Forex dengan Saham tu sama ke berbeza?

Beza forex dengan saham

“Apa beza antara saham dengan forex? Saham tu forex ke?”

Sebelum kita tengok apa perbezaan pasaran saham dengan forex, jom lihat apa yang sama dulu.

Kedua-dua instrumen ini ‘sama’ sebab melibatkan:

  • untung dan rugi.
  • harga naik atau harga jatuh.
  • penggunaan laptop / smartphone untuk jual & beli.
  • penggunaan teknikal analisis (kaedah analisis graf – turun naik harga)

 

Saham adalah komoditi. Pelaburan melibatkan pemilikan syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia manakala Forex merupakan tukaran mata wang asing dunia (Dollar ditukar dengan RM. RM ditukar dengan Dollar).

Forex yang kita selalu dengar boleh buat duit tu sebenarnya Forex Trading (pertukaran mata wang yang diperdagangkan), bukannya uncle pengurup wang berlesen masa kita nak tukar duit ke luar negara (tukar duit kertas).

Forex trading bukan saham. Saham bukan Forex trading.

Keuntungan dalam pasaran saham bergantung kepada prestasi syarikat, tetapi forex trading pula adalah berdasarkan prestasi mata wang dunia.

Forex Trading online yang ada hari ini sudah lama diputuskan tidak patuh shariah.

Skim-skim pelaburan yang berasaskan forex tu lain pula ceritanya. Itu 100% memang skim ponzi atau skim cepat kaya. Baik lari jauh-jauh.

“Eh, ada ustaz, ustazah yang kata Forex Trading tu HARUS?”

Forex trading harus pulak dah….Jom dengar apa kata Dr Zaharuddin (Penasihat Shariah Kewangan Islam tempatan & antarabangsa)

 

Previous ArticleNext Article

FCPO: Rentak Menurun Kembali Rancak

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami tekanan jualan yang hebat pada Khamis apabila jatuh MYR76 untuk ditutup lebih rendah pada harga MYR4,557. Pada awalnya, komoditi ini memulakan sesi dagangan pada paras MYR4,624. Selepas merekodkan paras tertinggi sesi hari tersebut pada MYR4,630, ia terjerumus ke paras terendah intrahari bernilai MYR4,520 dan menutup dagangan pada MYR4,558 dengan corak lilin menurun. Pergerakan harga semasa yang negatif menunjukkan momentum negatif semakin menguat susulan penolakan yang berlaku pada paras rintangan MYR4,700.

Sekiranya momentum menurun berterusan, komoditi ini mungkin akan bergerak lebih rendah untuk menguji paras MYR4,500. Dalam keadaan pasaran menurun, kami menjangkakan paras sokongan menjadi lemah. Pergerakan harga yang menembusi paras sokongan terdekat akan menjejaskan lagi sentimen pasaran dan mendorong harga untuk menurun lebih rendah ke arah paras sokongan berikutnya pada MYR4,390. Setelah memerhati pergerakan harga semasa, kami terus berpegang pada bias dagangan negatif.

Kami menyarankan para pedagang untuk mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei (MYR4,481). Untuk menangani risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi kekal pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama ialah MYR4,500 yang diikuti oleh paras MYR4,390. Paras rintangan pertama pula kini berada pada MYR4,700 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi sebanyak MYR4,840.