Apa Itu Share Buyback Dan Contoh Kajian Kes (2021)

Share buyback adalah salah satu aktiviti kebiasaan syarikat-syarikat saham. Share buyback dilakukan apabila syarikat mendapati harga saham syarikat tersebut berada di bawah paras undervalued. Maksud mudah Share buyback adalah pembelian semula saham oleh syarikat di dalam pasaran saham.

Terdapat banyak sebab share buyback dilakukan dan sebab kebiasaan adalah kerana pihak pengurusan syarikat mendapati saham tersebut berada di bawah nilai.

Untuk contoh kali ini, kita akan melihat syarikat PANTECH yang sangat aktif dalam pembelian semula saham syarikat mereka.

Sebelum itu, mari kita berkenalan dahulu dengan syarikat PANTECH. Syarikat PANTECH merupakan one-stop centre untuk segala produk industri piping, fittings, valves, dan pelbagai komponen lain. Mereka juga berhasrat untuk menjadi leader dalam menyediakan total solution untuk gas dan fluid transmission system.

Syarikat PANTECH terbahagi kepada dua bahagian iaitu trading division dan manufacturing division. Dalam trading division PANTECH sebagai supplier dan stokist kepada semua jenis piping dan fittings. Sehingga kini PANTECH mempunyai gudang strategik di kawasan-kawasan industri seperti PKFZ, Shah Alam, Kuantan, Pasir Gudang dan United Kingdom. Kesemua gudang ini dibina di tempat strategik berdekatan industrial hubs dan pelabuhan.

PANTECH menyediakan servis kepada industri besar seperti oil and gas, maritime dan power plants. Bermula dengan ruangan rumah kedai pada tahun 1987, kini PANTECH menjadi gergasi dalam industri pembuatan dan perdagangan paip and fittings.

Gambar : KLSE

Kenapa Syarikat Membeli Semula Saham Sendiri?

Syarikat adalah entiti yang melakukan perniagaan yang ada untung dan rugi. Syarikat juga adalah pelabur dalam pasaran saham. Lembaga Pengarah dalam syarikat adalah pelabur yang bijak. Oleh itu, apabila terdapat peluang untuk membeli saham yang berkualiti pada harga yang murah, sudah tentu mereka akan merebut peluang tersebut.

Bermula pandemik COVID-19, harga saham PANTECH jatuh begitu teruk. Sila lihat gambar carta di bawah.

Ahli Lembaga Pengarah Syarikat merupakan orang terawal mengetahui situasi syarikat sama ada baik atau buruk. Seperti kes PANTECH, kejatuhan harga saham lebih kepada sentimen bearish. Perniagaan masih berjalan seperti biasa, apabila memasuki tahun 2021, keadaan semakin pulih dan bisnes menunjukkan pertumbuhan yang baik. 

Oleh itu, syarikat akan mengambil kesempatan untuk membeli pada harga yang murah pada waktu ini. PANTECH sangat aktif membeli saham syarikat kerana mereka yakin bahawa harga saham akan meningkat seiring dengan pertumbuhan syarikat.

Syarikat boleh membeli saham sendiri dengan dua cara iaitu melalui pasaran terbuka dan yang kedua melalui tender offer kepada shareholder untuk menjual saham kepada syarikat. Walaubagaimanapun, syarikat masih terikat dengan peraturan Suruhanjaya Sekuriti iaitu perlukan pegangan public spread sekurang-kurangnya 25% daripada issued share.

Kelebihan Share Buyback

Antara kelebihan yang ada adalah mengurangkan jumlah issued share yang floating. Selain meningkatkan earning per share. Exercise share buyback oleh PANTECH dipandang positif oleh pasaran. Hal ini kerana, harga saham PANTECH terus meningkat selepas aktiviti share buyback

Pengajaran yang boleh kita ambil daripada share buyback yang baik adalah apabila aktiviti ini berlaku seiring dengan pertumbuhan pendapatan syarikat. PANTECH menunjukkan pertumbuhan yang sihat dari suku tahun ke suku tahun. Oleh sebab itu pelabur melihat PANTECH sebagai satu syarikat yang menarik apabila pengarah dan syarikat sendiri terus menerus membeli saham syarikat mereka.

Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.

