Boleh Ke Buat Duit Melalui Pelaburan?

Supaya kita ada lebihan wang pada masa akan datang. Sekiranya berlaku inflasi ia tidak akan menjejaskan kewangan kita kerana lebihan wang yang kita perolehi membolehkan kita berbelanja seperti biasa.

Apa Itu Inflasi?

Inflasi merujuk kepada peningkatan harga barang atau perkhidmatan yang berlaku pada sesuatu masa. Sebagai contoh, tahun sebelum ini kita biasa beli minyak botol 5kg RM22 tapi sekarang mencecah RM35 sebotol.

Kelebihan Pelaburan

Ramai yang sedia maklum bahawa pelaburan dapat menjamin kestabilan peribadi yang baik dan melabur pada usia yang muda juga adalah salah satu cara yang bijak untuk membina sumber pendapatan yang lumayan. Namun, tidak ramai yang sedar akan kelebihan pelaburan ini, terutamanya golongan muda.

Melalui pelaburan, kita akan dapat banyak faedah dan di antaranya ialah mereka dapat menjana pendapatan, di mana ini disebut sebagai pendapatan pasif.

Contohnya, jika seseorang itu mempunyai RM100,000 di dalam simpanan mereka dan mereka laburkan dalam instrumen pelaburan yang dapat mampu memberikan pulangan sebanyak 10% setahun, mereka akan dapat RM10,000 setahun tanpa perlu melakukan sebarang kerja.

Bagi mereka yang merasakan mereka sudah lama bekerja tetapi tiada keuntungan, mereka boleh gunakan pelaburan sebagai mata pencarian mereka.

Mereka tidak perlu berhenti kerja malah, mereka boleh jadikan pelaburan ini sebagai pendapatan sampingan. Mereka juga boleh melakukan analisa pada bila-bila waktu lapang dan mereka juga bebas membuat keputusan sendiri.

Tetapi bagi seorang pelabur, mereka haruslah mempunyai ilmu kerana mereka bertanggungjawab sepenuhnya ke atas duit mereka. Jika tiada ilmu, maka pelbagai risiko yang akan dihadapi bagi seorang pelabur.

Perbezaan Pendapatan Aktif Dan Pasif

Pendapatan terbahagi kepada dua iaitu pendapatan aktif dan pasif. Pendapatan aktif merupakan pendapatan yang kita dapat daripada hasil pekerjaan yang kita lakukan secara berterusan contohnya gaji, upah, komisen dan hasil keuntungan perniagaan.

Manakala pendapatan pasif merupakan pendapatan yang kita terima tanpa perlu bekerja keras. Contohnya, hartanah, dividen saham, dan sewa.

Pelaburan termasuk di bawah pendapatan pasif. Untuk melakukan pelaburan, kita tidak semestinya perlu modal yang besar, kita boleh saja bermula dengan modal yang kecil bersesuaian dengan gaji kita yang penting kena usaha dan konsisten.

Jenis Risiko

Seperti mana yang kita ketahui, pelaburan ialah jenis pendapatan pasif yang bermaksud wang yang kita dapat tanpa perlu berusaha untuk memilikinya. Melalui pelaburan juga, orang ramai akan menerima keuntungan melalui dividen dan keuntungan ini akan ditambah kepada wang yang kita laburkan.

Walau bagaimanapun, sebelum seorang pelabur membuat keputusan dalam pelaburan, mereka perlu lihat kepada risiko yang perlu mereka tanggung dan hadapi pada masa akan datang. Justeru sekiranya matlamat seorang pelabur itu untuk menjana pendapatan, mereka perlu bijak seperti memilih melabur dalam pelaburan berisiko rendah.

Ini kerana apabila mereka memilih untuk melabur dalam pelaburan berisiko rendah seperti ASB, mereka mungkin tidak mengalami masalah seperti kehilangan modal ataupun  kerugian yang besar.

Tambahan pula, memilih dalam pelaburan berisiko rendah akan memudahkan seorang pelabur itu untuk merancang kewangan mereka. Walau bagaimanapun, jika seorang pelabur itu seorang yang berani, inginkan cabaran dan inginkan keuntungan yang tinggi dan cepat, mereka boleh membuat pilihan untuk melabur dalam pelaburan berisiko tinggi.

Namun mereka harus set di minda mereka, apabila mereka memilih produk berisiko tinggi, risiko kerugian yang mereka akan hadapi juga adalah tinggi.

Jadi sebelum pelabur itu beralih dari pelaburan berisiko rendah kepada berisiko tinggi, mereka haruslah mempunyai akaun pelaburan berisiko rendah sebagai jaminan sekiranya berlaku perkara yang tak dijangka.

Namun demikian, terdapat beberapa cara untuk mengawal risiko dalam pelaburan dan antaranya ialah mempelbagaikan pelaburan. Jika seorang pelabur itu meletakkan hampir semua pendapatan mereka dalam satu jenis pelaburan, mereka berisiko untuk menghadapi kerugian jika pelaburan itu jatuh nilai.

