Non-Fungible Token (NFT), Pelaburan Karya Seni Digital Yang Semakin Mendapat Perhatian

Dunia seni yang luas telah menjadikannya sesuatu yang sangat berharga di kalangan para pengumpulnya. Koleksi seni yang rare mendapat tempat di kalangan pengumpul barangan seni sehingga berupaya untuk dijual pada harga yang sangat tinggi.

Hasil seni tersebut kemudiannya boleh dijadikan aset pelaburan dan ada yang mengumpulnya sebagai hobi.

Sekiranya karya seni itu di dalam bentuk digital, adakah ia akan bernilai seperti bentuk fizikal?

Kredit Gambar: Economics Times

Kebiasaannya karya dalam bentuk digital dilihat tidak sepopular bentuk fizikal kerana karya dalam bentuk digital sangat senang untuk di copy dan paste. Sedangkan karya dalam bentuk fizikal memerlukan masa yang lama untuk dihasilkan.

Apa yang menyebabkan sesuatu karya itu berharga adalah keaslian yang terdapat pada kerya itu sendiri.

Sebagai contoh potret Mona Lisa yang banyak terdapat di pasaran dan dijual dengan harga yang berbeza-beza. Tetapi adakah harga potret Mona Lisa itu akan sama dengan harga potret yang asli?

Tentu sekali tidak.

Potret Mona Lisa yang asli dijual dengan hargaUSD860 juta. Persoalannya sekarang, bagaimana dengan hasil karya digital yang asli.

Adakah ia mendapat tempat di dalam pasaran? Dan sekiranya ya, berapa pula nilainya?

Apa Yang Dimaksudkan Dengan NFT?

Sama seperti barangan seni yang asli, produk seni digital asli turut mempunyai nilainya yang tersendiri. Dan sejak akhir-akhir ini, produk seni digital asli mendapat tempat di kalangan peminatnya yang tersendiri dan ada juga yang menjadikannya sebagai pelaburan.

Produk seni berbentuk digital yang asli ini dikenali sebagai Non-Fungible Token (NFT). Ia lebih kurang sama seperti Bitcoin di mana maklumat untuk produk seni itu disimpan di dalam blockchain.

Secara ringkasnya, NFT ini adalah produk seni digital yang digabungkan dengan teknologi blockchain.

Konsepnya sama seperti Bitcoin apabila setiap perubahan yang berlaku kepada produk digital tersebut, maklumatnya disimpan di dalam blockhain.

Apa yang membezakan NFT ini adalah, setiap NFT mempunyai nilai yang berlainan di antara satu sama lain. Harga NFT itu bergantung kepada mana-mana individu yang sanggup membayarnya.

Seperti yang kita tahu,sesuatu yang tersimpan di dalam blockchain adalah mustahil untuk diubah. Produk NFT ini terdapat beberapa kategori di dalamnya seperti gambar, GIFY, poster untuk permainan video malahan tweet seseorang pun dikira sebagai NFT.

Keaslian produk seni digital dapat dipastikan kerana maklumat tersebut disimpan dalam teknologi blockchain. Ia memudahkan maklumat karya itu dikenal pasti kerana segala maklumat ada tercatat di dalam ledger  blockchain.

Bagaimana NFT Menjadi Begitu Popular Dalam Masa Yang Singkat?

Sebelum ini, NFT tidak begitu mendapat di kalangan orang ramai dan hanya menjadi collector’s item oleh penggemar yang berada di dalam bidang ini sahaja.

Seperti yang kita tahu, ketika musim pandemik melanda dunia pada tahun lalu, orang ramai terpaksa duduk di rumah bagi mengekang penularan wabak ini.

Kredit Gambar: Statista

Pada ketika inilah, NFT mula mendapat tempat di kalangan orang ramai apabila sebahagian daripada mereka sanggup membayar jumlah yang tinggi untuk NFT yang terkenal.

Tahun lepas sahaja, pasaran NFT ini telah mencecah USD340 juta dan sebahagian daripada pelabur yang melabur ke dalam NFT telah menjadi jutawan segera.

Antara Karya NFT Yang Menjadi Kegilaan              

Mike Winkelmann (Gambar di tengah), Kredit Gambar: Esquire

Antara tokoh yang didalam pasaran NFT ini adalah Mike Winkelmann atau nama samaran Beeple. Beliau merupakan seorang pereka grafik yang terkenal dan banyak menghasilkan karya digital menggunakan teknik NFT ini.

Sambutan yang diterima oleh Beeple sangat luar biasa sehingga ada peminat yang sanggup membayar berjuta dollar untuk karya yang dihasilkan oleh Beeple.

