Apa Itu Pelaburan Dan Kenapa Ianya Penting?

Secara amnya, pelaburan merupakan aktiviti yang melibatkan pembelian yang memberikan pendapatan, keuntungan modal, atau keduanya, apakah itu aset yang bersifat nyata atau aset kewangan. Pelaburan juga didefinasikan sebagai komitmen kewangan untuk jangka waktu yang tertentu, yang bertujuan untuk menghasilkan keuntungan di masa depan.

Pelabur terdiri daripada individu, kerajaan, dana pencen mahupun korporat. Definisi ini merangkumi semua jenis pelaburan, sama ada pelaburan perusahaan atau pelaburan individu dalam senarai-senarai saham, bon dan juga komoditi, iaitu para pelabur memperdagangkan sejumlah wang tetap (current value) dan pada masa hadapan, wang itu akan lebih daripada jumlah nilai pelaburan yang dilakukan awalnya.

Selain itu, pelaburan adalah alat bukan sahaja untuk menjana pendapatan, tetapi juga untuk mengumpul keuntungan dan kekayaan. Dalam proses pengurusan kewangan, pelaburan adalah alat penting untuk memastikan matlamat kewangan individu tercapai.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, pelaburan adalah penggunaan dana atau dana untuk kegiatan tertentu yang diharapkan akan menghasilkan lebih banyak keuntungan di masa depan.

“Jumlah wang yang dilaburkan dalam sesebuah urusniaga” atau “sesuatu yang dibeli dengan harapan menggandakan keuntungan yang berlipat kali ganda”

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Tambahan pula, Charles P. Jones memberi definisi bahawa pelaburan merupakan satu komitmen dana terhadap satu atau lebih aset dalam tempoh masa tertentu di masa depan. Aliran tunai yang ditukarkan dengan suatu aset dengan jangkaan bahawa aset tersebut akan menghasilkan pendapatan tetap di masa depan atau bahawa nilai aset itu sendiri akan meningkat, seperti jumlah pendapatan yang akan meningkatkan nilai akhir aset tersebut.

Jenis-Jenis Pelaburan Yang Terdapat Di Malaysia

Salah satu jenis pelaburan yang terkenal dikalangan pelabur adalah simpanan tetap atau lebih dikenali sebagi “fixed deposit”. Pelaburan ini ditawarkan oleh pihak bank dengan tujuan bagi memberi galakkan kepada pelanggan untuk menyimpan wang mereka di bank tersebut.

Pihak bank akan memberikan pulangan yang dikenali sebagai faedah sebagai balasan daripada pelaburan dilakukan. Pulangan bagi “fixed deposit” lebih tinggi berbanding dengan simpanan biasa dan ia berisiko rendah.

Di Malaysia, hanya bank yang berdaftar di Bank Negara yang dapat menawarkan simpanan tetap. Ini adalah bertujuan untuk mencegah terjadinya hal-hal yang tidak diinginkan, seperti kerugian besar dan penyalahgunaan dana.

Antara kelebihan melabur di dalam simpanan tetap adalah kurangnya risiko, mudah diurus serta lebih selamat kerana di pantau oleh pihak bank atau institusi yang berdaftar dibawah Bank Negara. Namun, dari segi kontranya; jika ingin melabur dalam simpanan tetap ia memerlukan pengeluaran modal dalam jumlah minimum sebesar RM1.000 dan jika dikeluarkan sebelum tarikh atau tempoh matang yang ditentukan dan akan dikenakan penalti.

Tambahan pula, dengan membuat pelaburan di dalam “fixed deposit” ia bersaing dengan inflasi kerana hasil pulangan faedah yang hampir sama sekitar 3-4% setiap tahun.

Selain itu, pelaburan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah sebuah bentuk pelaburan yang dilaksanakan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB). PNB terkenal dengan struktur pelaburannya yang tersusun. ASNB sangat popular di kalangan bumiputera kerana mereka menawarkannya kepada bumiputera untuk membantu golongan bumiputera mendapatkan keuntungan daripada simpanan dan pelaburan mereka. 

