FCPO: Tempoh Berehat Buat Pedagang Yang Menantikan Kenaikan Harga

  • Kekalkan pegangan belian

FCPO ini meneruskan rentak mendatarnya pada hari Isnin apabila ia menguncup RM31 untuk ditutup pada paras RM4,242. Ia membuka sesi dagangan pada harga RM4,256 dan meningkat kepada paras tertinggi intrahari sebanyak RM4,273 buat sementara waktu sebelum kegiatan penjualan mengheretnya kepada paras terendah pada RM4,221. Kontrak ini kemudiannya mengalami kerugian untuk ditutup menghampiri paras pertengahan dalam julat dagangan sesi hari berkenaan.

Walaupun mencatat penurunan harga, trend menaik secara amnya masih kukuh dengan garisan SMA 50 hari masih menaik. RSI terus bergerak ke bawah dan hal ini mencerminkan momentum menaik semakin memperlahan. Paras sokongan segera dilihat mencecah paras RM4,200 yang boleh membataskan potensi penurunan harga lanjut dan membuka peluang untuk harga kembali menaik menuju ke paras rintangan RM4,400.

Melainkan komoditi ini jatuh di bawah paras sokongan RM4,100, penurunan harga baru-baru ini akan dianggap sebagai sebahagian daripada fasa pembetulan harga yang baik dalam keadaan pasaran yang menaik. Dengan ini, kami bertindak mengekalkan bias dagangan positif kami.


Para pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan belian yang dimulakan pada RM4,157 (penutupan 9 Jul). Untuk mengurus risiko-risiko dagangan yang ada:

  • Paras ambang henti rugi sekarang ditetapkan pada RM4,100
  • Paras sokongan awal ditambat pada paras RM4,200 yang diikuti oleh RM4,100
  • Paras rintangan terdekat sekarang sebaliknya diikat pada RM4,400 yang disusuli oleh RM4,500
Previous ArticleNext Article

FCPO: Kembali Ke Fasa Pengukuhan

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO ini menurun MYR9 semasa sesi dagangan lalu untuk ditutup pada harga MYR4,597. Pada hari Jumaat, komoditi ini memulakan dagangan pada paras MYR4,604. Pada awalnya, ia jatuh ke paras terendah sesi tersebut pada MYR4,575. Ia kemudiannya melantun ke paras tertinggi sesi tersebut pada MYR4,608 dan menutup dagangan pada MYR4,597. Di samping pergerakan RSI ke bawah, penutupan dagangan terkini yang menurun menunjukkan momentum menurun kembali menguat.

Komoditi ini mungkin akan melanjutkan fasa koreksi harga dan menguji paras sokongan semula pada MYR4,390. Sementara itu, garisan SMA 50 hari masih bergerak ke paras lebih rendah, lantas mengukuhkan keadaan pasaran menurun. Sekiranya komoditi ini mencatat pergerakan menaik, paras MYR4,700 akan menahan harga daripada menembusi paras berkenaan. Selagi FCPO terus berada di bawah paras ambang MYR4,700, kami tetap akan berpegang pada bias dagangan negatif.

Para pedagang disarankan untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei (MYR4,481). Untuk menangani risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi ditetapkan pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama kini berada pada MYR4,390 dan diikuti oleh paras sokongan lebih rendah pada MYR4,250. Paras rintangan pertama pula ialah MYR4,700 yang diikuti oleh paras MYR4,900.