Bank Pelaburan (Investment Bank) Yang Ada Di Malaysia Dan Fungsinya

Anda mesti pernah dengar bank pelaburan kan? Tapi tahukah anda apakah dia bank pelaburan, fungsi-fungsinya dan senarai bank-bank pelaburan yang ada di Malaysia?

Kita semua merupakan pelabur, oleh itu kenalah berkenalan dengan bank-bank pelaburan ini dengan lebih dekat lagi.

Jom Berkenalan Dengan Bank Pelaburan

Bank pelaburan atau juga dikenali sebagai investment bank adalah sebuah institusi kewangan khas untuk pelabur atau pengguna yang ingin membeli dan menjual ekuiti/saham dan banyak lagi.

Perkhidmatan bank pelaburan ini terdiri daripada 5 perkhidmatan operasi yang melibatkan Kewangan Syarikat, Pasaran Islam, Pasaran Modal Hutang, Pasaran Ekuiti dan juga Pengurusan Aset dan Dana. Di antara fungsi-fungsinya adalah:

  1. Membantu proses jual beli saham dengan platform trading online atau offline
  2. Menerbitkan dan menyenaraikan saham pelaburan pelanggan
  3. Menguruskan portfolio pelaburan 
  4. Menyediakan khidmat nasihat korporat
  5. Menghasilkan dana penyimpanan besar melalui pelaburan dalam pasaran saham 
  6. Menjalankan aktiviti broker bagi produk-produk pasaran modal 
  7. Menjalankan perniagaan pengurusan dana dan unit amanah 
  8. Memberi pinjaman sindiket (gabungan pinjaman beberapa buah bank dan institusi kewangan lain) bagi membiayai projek mega syarikat berhad. 
  9. Menanggung jaminan bagi terbitan saham baru.

Tanpa bank pelaburan, aktiviti pelaburan sudah pasti tidak dapat dijalankan dengan lancar kerana tiada sistem yang efektif dan sistematik. Pihak pelabur juga tidak mendapat maklumat yang betul serta mungkin perlu mencari alternatif lain untuk melabur.

Senarai Bank Pelaburan

1. Affin Hwang Investment Bank Berhad

2. Alliance Investment Bank Berhad

3. AmInvestment Bank Berhad

4. CIMB Investment Bank Berhad

5. Hong Leong Investment Bank Berhad

6. KAF Investment Bank Berhad

7. Kenanga Investment Bank Berhad

8. Maybank Investment Bank Berhad

9. MIDF Amanah Investment Bank Berhad

10. Public Investment Bank Berhad

11. RHB Investment Bank Berhad

Kesemua bank pelaburan ini menawarkan kemudahan yang terbaik agar segala urusan para pelabur dapat diselesaikan dengan mudah dan senang. Dan kini semuanya berada di hujung jari anda.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

FCPO: Trend Menurun Semakin Mengukuh

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami penurunan mendadak semalam apabila jatuh MYR45 untuk ditutup pada paras MYR4,393. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada MYR4,435. Ia kemudiannya merekodkan paras tertinggi intrahari sebanyak MYR4,456 sebelum kegiatan jualan yang tinggi mengheret FCPO ini ke arah paras terendah sesi bernilai MYR4,382. Ia kemudian menutup dagangan pada MYR4,393 dengan membentuk corak lilin menurun yang kuat, sekali gus mengesahkan tekanan jualan menguasai pasaran.

Pergerakan ini menyaksikan komoditi ini jelas menurun melepasi paras sokongan penting bernilai MYR4,420 dan terus ditutup di bawah garisan SMA 50 hari. RSI juga berada dalam keadaan menurun, yang menunjukkan bahawa momentum menurun adalah kuat dan terus berlangsung. FCPO kini dijangka akan menguji paras sokongan seterusnya pada MYR4,300. Kami tetapkan bias dagangan negatif memandangkan mereka yang menantikan penurunan harga berada dalam kawalan.

Kami menyarankan para pedagang untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei atau MYR4,481. Untuk mengurus risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi kini disemak kepada MYR4,700.

Selepas membuat penembusan menurun, paras sokongan pertama disemak kepada MYR4,300 dan diikuti oleh paras MYR4,200. Paras rintangan pertama pula sekarang berada pada MYR4,570 dan diikuti oleh paras ambang MYR4,700.