FCPO: Kian Menurun, Pasaran Menaik Masih Berlangsung

  • Kekalkan pegangan belian.

FCPO mengalami pergerakan mendatar pada hari Jumaat apabila menguncup MYR52 untuk
ditutup pada paras MYR4,154. Ia membuka sesi dagangan dengan sentimen lebih lemah pada paras MYR4,190. Komoditi ini kemudiannya diniagakan dalam paras lingkungan besar antara paras tertinggi MYR4,204 dan paras terendah MYR4,149, dan mengakhiri sesi ini dengan corak lilin menurun, sekali gus mencerminkan tekanan jualan yang tinggi.

Walaupun mengalami penurunan harga, struktur menaik ini terus kukuh kerana komoditi masih diniagakan di atas garisan SMA 50 hari yang turut menunjukkan bahawa pedagang yang menantikan kenaikan harga masih mempunyai kelebihan teknikal. Semasa fasa pengukuhan ini, FCPO mungkin akan melantun semula daripada paras sokongan MYR4,100. Selepas fasa pengukuhan ini berakhir, ia sepatutnya kembali menyambung semula pergerakan menaik ke arah paras rintangan MYR4,400. Disebabkan oleh keadaan pasaran menaik sekarang, kami bertindak untuk mengekalkan bias dagangan positif.

Para pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan belian yang dimulakan pada penutupan 21 Jan (MYR4,197). Untuk menangani risiko-risiko dagangan yang muncul, paras ambang henti rugi kini ditetapkan pada MYR4,100. Selepas fasa pengukuhan berakhir, paras sokongan terdekat berada pada MYR4,100 yang diikuti oleh paras sokongan berikutnya pada MYR4,000. Paras rintangan terdekat pula kini diikat pada MYR4,400 dan disusuli oleh paras rintangan lebih tinggi pada MYR4,500.

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.

Previous ArticleNext Article

FCPO: Kembali Ke Fasa Pengukuhan

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO ini menurun MYR9 semasa sesi dagangan lalu untuk ditutup pada harga MYR4,597. Pada hari Jumaat, komoditi ini memulakan dagangan pada paras MYR4,604. Pada awalnya, ia jatuh ke paras terendah sesi tersebut pada MYR4,575. Ia kemudiannya melantun ke paras tertinggi sesi tersebut pada MYR4,608 dan menutup dagangan pada MYR4,597. Di samping pergerakan RSI ke bawah, penutupan dagangan terkini yang menurun menunjukkan momentum menurun kembali menguat.

Komoditi ini mungkin akan melanjutkan fasa koreksi harga dan menguji paras sokongan semula pada MYR4,390. Sementara itu, garisan SMA 50 hari masih bergerak ke paras lebih rendah, lantas mengukuhkan keadaan pasaran menurun. Sekiranya komoditi ini mencatat pergerakan menaik, paras MYR4,700 akan menahan harga daripada menembusi paras berkenaan. Selagi FCPO terus berada di bawah paras ambang MYR4,700, kami tetap akan berpegang pada bias dagangan negatif.

Para pedagang disarankan untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei (MYR4,481). Untuk menangani risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi ditetapkan pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama kini berada pada MYR4,390 dan diikuti oleh paras sokongan lebih rendah pada MYR4,250. Paras rintangan pertama pula ialah MYR4,700 yang diikuti oleh paras MYR4,900.