Menurut penelitian, terdapat beberapa skim pelaburan yang ditawarkan kepada mereka yang bukan dari kalangan bumiputera. Pulangan daripada pelaburan ini kebiasaannya konsisten. Akan tetapi, jumlah pulangan yang akan diterima oleh pelabur bergantung pada keadaan ekonomi semasa pada tahun tesebut.

Tambahan pula, terdapat pelbagai jenis pelaburan di Malaysia selain dari pelaburan simpanan tetap dan ASNB, antaranya ialah pelaburan saham, emas, Forex trading, bitcoin, hartanah, bon, ETF (Exchange Traded Fund), Unit Trust, Tabung Haji dan lain-lain

Kepentingan Pelaburan

Pelabur digalakkan untuk mula melabur di usia yang muda. Hal ini kerana, rata-rata di antara mereka mempunyai kecenderungan untuk melabur bagi mengembangkan kekayaan mereka, menjadikan diri mereka seseorang yang bebas dari hutang atau jauh dari hutang dan ada juga diantara mereka yang ingin mengumpulkan untuk digunakan setelah bersara.

Di sini, akan dikupas lebih lanjut akan kepentingan melabur atau sebab mengapa kita harus mula melabur.

Pertama, ia adalah bertujuan untuk menangani kenaikan inflasi. Apakah itu inflasi?

Inflasi adalah kenaikan harga barang-barang yang terjadi ketika kuasa membeli meningkat. (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Selain itu, inflasi ialah kenaikan tingkat harga keseluruhan barang dan perkhidmatan yang berlaku secara penuh dan berlanjutan. Disebabkan berlakunya inflasi, setiap tahun nilai wang yang kita pegang itu akan semakin berkurang nilainya di masa hadapan.

Di sinilah pentingnya sebuah pelaburan dapat dilihat karena dapat menghasilkan pengembalian wang sebanyak dua kali lipat daripada hasil pelaburan walaupun memakan waktu yang lama untuk saling menambah tabungan. Tambahan pula, pencairan “liquidity” sesebuah saham ini juga dapat membantu meningkatkan sistem ekonomi negara, yang akan membantu mengembangkan berbagai sektor yang menyumbang kepada pendapatan negara.

Seterusnya, dengan membuat pelaburan ia dapat membantu memberi kadar pulangan yang lebih baik. Dalam dunia pelaburan, meskipun ada banyak risiko yang terkait dengan setiap pelaburan, mereka dapat memberikan tingkat pulangan yang lebih baik.

Biasa dengar istilah “Higher risk equals higher return” (Risk-return Trade off, EconomicTime.indiatimes.com)?

Jangan jadikan sesebuah risiko itu sebagai penghalang untuk anda mula melabur.

Risk comes from not knowing what you’re doing.

Untuk menghindari atau mengurangkan risiko dari kehilangan wang dengan pelaburan, penting bagi anda untuk mencari pengetahuan serta mempelajari tentang proses serta teori pelaburan sebelum melakukan sebarang pelaburan. Pelbagai sumber boleh dijadikan rujukan untuk anda memahami segala teori yang serta ilmu yang berkaitan dengan pelaburan.

Jikalau ada kecelaruan tanya pada mereka yang tahu serta faham akan selok-belok dunia pelaburan, jangan jadikan diri sebagai ‘katak di bawah tempurung’ yang mana anda lebih selesa dengan keadaan sekarang berbanding mengembangkan diri anda untuk mempelajari sesuatu yang baharu dimana boleh mengubah hidup anda lebih baik.

Selain itu, dengan membuat pelaburan dimana-mana instrumen ia dapat dijadikan sebagai sumber pendapatan. Pelaburan dapat membantu anda menghasilkan “side-income” melalui hasil dari pendapat pasif.

Jika anda seorang yang sudah bekerja, anda sekurang-kurangnya perlu mempunyai simpanan menjelang tempoh persaraan. Dengan meletakkan sebahagian dari simpanan tersebut kedalam portfolio pelaburan seperti saham, bon atau sukuk, unit trust, mahupun hartanah.

Dengan adanya pendapatan pasif yang diperoleh daripada pelaburan ini ia dapat mengembangkan wang anda. Dan apabila menjelang tempoh persaraan anda, anda boleh hidup dengan tenang kerana peroleh pulangan daripada pelaburan yang telah dilakukan. 

