Meminjam Untuk Melabur? Pertimbangkan 3 Faktor Ini Terlebih Dahulu

Ramai di kalangan kita yang meminjam wang untuk digunakan dalam pelaburan supaya dapat kembangkan wang. Orang kata bila modal besar, maka untung pun besar.

Namun tahukah anda apa kesannya? Adakah pinjaman yang dibuat dan hutang yang anda tanggung berbaloi sekiranya ia dilaburkan?

Kita kena fahamkan dulu bahawa dengan membuat pinjaman untuk melabur, ianya adalah berbaloi sekiranya ia mendatangkan pulangan yang bagus. Tetapi perlu fikir dengan masak-masak dan kaji risiko peluang pelaburan supaya tidak membuat keputusan yang akan mendatangkan kerugian di masa hadapan.

Jom tengok beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat pinjaman untuk melabur.

1. Caj Yang Dikenakan

Nama pun pinjaman, maka pasti ada yuran yang dikenakan. Sama seperti kita membuat pinjaman peribadi, tetapi pinjaman kali ini adalah untuk melabur.

Anda perlu jelas dengan terma dan syarat pinjaman supaya tidak kerugian dan mempunyai rekod kewangan yang buruk kelak. Ini kerana yuran yang dikenakan adalah tetap, tetapi pulangan daripada pelaburan belum tentu lagi.

2. Risiko Pelaburan

Mengambil pinjaman untuk melabur adalah salah satu pilihan yang sangat berisiko. Jika gagal, anda boleh ditimpa lebih banyak hutang dan mengalami masalah kewangan pada masa yang sama.

Perlu diketahui bahawa pelaburan ada turun naiknya, lagi tinggi potensi pulangan maka lagi tinggi risikonya. Kena sentiasa ingat “High risk high return”.

3. Pulangan Yang Diterima

Anda perlu membandingkan kadar pulangan yang diterima dan kadar faedah yang dikenakan dengan teliti untuk memastikan bahawa anda boleh mendapatkan keuntungan yang dicari. Jika kadar pulangan pelaburan adalah kurang daripada kadar faedah pinjaman, maka tiada gunanya untuk menggunakan duit pinjaman anda untuk pelaburan tersebut.

Sekarang dah tahu 3 faktor yang perlu dipertimbangkan, jom kita tengok pula 3 contoh pinjaman untuk melabur yang ada di Malaysia.

1. Melabur Dalam Perniagaan

Melabur dalam perniagaan bergantung kepada pemilik perniagaan tersebut dalam menguruskan perniagaan yang dijalankan. Risikonya juga bergantung atas kemampuan pemilik perniagaan tersebut.

Itulah pentingnya duit masuk setiap hari kerana dengan berniaga kita perlu membiayai hutang perniagaan.

2. Pelaburan Emas

Pelaburan emas sememangnya mendatangkan keuntungan tetapi risikonya juga bergantung atas jangka masa sesebuah pelaburan. Jika menyertai pelaburan emas dalam jangka masa pendek, risikonya agak tinggi.

Namun untuk jangka masa panjang, risikonya amat rendah. Kita perlu buat pilihan yang cukup bijak.

3. Pelaburan ASB

Umum tahu bahawa pelaburan ASB di Malaysia amat terkenal dan pulangannya amat menguntungkan. Risiko bagi pelaburan ASB ini amat kecil dan pulangannya lebih kurang 5% setahun. Boleh dikatakan, ASB adalah tempat pelaburan yang semua orang bumiputera perlu ada.

Kesimpulannya, apabila meminjam untuk melabur, pastikan anda mampu untuk mendapatkan semula jumlah pinjaman tersebut daripada pulangan pelaburan. Jika tidak, anda akan sengsara dengan hutang yang bakal diterima kelak.

Jadi, berbaloi atau tidak, ianya terletak di tangan anda sendiri untuk membuat penilaian yang sebaiknya.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

FCPO: Penurunan Harga Kian Menguat

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami penurunan mendadak pada hari Jumaat apabila menyusut MYR76 untuk ditutup pada harga MYR4,475. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada paras MYR4,560. Ia mencecah paras tertinggi intrahari pada MYR4,577 sebelum kegiatan jualan yang besar mengheretnya ke arah paras terendah sesi tersebut pada MYR4,455. Ia kemudiannya menutup dagangan berhampiran paras terendah sesi hari itu dengan corak lilin menurun yang kuat, sekali gus mengesahkan tekanan jualan mendominasi pasaran.

Pergerakan ini menyaksikan FCPO menurun ke arah paras sokongan terdekat bernilai MYR4,390. RSI berada dalam zon menurun, lalu memberikan isyarat bahawa momentum menurun adalah kukuh dan mungkin akan berlarutan. Komoditi ini sekarang diramalkan untuk menguji paras sokongan seterusnya pada MYR4,390. Kami bertindak mengekalkan bias dagangan negatif kerana sentimen menurun jelas menguasai pasaran.

Para pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei, iaitu MYR4,481. Untuk mengurangkan risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi masih dikekalkan pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama berada pada MYR4,390 yang diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan pertama sebaliknya ialah MYR4,700 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi sebanyak MYR4,600.