Kredit Gambar: Business Insider

Paling membanggakan, hasil karya Beeple ini dilelong di Christie’s Auction House, salah sebuah rumah lelongan terbesar di dunia yang pernah menjual potret karya Leonardo da Vinci Salvator Mundi yang bernilai USD450 juta.

Christie’s telah menjual karya digital Beeple ini hampir USD70 juta.

Kini, salah satu NFT yang menjadi rebutan orang ramai adalah tweet pertama Jack Dorsey untuk Twitter. Ia adalah merupakan sebuah karya yang sangat ikonik.

Persoalannya, berapa yang anda sanggup bayar untuk memilikinya?

Sumber Rujukan:

Nak Belajar Buat Duit Dengan NFT?

Tak tahu apa itu NFT? Selalu dengar orang senang je buat duit dengan NFT.

Senang ke benda ni?

Ada yang buat duit melalui NFT dengan hanya memuat naik selfie!

Ada yang flipping NFT yang dimiliki. Wah!
Dah macam pelaburan hartanah ni ada flipping bagai….

Jadi, adakah anda :-

  • Nak tahu tentang NFT?
  • Berminat nak tambah pendapatan melalui NFT?
  • Nak tahu cara buit duit dengan mudah melalui NFT?
  • Ingin ketahui cara jual beli NFT?
  • Nak dapatkan tips untuk transfer fee yang rendah?

Segalanya akan terjawab dalam Webinar NFT tidak lama lagi

Jangan lepaskan peluang ini. Pra-Daftar SEKARANG di thekapital.my/jomNFT

Previous ArticleNext Article

55 Juta Unit IOIPG REIT Dikhaskan Untuk Bumiputera

Selama ni kita datang IOI City Mall untuk shopping, makan, tengok wayang atau sekadar jalan-jalan cukupkan 10,000 langkah.

Kali ni ada berita baik.

IOI Properties Group Bhd (IOIPG) telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk menubuhkan dan menyenaraikan IOIPG REIT di Bursa Malaysia. REIT ini akan mempunyai portfolio aset bernilai kira-kira RM7.58 bilion.

Dan antara perkara paling menarik untuk pelabur runcit ialah sebanyak 715.6 juta unit diperuntukkan untuk tawaran runcit.

Daripada jumlah tersebut, 55 juta unit dikhaskan untuk pelabur Bumiputera yang diluluskan MITI.

Jadi, apa sebenarnya yang bakal kita dapat melalui REIT ini?

Apa yang ada dalam IOIPG REIT?

Portfolio IOIPG REIT bukan sekadar satu bangunan.

Antara aset yang akan dimasukkan ialah:

  • IOI City Mall Phase 1 & 2
  • IOI City Towers
  • PFCC Towers
  • Putrajaya Marriott
  • Le Méridien Putrajaya
  • Moxy Putrajaya
  • Four Points by Sheraton Puchong
  • W Kuala Lumpur
  • Courtyard by Marriott Penang

Dan sudah tentu, nama yang paling mudah dikenali ialah IOI City Mall.

Mall yang kita kenal sebagai tempat shopping dan makan itu sebenarnya merupakan salah satu aset utama dalam portfolio REIT ini.

Jadi macam mana kita boleh “jadi landlord”?

Konsep REIT sebenarnya agak mudah.

Bayangkan satu hartanah bernilai berbilion ringgit.

Tak ramai individu mampu membeli hartanah tersebut secara terus.

Jadi, aset itu dimasukkan ke dalam satu struktur REIT dan dibahagikan kepada unit.

Pelabur pula membeli unit tersebut.

Secara tidak langsung, pelabur memiliki kepentingan dalam portfolio hartanah berkenaan.

Sebab itu orang selalu gambarkan REIT sebagai cara untuk memiliki sebahagian daripada hartanah yang besar tanpa perlu membeli keseluruhan bangunan.

Dalam kes IOIPG REIT, saiz awalnya ialah 5.5 bilion unit, dengan harga jangkaan 90 sen seunit.

Pelabur runcit dapat 715.6 juta unit

Ini antara bahagian yang paling menarik.

Daripada keseluruhan struktur tawaran, 715.6 juta unit akan diperuntukkan melalui tawaran runcit.

Dan 55 juta unit daripada tawaran tersebut dikhaskan untuk pelabur Bumiputera.

Kenapa ada allocation khas untuk Bumiputera?

Peraturan SC menetapkan penyenaraian tertentu, termasuk REIT, perlu memenuhi keperluan penyertaan ekuiti Bumiputera. Bagi penyenaraian yang tertakluk kepada syarat tersebut, 12.5% daripada jumlah unit selepas penyenaraian perlu diperuntukkan kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan/diiktiraf.

