Jom Sertai Bursa Malaysia Derivatives Virtual Trading Challenge, Peluang Menang Hadiah Berjumlah RM40,000

Nak mula berjinak-jinak dalam dunia pelaburan? Nak asah bakat pelaburan tanpa guna duit sebenar?

Derivatives Virtual Trading Challenge 2023 (DVTC 2023) anjuran Bursa Malaysia kembali lagi untuk tahun 2023. Jangan lepaskan peluang untuk merebut hadiah berjumlah sehingga RM40,000. Lumayan kan!

Ada hadiah untuk 20 pemenang teratas. Juara akan membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000, naib juara pula wang tunai bernilai RM7,000 dan tempat ketiga akan dapat wang tunai bernilai RM5,000. Setiap pemenang sagu hati juga berpeluang untuk dapat wang tunai bernilai RM500.

Tempoh Pendaftaran: 16 Mei 2023 – 21 Julai 2023

Tempoh Cabaran: 1 Ogos 2023 – 30 Ogos 2023

Macam Mana Nak Menang?

Anda akan mulakan ‘virtual trading’ dengan modal RM100,000. Mereka yang mempunyai baki tertinggi di hujung cabaran ini bakal membawa pulang hadiah yang tertera di atas.

Tertakluk pada terma dan syarat.

Anda boleh trade dengan 6 kontrak derivatif berikut:

  • FCPO (Crude Palm Oil Futures)
  • FEPO (East Malaysia Crude Palm Oil)
  • FGLD (Gold Futures)
  • FKLI (FTSE Bursa Malaysia KLCI Futures)
  • FM70 (Mini FTSE Bursa Malaysia Mid 70 Index Futures)
  • F4GM (FTSE4Good Bursa Malaysia Index Futures)

Sepanjang tempoh cabaran, anda perlu trade dengan minimum 20 lot (contoh: beli 1 kontrak dan jual 1 kontrak ia bersamaan dengan 2 lot) bagi memenuhi syarat kelayakan untuk menang. 

Asalkan dapat baki tertinggi pada tarikh 30 Ogos nanti.

Kenapa Kena Join?

DVTC 2023 adalah peluang untuk anda cuba meneroka pelaburan derivatif di Bursa Malaysia dan untuk upgrade skill trading anda. Yuran penyertaan pun percuma, jadi inilah masa untuk mencabar diri sendiri. Tak rugi apa pun. Yang tengah praktis paper trade, alang-alang lebih baik sertai cabaran ini.

Mereka yang dah lama tinggalkan dunia pelaburan pun patut sertai cabaran ini. Inilah masanya untuk cari kembali semangat untuk melabur. Siapa tahu mungkin ada rezeki anda untuk menang hadiah wang tunai!

6 Langkah Mudah Untuk Mendaftar

Berminat? Jom ikuti langkah seperti dibawah:

1. Layari laman web DVTC 2023 untuk mendaftar

2. Semak pengesahan pada emel yang telah didaftarkan

3. Terus log masuk ke Derivatives Trading Simulator (DTS) a.k.a QST newLite  untuk menerokai platform. Link boleh didapati daripada emel pengesahan tadi. QST aplikasi mudah alih juga tersedia untuk dimuat turun di App Store (iOS) atau Google Play Store (Android) dengan mencari “QST Mobile“. 

4. Belajar ilmu trading & kemahiran dalam Webinar pengenalan

5. Mula berdagang di DTS dengan modal maya sebanyak RM100,000

6. Boleh tengok Leaderboard yang akan paparkan ‘virtual portfolio’ Top 50 peserta dengan baki tertinggi

6. Dapatkan baki tertinggi untuk MENANG!

Mantapkan Ilmu Dengan Hadir Webinar Pengenalan

Khas untuk mereka yang nak tambah baik skill pelaburan sebelum sertai cabaran ini, Bursa Malaysia akan mengadakan sesi Webinar Pengenalan yang dibuka kepada orang ramai secara percuma.

  • Daftar webinar Strategi ‘Trend Following’ & ‘Reversal’ di dalam Futures Market sini.
  • Daftar webinar Bina Trading Berjaya Melalui Strategi Scalping & Swing Trading sini.

Tarikh Tutup Pendaftaran 21 Julai 2023

Jom beramai-ramai kita sertai Webinar Pengenalan di atas dan sertai Derivatives Virtual Trading Challenge 2023 untuk memenangi hadiah yang berjumlah RM40,000.

Daftar sekarang! Klik: Derivatives Virtual Trading Challenge 2023

Jumpa anda di sana!


Previous ArticleNext Article

FCPO: Trend Menurun Semakin Menguat Semasa Fasa Mendatar

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami penurunan yang mendadak pada hari Jumaat lalu apabila jatuh MYR26 untuk
ditutup pada harga MYR4,480. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada paras harga MYR4,516. Ia kemudiannya mencatat paras tertinggi intrahari pada MYR4,520 sebelum kegiatan penjualan tinggi berlaku dan mengheretnya ke paras terendah sesi tersebut pada MYR4,460. Ia kemudian menutup dagangan pada paras MYR4,480 dengan membentuk corak lilin menurun yang kuat, sekali gus mengesahkan bahawa tekanan jualan mendominasi pasaran.

Pergerakan harga ini menunjukkan komoditi sekarang bergerak ke paras sokongan MYR4,390 dan terus-menerus ditutup di bawah garisan SMA 50 hari. RSI juga masih berada jauh dalam zon menurun yang menandakan rentak menurun adalah kuat dan mungkin akan berlarutan. FCPO sekarang dijangka akan menguji paras sokongan seterusnya pada MYR4,390. Kami bertindak mengekalkan bias dagangan negatif kerana mereka yang menantikan penurunan harga jelas mempunyai kawalan.

Para pedagang disarankan untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei, iaitu MYR4,481. Untuk menangani risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi tetap kukuh berada pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama ialah MYR4,390 dan diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan pertama sekarang berada pada MYR4,600 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi bernilai MYR4,700.