Tetapi jika pelabur itu seorang yang bijak dan mereka mempelbagaikan pelaburan mereka, mereka boleh mengurangkan risiko kerugian wang mereka.

Bagaimana Nak Jana Pendapatan Melalui Pelaburan? 

1. Kenalpasti akaun simpanan wang sama ada simpanan biasa atau pelaburan

Sekiranya kita simpan wang di dalam akaun simpanan biasa, wang tidak akan berkembang pada masa akan datang kerana tiada faedah pulangan atau dividen.

2. Mengamalkan konsep labur dahulu baru belanja

Kita perlu mengetepikan lebih kurang 5-10 peratus daripada gaji bulanan untuk dilaburkan sebelum kita mula berbelanja.

3. Kenali diri sama ada penggemar risiko tinggi atau rendah

Di dalam dunia pelaburan kita kena faham konsep “high risk high return, low risk low return”. Kenapa?

Supaya kita tahu matlamat pelaburan kita ini sesuai tak dengan kewangan yang kita ada sekarang. Sekiranya anda memilih pelaburan yang berisiko rendah anda mungkin tidak berhadapan kehilangan modal dan untuk membuka akaun pelaburan juga tidak memerlukan amaun yang besar serta syarat yang tidak terlalu ketat. B

erbanding dengan pelaburan risiko tinggi, anda mungkin memerlukan lebih daripada RM10,000 untuk membuka akaun dan syarat juga agak sedikit ketat. Jadi, buatlah pilihan bijak dan jangan ikut-ikut orang ya!

Kesimpulannya dengan melalui pelaburan kita dapat banyak manfaat daripadanya. Seperti yang dibincangkan, melalui pelaburan kita dapat menjana pendapatan yang mana akan membantu kita pada masa akan datang.

Pelaburan amat menarik tetapi setiap pelabur haruslah berhati-hati dan jangan tergesa-gesa dalam membuat keputusan yang berdasarkan pendapat yang tidak rasional. Dengan keadaan ekonomi yang baik, pengalaman dan tuah, anda akan mendapati diri anda berada di puncak untuk semua usaha.

Penulis boleh dihubungi di:

Nur Aisyah Bt Razen Khan ([email protected])
Siti Nur Nurulhuda Binti Mat Jani ([email protected])
Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali ([email protected])
Fakulti Ekonomi dan Muamalat
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

55 Juta Unit IOIPG REIT Dikhaskan Untuk Bumiputera

Selama ni kita datang IOI City Mall untuk shopping, makan, tengok wayang atau sekadar jalan-jalan cukupkan 10,000 langkah.

Kali ni ada berita baik.

IOI Properties Group Bhd (IOIPG) telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk menubuhkan dan menyenaraikan IOIPG REIT di Bursa Malaysia. REIT ini akan mempunyai portfolio aset bernilai kira-kira RM7.58 bilion.

Dan antara perkara paling menarik untuk pelabur runcit ialah sebanyak 715.6 juta unit diperuntukkan untuk tawaran runcit.

Daripada jumlah tersebut, 55 juta unit dikhaskan untuk pelabur Bumiputera yang diluluskan MITI.

Jadi, apa sebenarnya yang bakal kita dapat melalui REIT ini?

Apa yang ada dalam IOIPG REIT?

Portfolio IOIPG REIT bukan sekadar satu bangunan.

Antara aset yang akan dimasukkan ialah:

  • IOI City Mall Phase 1 & 2
  • IOI City Towers
  • PFCC Towers
  • Putrajaya Marriott
  • Le Méridien Putrajaya
  • Moxy Putrajaya
  • Four Points by Sheraton Puchong
  • W Kuala Lumpur
  • Courtyard by Marriott Penang

Dan sudah tentu, nama yang paling mudah dikenali ialah IOI City Mall.

Mall yang kita kenal sebagai tempat shopping dan makan itu sebenarnya merupakan salah satu aset utama dalam portfolio REIT ini.

Jadi macam mana kita boleh “jadi landlord”?

Konsep REIT sebenarnya agak mudah.

Bayangkan satu hartanah bernilai berbilion ringgit.

Tak ramai individu mampu membeli hartanah tersebut secara terus.

Jadi, aset itu dimasukkan ke dalam satu struktur REIT dan dibahagikan kepada unit.

Pelabur pula membeli unit tersebut.

Secara tidak langsung, pelabur memiliki kepentingan dalam portfolio hartanah berkenaan.

Sebab itu orang selalu gambarkan REIT sebagai cara untuk memiliki sebahagian daripada hartanah yang besar tanpa perlu membeli keseluruhan bangunan.

Dalam kes IOIPG REIT, saiz awalnya ialah 5.5 bilion unit, dengan harga jangkaan 90 sen seunit.

Pelabur runcit dapat 715.6 juta unit

Ini antara bahagian yang paling menarik.

Daripada keseluruhan struktur tawaran, 715.6 juta unit akan diperuntukkan melalui tawaran runcit.

