Kenapa Mengawal Emosi Lebih Sukar Dari Analisis Pasaran?

Kegagalan mengawal emosi boleh membuatkan anda melanggar peraturan trading. Anda mampu untuk menganalisis pasaran mengikut ilmu pengetahuan yang ada, tetapi ia mungkin tidak digunakan apabila posisi trading anda lebih bersifat emosi.

Dalam trading, anda wajib mengawal dua emosi iaitu tamak dan takut. Antara situasi yang memerlukan pengawalan emosi yang stabil adalah:

  • Emosi ketika rugi dan terlepas peluang keuntungan. Anda perlu mengawal emosi untuk mengelakkan anda memasuki pasaran tanpa trading plan.
  • Emosi ketika mengaut keuntungan yang besar. Sifat tamak boleh menukar keuntungan menjadi kerugian.
  • Emosi ketika pasaran aktif juga perlu dikawal agar entry ada tidak melebihi limit harian anda.

Mengawal emosi merupakan salah satu pengurusan risiko dalam trading. Ia juga boleh menjadi teknik memaksimakan keuntungan dan mengurangkan kerugian.

Untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini daripada berlaku, anda boleh mengawalnya dengan melakukan 3 perkara ini.

1. Mempunyai SOP Untuk Entry

Mempunyai SOP sebelum membuka posisi trading adalah tindakan yang bijak bagi seorang trader. Ia membantu anda untuk bersabar dan lebih yakin dengan analisis yang dilakukan.

Apabila anda tetap dengan SOP sebelum memasuki pasaran, kebarangkalian untuk anda bertindak mengikut emosi akan berkurang.

2. Menggunakan Stop Loss

Anda perlu menerima loss yang kecil agar anda tidak menerima loss yang besar. Stop loss perlu dalam sesebuah trading plan kerana ia merupakan salah satu teknik pengurusan risiko.

Apabila anda sudah meletakkan stop loss, anda lebih bersedia dengan sebarang kemungkinan.

3. Pre-Trading Ritual

Ramai trader tidak mempunyai pre-trading ritual iaitu aktiviti lain sebelum mula trading. Antara perkara yang boleh dijadikan pre-trading virtual adalah menyediakan secawan kopi, bersenam, berehat beberapa minit sebelum membuka chart, membaca buku atau surat khabar, kemudian barulah mula menganalisis pasaran.

Aktiviti ini dapat membantu menyediakan pagi yang berkualiti seterusnya menjadikan anda lebih positif untuk mula trading.

Semua trader pasti setuju jika anda katakan mengurus emosi itu lebih sukar dari menganalisis pasaran. Kerana emosi hanya boleh dikawal oleh diri anda sendiri.

Pastikan anda mempunyai beberapa cara dan teknik untuk mengawal emosi sebelum mula trading.

Previous ArticleNext Article

FCPO: Penurunan Harga Kian Menguat

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami penurunan mendadak pada hari Jumaat apabila menyusut MYR76 untuk ditutup pada harga MYR4,475. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada paras MYR4,560. Ia mencecah paras tertinggi intrahari pada MYR4,577 sebelum kegiatan jualan yang besar mengheretnya ke arah paras terendah sesi tersebut pada MYR4,455. Ia kemudiannya menutup dagangan berhampiran paras terendah sesi hari itu dengan corak lilin menurun yang kuat, sekali gus mengesahkan tekanan jualan mendominasi pasaran.

Pergerakan ini menyaksikan FCPO menurun ke arah paras sokongan terdekat bernilai MYR4,390. RSI berada dalam zon menurun, lalu memberikan isyarat bahawa momentum menurun adalah kukuh dan mungkin akan berlarutan. Komoditi ini sekarang diramalkan untuk menguji paras sokongan seterusnya pada MYR4,390. Kami bertindak mengekalkan bias dagangan negatif kerana sentimen menurun jelas menguasai pasaran.

Para pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei, iaitu MYR4,481. Untuk mengurangkan risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi masih dikekalkan pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama berada pada MYR4,390 yang diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan pertama sebaliknya ialah MYR4,700 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi sebanyak MYR4,600.