Di samping itu, dengan membuat pelaburan ini, ia juga menjadi salah satu faktor untuk pulangan faedah berganda atau lebih dikenali sebagai “compounding interest”. Dikenali sebagai faedah berganda di dalam Bahasa Malaysia, apabila anda melaburkan kembali keuntungan yang diperoleh dari pelaburan asal; ini akan menghasilkan pulangan yang lebih tinggi atas pelaburan anda untuk tempoh seterusnya.

Dalam pelaburan ini, anda menggunakan elemen ‘masa’ sebagai penggerak utama yang bekerja bagi anda bagi menghasilkan pulangan faedah yang lebih besar. Jika wang anda memperoleh kadar pulangan yang lebih tinggi daripada akaun simpanan; dalam jangka masa yang panjang, anda akan memperoleh lebih banyak wang serta perolehnya dengan lebih cepat.

Seiring dengan bertambahnya usia, tabiat perbelanjaan anda dapat dipupuk jika anda membuat pelaburan lebih awal serta ia dapat membantu anda untuk menumpukan pada anggaran atau sasaran yang ingin dicapai serta dapat mengurangkan perbelanjaan saat diperlukan.

Ini mustahil dilakukan dengan kehidupan yang penuh dengan pembelian impulsif dan kebiasaan berbelanja yang tidak terkawal. Jika anda belajar dari kesalahan anda sejak awal, ia dapat membantu anda untuk memulakan pelaburan terutamanya apabila anda memiliki modal lebih menerusi pekerjaan anda.

Kesimpulan

Tuntasnya, untuk memenuhi tujuan kita, kita perlu membuat pelaburan di masa depan kita. Membuat pelaburan lebih awal akan memberi anda lebih banyak keuntungan di masa depan. Oleh itu, amalan melabur amatlah wajar diterapkan dan dipupuk di dalam diri dan juga masyarakat untuk kehidupan akan datang yang lebih terjamin.

Jangan sudah terhantuk baru tengadah, kerana kita sendiri tidak dapat menjangka mahupun meramal apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Adalah lebih baik kita membuat persediaan dengan lebih awal seperti kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.

Penulis boleh dihubungi di:

Aimi Aqilah binti Fabil ([email protected])
Nur Afifa binti Arifin ([email protected])
Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali ([email protected])
Fakulti Ekonomi dan Muamalat
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

[Tutorial] Kini Anda Boleh Melabur Emas Secara Online Di Bursa Gold Dinar

Adakah anda perasan yang sering terjadinya kekecohan di dada akhbar serta laman media sosial berkenaan dengan isu syarikat pengedar jongkong emas di negara ini? Daripada kecoh-kecoh terhadap sesuatu yang kurang pasti, mungkin adalah lebih baik sekiranya anda ingin melabur di dalam emas tetapi mencari platform yang sah serta selamat. 

Kebetulan pula Bursa Malaysia memang telah melancarkan Bursa Gold Dinar.

Apa Itu Bursa Gold Dinar?

Bursa Gold Dinar merupakan platform untuk anda beli dan jual emas 999.9/24k. Anda juga boleh menebus emas tersebut dalam bentuk fizikal iaitu syiling dinar emas. Untuk menebus emas tersebut, anda perlu membeli sekurang-kurangnya 4.25 gram emas melalui platform tersebut. Setelah pelaburan anda cukup 4.25 gram barulah anda boleh menebusnya. Jika tak nak tebus dan nak tambah pelaburan pun boleh. 

Semasa membuat penebusan, pastikan anda meletak alamat yang betul serta pastikan anda mempunyai duit dalam platform yang cukup untuk menampung kos penghantaran, takaful, dan pencetakan. 

Penghantaran koin emas mengambil masa 5 hari bekerja untuk penghantaran ke Semenanjung Malaysia dan 7 hari bekerja ke Sabah dan Sarawak.

Jangan risau kerana platform ini adalah patuh syariah.

Laman Sesawang Bursa Malaysia (Bursa Gold Dinar)

Maklumat mengenai Bursa Gold Dinar boleh didapati di laman sesawang Bursa Malaysia, anda akan melihat paparan utama seperti di bawah. Satu perkara yang menarik adalah anda dapat melihat harga emas secara “live”.  Harga tersebut akan dipaparkan dalam Ringgit Malaysia bagi setiap gram emas. 

