

Sebab kita bukan sekadar membeli “nama IOI”.

Kita membeli unit dalam satu portfolio aset yang sepatutnya menghasilkan pendapatan.

Kenapa IOI Properties buat REIT?

Bagi IOI Properties, penyenaraian REIT ini juga merupakan sebahagian daripada usaha untuk membuka nilai daripada aset matang yang dimiliki kumpulan.

Cadangan asal yang diumumkan pada April 2026 menyaksikan aset bernilai RM7.58 bilion dipindahkan ke REIT, dengan struktur transaksi melibatkan penerbitan 5.5 bilion unit pada harga indikatif 90 sen serta RM2.65 bilion dalam bentuk tunai melalui pembiayaan.

Struktur sebegini membolehkan IOI Properties mendapatkan semula modal daripada aset sedia ada dan pada masa sama mengekalkan pendedahan kepada portfolio hartanah melalui REIT.

Bila IOIPG REIT akan disenaraikan?

IOIPG REIT disasarkan untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada suku keempat 2026, tertakluk kepada syarat dan proses yang ditetapkan.

Jadi buat masa ini, perkara yang paling menarik untuk ditunggu ialah prospektus rasmi dan butiran akhir tawaran.

Satu perkara yang masih belum boleh dipastikan buat masa ini ialah status Syariah IOIPG REIT. Ini kerana i-REIT mempunyai keperluan Syariah tersendiri, termasuk berkaitan sumber pendapatan sewaan dan aktiviti penyewa. Bursa Malaysia sendiri membezakan REIT konvensional dengan i-REIT, iaitu REIT yang mematuhi prinsip Syariah.

Sebab dekat situlah pelabur boleh tengok dengan lebih jelas tentang harga tawaran akhir, struktur agihan, hasil sewaan, kewangan REIT dan potensi agihan pendapatan.

Kesimpulan

Penyenaraian IOIPG REIT di Bursa Malaysia menandakan satu lagi perkembangan menarik dalam pasaran modal tempatan. Bagi orang ramai, ia membuka ruang untuk menukar peranan daripada sekadar penyumbang pendapatan perniagaan di mall tersebut, kepada penerima sebahagian daripada hasil sewaannya menerusi agihan dividen kelak.

Laporan asal The Star mengenai kelulusan IOIPG REIT

Maklumat rasmi IOI Properties mengenai cadangan IOIPG REIT

Syarat Asas: Wajib Ada Akaun CDS

Bagi yang baru pertama kali mendengar tentang peluang pelaburan seperti ini, penting untuk diingat bahawa pembelian unit REIT di Bursa Malaysia tidak boleh dibuat secara terus di kaunter pusat beli-belah.

  • Anda perlu memohon unit IPO tersebut menerusi e-IPO di dalam perbankan dalam talian seperti: Maybank2u atau aplikasi broker seperti CGSI.
  • Di sini syaratnya anda wajib ada Akaun CDS yang terikat dengan akaun bank anda supaya unit yang anda mohon itu ada “bekas” untuk disimpan.

Proses pembukaan akaun CDS kini boleh dilakukan secara dalam talian (online) dengan caj minima dan ia merupakan langkah pertama yang perlu disiapkan awal sekiranya anda berhasrat untuk terlibat dalam pasaran saham tempatan.

Berminat nak buka akaun saham CDS dengan CGSI (sebelum ini dikenali sebagai CGS-CIMB)? Sekarang dah mudah, boleh buka secara atas talian (online) sahaja. Kelulusan pun segera jika tiada apa-apa isu.

Rujuk tutorial mudah ini > Tutorial Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB), Beli Saham Bursa Malaysia & Global

Masukkan kod SP1M538 pada ruang Remisier Reference.

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.