Elliot Wave Dalam Komoditi, Khususnya FCPO

Teori Gelombang Elliot atau lebih dikenali sebagai Elliott Wave adalah merupakan salah satu analisis teknikal yang power dalam dunia trading. Ianya boleh digunakan dalam dunia pelaburan saham, komoditi dan juga lain-lain.

Sebelum kita pergi lebih lanjut, jom berkenalan dengan Elliot Wave ini terlebih dahulu.

Asal-Usul Elliott Wave

Teori Gelombang Elliot atau lebih dikenali sebagai Elliott Wave telah diperkenalkan oleh Ralph Nelson Elliott pada tahun 1930-an. Teori ini membentuk corak Prinsip Elliott Wave yang terdiri daripada gelombang impulsif (impulsive) dan pembetulan (corrective).

Menurut beliau, setiap benda bergerak umpama gelombang atau arus yang terdiri daripada gelombang besar diikuti oleh gelombang kecil dan setiap tindakan akan diikuti oleh tindak balas. Menurutnya lagi, masa tidak mengubah keadaan kerana pasaran saham itu secara strukturnya adalah tetap (constant).

Apa yang bertukar hanyalah rentak individu (atau pergerakan kecil) dalam pergerakan yang besar. Beliau menggunakan asas daripada siri nombor Fibonacci untuk membentuk gelombang dan kitaran sekaligus meramalkan pergerakan harga.

Kredit Gambar: Investopedia

Dan dalam Elliot Wave, ianya terdiri daripada dua gelombang iaitu gelombang impulsif dan gelombang pembetulan.

Gelombang Impulsif

Gelombang impulsif adalah struktur pasaran yang sedang trending dalam keadaan menaik atau menurun. Cara mengira wavenya adalah 1, 2, 3, 4, 5.

Gelombang penuh ataupun satu fasa yang positif bagi sesuatu kitaran terdiri daripada 5 gelombang. Iaitu gelombang impulse yang bergerak ke atas. Kedua, gelombang pembetulan yang bergerak ke bawah. Gelombang-gelombang 1,3, dan 5 berada pada arah pergerakan utama.

Manakala gelombang-gelombang 2 dan 4 ‘membetulkan’ gelombang 1 dan gelombang 3.

Gelombang Pembetulan

Apabila sudah sampai ke kemuncak, ianya akan disusuli dengan corrective wave. Ianya juga dikenali sebagai retracement, pullback dan profit taking. Cara mengira wavenya pula adalah A, B, C dan harga pun semakin menurun.

Ada banyak lagi sebenarnya kami nak kongsikan dengan anda, tapi kalau nak tulis nanti jadi panjang lebar susah pula. Apa kata kita belajar terus dengan mereka yang pakar.

Dapatkan Ilmu Betul Untuk Trade FCPO!

Khas untuk pembaca setia MajalahLabur, sertai webinar khas step-by-step untuk anda yang berminat nak tahu selok-belok berdagang Futures.

Pra-daftar dahulu untuk jadi yang terawal dapat info bila kami buka pendaftaran nanti!

Previous ArticleNext Article

FCPO: Garis SMA 50 Hari Bertindak Sebagai Rintangan

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami tekanan jualan yang kuat pada hari Khamis apabila ia menurun MYR125 untuk ditutup pada harga lebih rendah sebanyak MYR4,458. Komoditi ini memulakan sesi dagangan semalam pada paras MYR4,576. Kemudian, ia mencapai paras tertinggi intrahari pada MYR4,609 dan paras terendah intrahari pada MYR4,455 sebelum menutup dagangan pada harga MYR4,458. Corak lilin menurun yang panjang mengesahkan bahawa garis SMA 50 hari sekarang bertindak sebagai paras rintangan atas.

Hal ini menunjukkan bahawa pedagang yang meramalkan penurunan kini mempunyai kelebihan teknikal – dengan menyasar untuk menguji paras sokongan MYR4,390. Penembusan menurun pada paras sokongan akan menyambungkan pergerakan ke bawah ke arah paras MYR4,300. Memandangkan rentak penurunan menjadi semakin rancak, kami terus berpegang pada bias dagangan negatif.

Kami menyarankan para pedagang untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei atau MYR4,481. Untuk mengurangkan risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi ditetapkan pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama berada pada MYR4,390 yang diikuti oleh paras MYR4,300. Bagi pergerakan ke atas, paras rintangan pertama pula ialah MYR4,700 dan diikuti oleh paras ambang MYR4,840.