Apa Itu ‘Spread’ Atau Susut Nilai Emas?

Ramai yang terlibat dalam pelaburan emas, ada yang menjadikannya instrumen pelaburan dan ada juga yang memilihnya sebagai instrumen kalis inflasi.

Tapi tak ramai yang tahu apa yang dimaksudkan dengan susut nilai emas atau ‘spread’.

Bagi membantu anda menjawab persoalan ini, mari kami kongsikan apa itu ‘spread’ atau susut nilai emas yang sebenar.

Apa Itu Susut Nilai Emas?

Susut nilai emas atau pun dikenali sebagai ‘spread’ adalah perbezaan di antara harga belian dan juga harga jualan emas. Susut nilai emas ini boleh dijadikan kayu ukur bagi mendapat keuntungan berdasarkan berat emas yang dibeli.

Susut nilai emas biasanya boleh dianggarkan dalam peratus dan sekiranya harga emas melebihi nilai tersebut, maka kita sudah boleh menjual emas tersebut untuk mendapatkan keuntungan.

Bagi mengira peratus susut nilai emas, formula susut nilai emas adalah seperti berikut :

Harga jualan – Harga belian = Jumlah susut nilai emas tersebut

Sebagai contoh:

Pada tahun 2010, harga jualan emas adalah RM300 dan harga beliannya adalah RM290, maka nilai susut emas tersebut adalah RM10. Peratusan untuk susut nilai emas tersebut adalah sebanyak 3.33%.

Untuk pengetahuan anda, tiada pihak tertentu yang mengawal atau meletakkan had susut nilai emas ini. Susut nilai emas ini biasanya ditentukan oleh tukang emas itu sendiri dan terserah kepada mereka untuk meletakkan susut nilai tersebut kepada pelanggan mereka.

Adakah Rugi Sekiranya Beli Dan Terus Jual Emas?

Boleh dikatakan amat rugi jika anda terus menjual emas tersebut selepas membelinya.

Emas adalah pelaburan jangka masa panjang dan sebab itulah ianya diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain.

Kesimpulannya, sebelum membeli emas kena pastikan anda mencari susut nilai emas yang paling rendah. Susut nilai emas biasanya akan membolehkan kita membuat keuntungan dalam pelaburan emas dengan lebih cepat.

Sumber Rujukan:

Jom mulakan simpanan emas patuh syariah dengan KAB Gold hari ini juga.

Dengan minimum pembelian 0.25gram emas atau serendah RM68.25 (berdasarkan harga emas RM273 segram), semuanya boleh dilakukan secara online.

Prosesnya sangat mudah:

Kemudian dah boleh login dan buat pembelian pertama anda hari ini juga.

Daftar secara percuma di KAB Gold sekarang.

Previous ArticleNext Article

FCPO: Penurunan Harga Kian Menguat

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami penurunan mendadak pada hari Jumaat apabila menyusut MYR76 untuk ditutup pada harga MYR4,475. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada paras MYR4,560. Ia mencecah paras tertinggi intrahari pada MYR4,577 sebelum kegiatan jualan yang besar mengheretnya ke arah paras terendah sesi tersebut pada MYR4,455. Ia kemudiannya menutup dagangan berhampiran paras terendah sesi hari itu dengan corak lilin menurun yang kuat, sekali gus mengesahkan tekanan jualan mendominasi pasaran.

Pergerakan ini menyaksikan FCPO menurun ke arah paras sokongan terdekat bernilai MYR4,390. RSI berada dalam zon menurun, lalu memberikan isyarat bahawa momentum menurun adalah kukuh dan mungkin akan berlarutan. Komoditi ini sekarang diramalkan untuk menguji paras sokongan seterusnya pada MYR4,390. Kami bertindak mengekalkan bias dagangan negatif kerana sentimen menurun jelas menguasai pasaran.

Para pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei, iaitu MYR4,481. Untuk mengurangkan risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi masih dikekalkan pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama berada pada MYR4,390 yang diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan pertama sebaliknya ialah MYR4,700 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi sebanyak MYR4,600.