Apa yang menariknya adalah anda boleh mengetahui berapa gram emas yang anda akan miliki berdasarkan jumlah modal yang ingin dilabur. Masukkan sahaja jumlah tersebut dan anda kuantiti atau berat emas tersebut akan dipaparkan.

Sebagai contoh di bawah, sekiranya anda mempunyai RM1,000 anda akan menerima 3.2076 gram emas. Ia adalah berdasarkan harga semasa pada ketika itu iaitu RM311.76/g.

Untuk pengetahuan anda, pelaburan emas melalui Bursa Gold Dinar ini boleh dilakukan serendah RM10. Oleh itu tiada alasan untuk anda tidak mula melabur emas. 

Slogan yang digunakan juga amat menarik iaitu ‘Invest Digitally, Own Physically’ yang bermaksud pelaburan boleh dibuat secara digital dan anda boleh memilikinya secara fizikal.

Sekarang persoalannya bagaimana nak bermula?

Untuk mula melabur emas melalui Bursa Malaysia, anda perlu memuat turun aplikasi Bursa Gold Dinar sama ada di Apple Store mahupun Google Play.

Muat Turun & Daftar Akaun Bursa Gold Dinar

Langkah 1: Mula-mula sekali anda kena muat turun aplikasi ‘Bursa Gold Dinar.’

Langkah 2: Klik ‘Let’s Get Started’ untuk daftar akaun.

Langkah 3: Masukkan maklumat diri.

Langkah 4: Anda akan terima 6 digit OTP di telefon anda. Masukkan 6 digit tersebut dan klik ‘Verify’.

Langkah 5: Daftar akaun anda dengan menetapkan emel serta kata laluan.

Langkah 6: Tandakan kotak terma & syarat. Kemudian klik ‘Submit’ untuk menghantar permohonan mendaftar akaun.

Langkah 7: Satu emel akan dihantar ke emel anda. Pergi ke emel anda dan aktifkan akaun anda.

Langkah 8: Pengesahan akaun boleh mengambil masa 1-3 hari. Selepas akaun anda disahkan, anda akan menerima emel seperti ini. 

Langkah 9: Log masuk ke akaun anda dengan menggunakan alamat emel serta kata laluan yang telah anda tetapkan tadi.

Langkah 10: Tetapkan pin dan klik ‘Set Up Now’.

Langkah 11: Paparan seperti di bawah akan dapat dilihat di aplikasi Bursa Gold Dinar.

Tahniah! anda sudah boleh mula membeli dan menjual emas secara digital.

Terima kasih kepada anda yang menyokong kami selama ini. Hari-hari kami bersemangat nak sebarkan ilmu tentang kewangan dan pelaburan.

Kami sedar yang majoriti pembaca kami adalah anak-anak muda yang tercari-cari panduan bagaimana untuk mula melabur. Jadi buku ini sangat sesuai bagi newbie yang nak mulakan langkah pertama.

Anda ada soalan-soalan berikut yang memerlukan jawapan?

  • Ada duit tapi tak tahu nak melabur di mana?
  • Nak melabur tapi takut kena tipu dengan scammer?
  • Bagaimana nak tahu sesuatu pelaburan itu adalah patuh Syariah atau tidak?
  • Ada banyak sangat jenis pelaburan dekat luar sana, apa yang paling sesuai dengan jiwa?
  • Dalam suasana ekonomi yang tak menentu, apakah pelaburan ‘safe haven’ yang menjadi pilihan?
  • Pelaburan tanpa tunai tu macam mana?
  • Soalan-soalan lazim berkenaan pelaburan

Jika ya, maka anda perlu miliki buku Buku Malaysia Melabur : 10 Benda Kita Kena Tahu.

Buku Malaysia Melabur juga telah berada dalam senarai MPH Best 2020 dalam kategori MPH Best Malay Non-Fiction 2020.

Sesungguhnya kami bersyukur diberi peluang oleh Allah untuk berubah menjadi lebih baik dan mendapat rezeki seperti yang diidamkan. Kami doakan semoga tuan puan juga dilimpahi rezeki yang penuh keberkatan.

Boleh miliki buku ini secara online di Shopee