Pada masa yang sama, sehingga 1.48 bilion unit pula akan ditawarkan kepada pelabur institusi, termasuk institusi Bumiputera yang diluluskan dan pelabur institusi lain.

Bukan sekadar tengok harga 90 sen

Harga indikatif yang disebut ialah 90 sen seunit.

Tapi pelabur jangan berhenti setakat:

“90 sen je? Murah ni.”

Dalam REIT, perkara yang lebih penting ialah aset yang berada di belakang unit tersebut dan kemampuan aset itu menjana pendapatan.

Contohnya:

Berapa banyak hasil sewaan?
Bagaimana kadar penghunian?
Berapa tinggi hutang?

Dan akhirnya, berapa banyak pendapatan yang boleh diagihkan kepada pemegang unit?

Sebab kita bukan sekadar membeli “nama IOI”.

Kita membeli unit dalam satu portfolio aset yang sepatutnya menghasilkan pendapatan.

Kenapa IOI Properties buat REIT?

Bagi IOI Properties, penyenaraian REIT ini juga merupakan sebahagian daripada usaha untuk membuka nilai daripada aset matang yang dimiliki kumpulan.

Cadangan asal yang diumumkan pada April 2026 menyaksikan aset bernilai RM7.58 bilion dipindahkan ke REIT, dengan struktur transaksi melibatkan penerbitan 5.5 bilion unit pada harga indikatif 90 sen serta RM2.65 bilion dalam bentuk tunai melalui pembiayaan.

Struktur sebegini membolehkan IOI Properties mendapatkan semula modal daripada aset sedia ada dan pada masa sama mengekalkan pendedahan kepada portfolio hartanah melalui REIT.

Bila IOIPG REIT akan disenaraikan?

IOIPG REIT disasarkan untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada suku keempat 2026, tertakluk kepada syarat dan proses yang ditetapkan.

Jadi buat masa ini, perkara yang paling menarik untuk ditunggu ialah prospektus rasmi dan butiran akhir tawaran.

Satu perkara yang masih belum boleh dipastikan buat masa ini ialah status Syariah IOIPG REIT. Ini kerana i-REIT mempunyai keperluan Syariah tersendiri, termasuk berkaitan sumber pendapatan sewaan dan aktiviti penyewa. Bursa Malaysia sendiri membezakan REIT konvensional dengan i-REIT, iaitu REIT yang mematuhi prinsip Syariah.

Sebab dekat situlah pelabur boleh tengok dengan lebih jelas tentang harga tawaran akhir, struktur agihan, hasil sewaan, kewangan REIT dan potensi agihan pendapatan.

Kesimpulan

Penyenaraian IOIPG REIT di Bursa Malaysia menandakan satu lagi perkembangan menarik dalam pasaran modal tempatan. Bagi orang ramai, ia membuka ruang untuk menukar peranan daripada sekadar penyumbang pendapatan perniagaan di mall tersebut, kepada penerima sebahagian daripada hasil sewaannya menerusi agihan dividen kelak.

Laporan asal The Star mengenai kelulusan IOIPG REIT

Maklumat rasmi IOI Properties mengenai cadangan IOIPG REIT

Syarat Asas: Wajib Ada Akaun CDS

Bagi yang baru pertama kali mendengar tentang peluang pelaburan seperti ini, penting untuk diingat bahawa pembelian unit REIT di Bursa Malaysia tidak boleh dibuat secara terus di kaunter pusat beli-belah.

  • Anda perlu memohon unit IPO tersebut menerusi e-IPO di dalam perbankan dalam talian seperti: Maybank2u atau aplikasi broker seperti CGSI.
  • Di sini syaratnya anda wajib ada Akaun CDS yang terikat dengan akaun bank anda supaya unit yang anda mohon itu ada “bekas” untuk disimpan.

Proses pembukaan akaun CDS kini boleh dilakukan secara dalam talian (online) dengan caj minima dan ia merupakan langkah pertama yang perlu disiapkan awal sekiranya anda berhasrat untuk terlibat dalam pasaran saham tempatan.

Berminat nak buka akaun saham CDS dengan CGSI (sebelum ini dikenali sebagai CGS-CIMB)? Sekarang dah mudah, boleh buka secara atas talian (online) sahaja. Kelulusan pun segera jika tiada apa-apa isu.

Rujuk tutorial mudah ini > Tutorial Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB), Beli Saham Bursa Malaysia & Global

Masukkan kod SP1M538 pada ruang Remisier Reference.

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.