Tutorial Buka Akaun Futures Online Dengan CGSI (CGS-CIMB), Beli Futures Di Malaysia & Global

Mulai Mac 2024 yang lalu CGS-CIMB kini dikenali sebagai CGS International Malaysia (CGSI MY).

Sebagai pelabur yang baru nak mula terlibat dalam perdagangan FCPO atau produk Futures yang lain, pasti anda akan tertanya-tanya bagaimana nak mula.

Baca juga: Ada Ke Produk Futures Global Yang Patuh Syariah?

Selain FCPO, berikut adalah antara produk derivatif global patuh syariah yang turut ditawarkan di CGSI Futures:

Selain perlunya ilmu, untuk mula berdagang anda perlu membuka akaun futures dengan mana-mana broker yang berdaftar. Pendaftaran akaun akan mengambil masa 5-14 hari bekerja untuk aktif.

Ramai yang beranggapan akaun CDS boleh digunakan untuk berdagang produk futuresAkaun CDS tidak boleh digunakan untuk berdagang FCPO. Hal ini kerana CDS hanya untuk pelaburan saham manakala FCPO adalah produk berasaskan komoditi dan ia didagangkan dalam bentuk kontrak bukan pegangan saham syarikat.

Sekarang kita dah ada pilihan untuk buka akaun Futures patuh syariah secara atas talian (online). CGSI juga merupakan broker derivatif pertama Malaysia yang melancarkan akaun Niaga Hadapan Patuh Syariah Global.

Jom ikut tutorial mudah dibawah!

Langkah 1: Layari Buka Akaun Futures CGSI

  • Pilih cawangan CGS terdekat dengan anda.
  • Sediakan fail gambar kad pengenalan hadapan dan belakang secara berasingan.
  • Pastikan fail dalam bentuk JPEG, JPG atau PNG sahaja.

Langkah 2: Pilih Islamic pada ruang “TYPE OF BROKING” kemudian pilih Derivatives Shariah Compliant Futures Products > Foreign Futures & Options

Langkah 3: Isi dan lengkapkan semua maklumat ‘Basic Info, Financial Info, Other Info, Supporting Docs seperti yang diminta.

Antara dokumen yang perlu disediakan:

  1. Penyata bank terkini yang lengkap dengan ‘Header bank’
  2. Salinan pendapatan terkini seperti slip gaji atau penyata KWSP untuk yang tidak mempunyai slip gaji

Langkah 4: Baca semua maklumat di bahagian ‘Consent’ dan klik ( √) pada ruang yang berkenaan. Pastikan baca hingga habis. Setelah selesai, klik Next.

Langkah 5: Baca semua maklumat di bahagian ‘Declaration’. Isi maklumat yang diperlukan dan klik (√ ) pada semua ruang yang berkenaan. Pastikan baca hingga habis.

Langkah 6: Masukkan nombor telefon dan klik Verify. Tunggu kod melalui SMS dan masukkan kod yang diterima, selepas itu tanda tangan pada ruang berkenaan. Setelah selesai, klik ‘Next‘.

Akhir sekali, semak semula semua maklumat yang telah diisi. Jika semua maklumat betul, klik ‘Register‘.

Mungkin ada yang tertanya-tanya berapa hari yang diperlukan untuk akaun anda siap? Permohonan anda akan diproses dalam masa 5-14 hari bekerja.

Setelah akaun anda berjaya dibuka, anda akan menerima emel dari pihak CGS MY.

Berapa Modal Permulaan?

Buat masa ini modal atau pun kita panggil Initial Margin mula yang diperlukan untuk 1 kontrak niaga hadapan FCPO adalah RM7,000*. Kadar margin berubah-ubah dan ditentukan oleh Bursa Malaysia Derivatives Clearing Berhad. Ianya selalu bergantung kepada kadar pergerakan sesuatu pasaran hadapan tersebut. Jika kadarnya terlalu rancak dah besar maka selalunya kadar margin akan ditingkatkan.

*Kemas kini margin di atas adalah setakat 24 September 2024.

Bagi yang belum ada akaun Futures bersama CGS MY, ayuh buka akaun secara online dengan berpandukan langkah-langkah ini.

Nak dapatkan panduan lagi? Baca 10 Soalan Yang Sering Ditanya Mengenai (FCPO) Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah

Dapatkan Ilmu Betul Untuk Trade FCPO!

Khas untuk pembaca setia MajalahLabur, sertai webinar khas step-by-step untuk anda yang berminat nak tahu selok-belok berdagang Futures.

Pra-daftar dahulu untuk jadi yang terawal dapat info bila kami buka pendaftaran nanti!

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

FCPO: Kembali Ke Fasa Pengukuhan

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO ini menurun MYR9 semasa sesi dagangan lalu untuk ditutup pada harga MYR4,597. Pada hari Jumaat, komoditi ini memulakan dagangan pada paras MYR4,604. Pada awalnya, ia jatuh ke paras terendah sesi tersebut pada MYR4,575. Ia kemudiannya melantun ke paras tertinggi sesi tersebut pada MYR4,608 dan menutup dagangan pada MYR4,597. Di samping pergerakan RSI ke bawah, penutupan dagangan terkini yang menurun menunjukkan momentum menurun kembali menguat.

Komoditi ini mungkin akan melanjutkan fasa koreksi harga dan menguji paras sokongan semula pada MYR4,390. Sementara itu, garisan SMA 50 hari masih bergerak ke paras lebih rendah, lantas mengukuhkan keadaan pasaran menurun. Sekiranya komoditi ini mencatat pergerakan menaik, paras MYR4,700 akan menahan harga daripada menembusi paras berkenaan. Selagi FCPO terus berada di bawah paras ambang MYR4,700, kami tetap akan berpegang pada bias dagangan negatif.

Para pedagang disarankan untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei (MYR4,481). Untuk menangani risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi ditetapkan pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama kini berada pada MYR4,390 dan diikuti oleh paras sokongan lebih rendah pada MYR4,250. Paras rintangan pertama pula ialah MYR4,700 yang diikuti oleh paras MYR4,900.