Dan 55 juta unit daripada tawaran tersebut dikhaskan untuk pelabur Bumiputera.

Kenapa ada allocation khas untuk Bumiputera?

Peraturan SC menetapkan penyenaraian tertentu, termasuk REIT, perlu memenuhi keperluan penyertaan ekuiti Bumiputera. Bagi penyenaraian yang tertakluk kepada syarat tersebut, 12.5% daripada jumlah unit selepas penyenaraian perlu diperuntukkan kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan/diiktiraf.

Pada masa yang sama, sehingga 1.48 bilion unit pula akan ditawarkan kepada pelabur institusi, termasuk institusi Bumiputera yang diluluskan dan pelabur institusi lain.

Bukan sekadar tengok harga 90 sen

Harga indikatif yang disebut ialah 90 sen seunit.

Tapi pelabur jangan berhenti setakat:

“90 sen je? Murah ni.”

Dalam REIT, perkara yang lebih penting ialah aset yang berada di belakang unit tersebut dan kemampuan aset itu menjana pendapatan.

Contohnya:

Berapa banyak hasil sewaan?
Bagaimana kadar penghunian?
Berapa tinggi hutang?

Dan akhirnya, berapa banyak pendapatan yang boleh diagihkan kepada pemegang unit?

Sebab kita bukan sekadar membeli “nama IOI”.

Kita membeli unit dalam satu portfolio aset yang sepatutnya menghasilkan pendapatan.

Kenapa IOI Properties buat REIT?

Bagi IOI Properties, penyenaraian REIT ini juga merupakan sebahagian daripada usaha untuk membuka nilai daripada aset matang yang dimiliki kumpulan.

Cadangan asal yang diumumkan pada April 2026 menyaksikan aset bernilai RM7.58 bilion dipindahkan ke REIT, dengan struktur transaksi melibatkan penerbitan 5.5 bilion unit pada harga indikatif 90 sen serta RM2.65 bilion dalam bentuk tunai melalui pembiayaan.

Struktur sebegini membolehkan IOI Properties mendapatkan semula modal daripada aset sedia ada dan pada masa sama mengekalkan pendedahan kepada portfolio hartanah melalui REIT.

Bila IOIPG REIT akan disenaraikan?

IOIPG REIT disasarkan untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada suku keempat 2026, tertakluk kepada syarat dan proses yang ditetapkan.

Jadi buat masa ini, perkara yang paling menarik untuk ditunggu ialah prospektus rasmi dan butiran akhir tawaran.

Satu perkara yang masih belum boleh dipastikan buat masa ini ialah status Syariah IOIPG REIT. Ini kerana i-REIT mempunyai keperluan Syariah tersendiri, termasuk berkaitan sumber pendapatan sewaan dan aktiviti penyewa. Bursa Malaysia sendiri membezakan REIT konvensional dengan i-REIT, iaitu REIT yang mematuhi prinsip Syariah.

Sebab dekat situlah pelabur boleh tengok dengan lebih jelas tentang harga tawaran akhir, struktur agihan, hasil sewaan, kewangan REIT dan potensi agihan pendapatan.

Kesimpulan

Penyenaraian IOIPG REIT di Bursa Malaysia menandakan satu lagi perkembangan menarik dalam pasaran modal tempatan. Bagi orang ramai, ia membuka ruang untuk menukar peranan daripada sekadar penyumbang pendapatan perniagaan di mall tersebut, kepada penerima sebahagian daripada hasil sewaannya menerusi agihan dividen kelak.

Laporan asal The Star mengenai kelulusan IOIPG REIT

Maklumat rasmi IOI Properties mengenai cadangan IOIPG REIT

Syarat Asas: Wajib Ada Akaun CDS

Bagi yang baru pertama kali mendengar tentang peluang pelaburan seperti ini, penting untuk diingat bahawa pembelian unit REIT di Bursa Malaysia tidak boleh dibuat secara terus di kaunter pusat beli-belah.

  • Anda perlu memohon unit IPO tersebut menerusi e-IPO di dalam perbankan dalam talian seperti: Maybank2u atau aplikasi broker seperti CGSI.
  • Di sini syaratnya anda wajib ada Akaun CDS yang terikat dengan akaun bank anda supaya unit yang anda mohon itu ada “bekas” untuk disimpan.

Proses pembukaan akaun CDS kini boleh dilakukan secara dalam talian (online) dengan caj minima dan ia merupakan langkah pertama yang perlu disiapkan awal sekiranya anda berhasrat untuk terlibat dalam pasaran saham tempatan.

Berminat nak buka akaun saham CDS dengan CGSI (sebelum ini dikenali sebagai CGS-CIMB)? Sekarang dah mudah, boleh buka secara atas talian (online) sahaja. Kelulusan pun segera jika tiada apa-apa isu.

Rujuk tutorial mudah ini > Tutorial Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB), Beli Saham Bursa Malaysia & Global (China, Hong Kong, Singapura, Indonesia)

Masukkan kod SP1M538 pada ruang Remisier Reference.

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.