Topik-topik yang bakal kami kongsikan

1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli

…Dan banyak lagi …

Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Ramai kata mudah faham. Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!

https://www.facebook.com/watch/?v=1322166808601507

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Cnergenz: Rentak Buku Pesanan Perkukuh Pemulihan FY26

Saranan BELI kekal dengan harga sasar (TP) baharu MYR0.71 daripada MYR0.62, potensi kenaikan 20% dan kadar hasil dividen sekitar 2% untuk FY26F

Selepas mengadakan lawatan tapak, kami semakin memandang positif akan pemulihan perolehan Cnergenz pada FY26, disokong oleh rentak pertumbuhan buku pesanannya yang kian mengukuh daripada permintaan berpacukan kecerdasan buatan (AI yang semakin pesat merentasi perniagaan pengedaran teknologi peletakan permukaan teras (SMT) miliknya, selain peningkatan penjualan penguji AI-nya dalam segmen pengeluar reka bentuk asal (ODM). Pihak pengurusan membayangkan keterlihatan hasil yang kukuh untuk FY26, dengan jangkaan perolehan akan bertumbuh secara berperingkat mulai 2Q26.

Pemulihan FY26 semakin rancak

Pihak pengurusan membayangkan bahawa jumlah jualan FY26 yang diraih sudah melepasi hasil sepenuh tahun pada FY25 sebanyak MYR114.8j, dipacu oleh permintaan berkaitan AI untuk peralatan SMT yang kian meningkat. Hal ini pula didorong oleh pengembangan kapasiti dalam kalangan pelanggan perkhidmatan pengeluaran elektronik (EMS) Tahap 1, peningkatan penjualan penguji AI ODM miliknya, dan pemulihan segmen penyelesaian bersepadunya. Setakat akhir bulan Mei, nilai buku pesanan belum bayar kumpulan ini berkembang kepada kira-kira MYR190j, daripada MYR82.2j pada akhir Mac (nisbah liputan: 1.65x daripada hasil FY25).

Penguji AI ODM semakin menerima perhatian komersial

Pesanan ODM yang tertunggak mencecah kira-kira MYR10-11j setakat akhir bulan Jun, disokong oleh permintaan yang lebih besar untuk pelantar penguji AI-nya. Susulan kelayakan pengeluaran yang berjaya dibuat, pesanan berjumlah 20 unit sudah dihantar sepenuhnya, dengan pihak pengurusan menyasarkan 30 unit lagi untuk dihantar pada 2HFY26.

Sementara itu, pembangunan pelantar pematerian baru dengan pelanggan Eropah masih berjalan, sementara menunggu pindaan reka bentuk produk, dengan pelancaran komersial disasarkan menjelang akhir FY26. Kami juga menjangkakan pengeluaran ODM yang terus dipertingkatkan, di samping pemulihan perolehan projek-projek berkaitan memori, untuk menyokong usaha Xlent untuk kembali mencatat keuntungan pada 2H26.

Prospek untuk bahagian kilang pintar dan penyelesaian bersepadunya

Unit kilang pintarnya terus menjadi penyumbang yang agak kecil apabila mencatat kira-kira 2% daripada buku pesanan belum bayar. Pihak pengurusan semakin hampir untuk mendapatkan projek automasi gudang bernilai kira-kira MYR10j daripada satu pelanggan EMS dari AS, dengan hasil dijangka akan diiktiraf pada 2HFY26. Pada masa yang sama, segmen penyelesaian bersepadu pula diramalkan mencatat pemulihan secara beransur-ansur selepas mencatat sumbangan sifar pada 1QFY26, dengan tempahan merangkumi sekitar 30% daripada buku pesanan belum bayar, sekali gus menawarkan sokongan tambahan pada perolehan FY26.

Kami naikkan perolehan FY26-28F

Sebanyak 2%, 14% dan 13% supaya mencerminkan andaian-andaian hasil yang lebih kukuh susulan kenaikan ketara dalam pertumbuhan buku pesanan. Kami terus menjangka margin untuk berkembang mulai 2Q26, disokong oleh keumpilan operasi daripada penghantaran SMT yang lebih tinggi, pemulihan segmen penyelesaian bersepadu, dan kenaikan perniagaan ODM secara berperingkat. Penilaian P/E sebanyak 21x untuk FY27F dikekalkan dan berdasarkan nilai ini, TP baharu sebanyak MYR0.71 diperoleh (termasuk diskaun ESG 2%).

Faktor pemacu utama

i. Pemulihan capex E&E
ii. Pemulihan segmen penyelesaian SMT bersepadu
iii. Peningkatan sumbangan segmen baru ODM/OEM.

Risiko utama

i. Masa pengiktirafan tempahan dan penyempurnaan tempahan
ii. Kegagalan meraih projek baru
iii. Risiko pembatalan kontrak, persaingan sengit dan FX.

Profil Syarikat

Cnergenz menyediakan penyelesaian pembuatan dengan berpengkhususan dalam penyelesaian
pembuatan teknologi pemasangan permukaan (SMT) untuk industri-industri elektronik dan semikonduktor (E&S).

Carta Saranan

Penganalisis
Lee Meng Horng +60 323028115 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.