MYEG & Bubi Bekerjasama Bangunkan Infrastruktur Blok Rantai (Blockchain)

MyEG Services Bhd (MYEG) mengumumkan kerjasama dengan Bubi Technologies Co Ltd, China (Bubi) bagi membina ‘supernodes’ berdasarkan platform blok rantai.

Projek tersebut akan dilaksanakan dengan usaha sama agensi yang diperbadankan di Malaysia, yang akan dimiliki sebanyak 51% oleh MYEG, kumpulan tersebut akan menubuhkan supernodes di luar China yang melibatkan Malaysia, Indonesia, dan Filipina untuk tempoh tiga tahun pertama.

Supernodes ini akan menawarkan rangkaian blok rantai awam (public blockchain network) bebas digunakan dan terbuka untuk penyertaan awam selain daripada rangkaian blok rantai peribadi (private blockchain network), dimana penyertaan terhad kepada kebenaran pihak yang biasanya diperlukan dalam kes penggunaan perniagaan ke perniagaan (business to business).

Bubi yang berpangkalan di Beijing, China merupakan syarikat yang terkenal sebagai peneraju teknologi blok rantai. Platform blok rantai Bubi mempunyai hampir 30,000 pembangun yang membina pelbagai aplikasi yang disentralisasi.

Usahasama antara MYEG dan Bubi dalam membangunkan ‘supernode’ akan serasi sepenuhnya dan boleh dikendalikan dengan supernode blok rantai nasional China, yang memungkinkan penyatuan dan pertukaran blok data yang lancar.

Oleh itu, platform ini akan memanfaatkan penyelesaian yang telah lama dan banyak dicari dalam perdagangan global: pengesanan dan pembiayaan produk hujung ke hujung di seluruh rantaian bekalan, yang, dalam hal ini, berkaitan dengan aliran barang dua hala antara China dan seluruh dunia.

Peluncuran inovasi pada platform blockchain daripada usahasama ini akan dilakukan secara progresif, dengan aplikasi komersial yang disasarkan akan dilancarkan pada akhir tahun.

Kerjasama dengan Bubi menandakan inisiatif berkaitan blok rantai terbaru oleh MYEG berikutan pengenalan perkhidmatan kewangan terdesentralisasi (“DeFi”) yang baru-baru ini membolehkan pemegang kripto memaksimumkan pulangan dari pegangan mereka.

Previous ArticleNext Article

AS Pulangkan RM721.4 Juta Berkaitan 1MDB Kepada Malaysia – Kedutaan

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) — Amerika Syarikat (AS) telah memulangkan kira-kira US$156 juta (RM721.4 juta) kepada kerajaan Malaysia yang juga transaksi keempat dana yang diperoleh semula hasil rampasan aset berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Perkara itu disahkan oleh Duta Besar AS ke Malaysia Edgard D. Kagan dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 11 Jun, 2024, dan dana itu telah dipulangkan susulan petisyen dikemukakan oleh kerajaan dan diluluskan oleh Jabatan Kehakiman AS.

Dalam satu kenyataan, kedutaan itu menyatakan menerusi pindahan dana itu, AS telah mendapatkan, dan membantu memperoleh semula serta memulangkan kira-kira US$1.4 bilion (RM6.6 bilion) dana yang diselewengkan dari Malaysia, setakat ini.  

“Kami gembira kerana tranche aset keempat daripada siasatan Jabatan Kehakiman ini dalam proses dipulangkan kepada Malaysia.

“Jumlah wang yang besar ini akan dikembalikan kepada rakyat Malaysia yang merupakan penerima sepatutnya dan akhirnya dapat dimanfaatkan bagi tujuan asal – demi meningkatkan kehidupan seharian rakyat Malaysia,” kata Edgard.

Menurut kedutaan AS, sebagaimana didakwa dalam aduan, pihak yang terbabit dalam penyelewengan itu yang turut merangkumi pegawai di 1MDB, saudara mara mereka serta rakan lain, telah menyeleweng dana 1MDB berjumlah melebihi US$4.5 bilion.

Perbuatan itu dilakukan menerusi beberapa siri transaksi yang kompleks dan penglibatan syarikat ‘shell’ mencurigakan atau hanya wujud di atas kertas dengan akaun bank di AS dan luar negara menggunakan dokumen serta representasi palsu.

“Kesemua transaksi ini didakwa bertujuan menyembunyikan sumber, asal serta pemilikan dana yang akhirnya melalui institusi kewangan AS dan kemudian diselewengkan bagi memperoleh selain melabur dalam aset di AS dan di luar negara,” katanya.

Kedutaan AS turut menegaskan bahawa kerajaan negara itu kekal komited dalam usaha mendapatkan semula dan memulangkan dana yang dicuri daripada 1MDB demi manfaat rakyat Malaysia.

— BERNAMA