

- Kekalkan pegangan jualan
FCPO mengalami sesi dagangan yang bercampur-campur semalam apabila susut MYR1 untuk ditutup pada paras MYR4,573 kerana momentum menurun terhenti untuk seketika. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada paras MYR4,533. Ia bergerak naik dan turun antara paras tertinggi bernilai MYR4,611 dan paras terendah intrahari berjumlah MYR4,532 sebelum menutup dagangan pada MYR4,573 dan membentuk corak lilin menaik. Pembentukan corak lilin ini menunjukkan trend harga baru-baru ini terhenti. Hal ini mencerminkan tekanan jualan dan tekanan belian yang seimbang untuk jangka pendek sementara pasaran mengambil masa untuk menilai semula kerugian sebelum ini dan lalu terus bergerak mendatar.
Pergerakan harga ini menunjukkan komoditi ini bakal menguji paras sokongan MYR4,390 sekiranya momentum menurun menguat. Walaupun fasa pengukuhan berlaku, keadaan pasaran teknikal secara amnya masih menurun. Momentum menaik terus lemah apabila RSI terus berlegar berhampiran paras 50%, lantas mengesahkan sentimen menurun yang menguasai pasaran. Disebabkan oleh struktur trend semasa ini, kami terus berpegang pada bias dagangan negatif.
Kami menyarankan para pedagang untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei, iaitu MYR4,481. Untuk menangani risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi tetap berada pada MYR4,700.
Paras sokongan pertama adalah pada MYR4,390 yang diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan pertama sekarang sebaliknya ialah MYR4,600 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi bernilai MYR4,700.











